Cari Berita Menarik Di sini!

Tuesday, June 16, 2009

Rambut Blonde, Seksi Banget.....

Kalau kita ke jalan jalan, taman taman, Pasaraya atau kemana saje sekarang ni mesti perasan makhluk yg macam ni....

1. Nampak Macam orang Melayu,.
2. Tapi rambut dah perang perang.....hmmm tua ke atau memang bukan Melayu
3. Pakaian, mak aih...seksi giler. Nenen sembul montok baik punye....yg bawah macam nak kasi tengok lurah berapit dah.
4. kasut tumit tinggi....
5. Jalan macam anak itik.
6. Kalau tanya nama, bunyi macam mat saleh...tapi kalau tengok IC, beragama Islam rupanya.

skarang saya nak kita fikir sama sama
1. Adakah dia orang Islam ?
2. Errr....dia smayang 5 waktu sehari semalam tak?
3. Kalau ye, dia mandi wajib tu..sah tak (mesti la tiap tiap bulan dia kena mandi wajib sbab dia kan keluar darah secara tiba tiba..)malu. Tapi rambut dia dah color aka tinted tu..camner nak telus air.
4. Korang nak amik diorang ni jadi stok bini tak ? atau korang nak happy happy je entot entot ngn dia?

so girls......yg beragama Islam tu. Lu orang fikir la sendiri. Apa yg korang pakai n tunjukkan skarang ni akan membuatkan korang jadi semakin dekat nak jadi mangsa entot entot free je. Lebih bawah tarafnya dari Pelacur, sbab pelacur tu dapat bayaran..korang FOC. huh..what a sucks! Kerana cinta kununnn....laki tu dapat madu, sepah bye bye la

Nak cari stock laki yg ada tanggungjawab ni....korang pun elok la sikit pakai, perangai pun ok sikit....(pendapat saya lah)

Monday, June 15, 2009

Kepada yg suka pakai skirt dan mini skirt....




Kepada wanita & remaja perempuan Malaysia... Di dapati skarang ni,trend memakai skirt telah menular merata rata...(apa yg aku nampak...artis kita yg dok mula trend ni...pastu orang kita ikut).
Entah ape yg seronok orang perempuan nak tayang buah dada diorang dan peha+betis kat tengah tengah khalayak ramai ni pun aku tak paham. Bila kita usha dari atas sampai bawah, buleh plak diorang tanya....." ape tengok tengok". jawapan saya senang aje..."Dah awak tayang, saya tengok le"... cepat cepat diorang blah.

Saya juga tak tergamak nak ajar anak saya untuk cakap..."Eeee tak malu nampak Nenennn". Biar diorang yg menyusahkan mata saya ni nak mengelakkan maksiat mata terutama di pasaraya pasaraya ni rasa malu sikit bila dengar budak kecik cakap macam tu. Budak kecik macam anak saya tu pun tau malu. Ape la korang korang ni wanita / remaja pompuan.... Dah kalau alang alang nak tayang tu...aku cadangkan korang buat persembahan bogel beramai ramai 1 hari.

haaaa tatap lah gambar tu...ni kalau sluar dalam korang yg jadi mangsa....aku padan kan muka korang je. Nak tayang sangat. Aku tak salahkan pencipta teknologi ni. Dia dapat idea pun dari korang la jugak wahai umat perempuan wehhhhh.....
Kepada penggemar skirt & dipertonton kepada khalayak ramai (wanita muslim terutamanya)..You all sucks!

Jauhi dirimu dari belenggu Maksiat!




Rahsia Menjaga Solat 5 waktu

Diambil dari Email yg sampai ke mailbox saya;

Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. Aku cuba cari laporan tersebut dekat Internet, kalau-kalau ada maklumat lebih terperinci pasal kajian tersebut tapi tak dapat. Walaubagaimana pun, CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Subuh. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya …? Kalau yg tak sembahyang terus walaupun bergelar orang Islam?