Cari Berita Menarik Di sini!

Sunday, February 28, 2010

Kisah dari Ulu Yam, Hulu Selangor....

2 Kisah serentak di Hulu Selangor dalam minggu ni.
Kisah 1 - Budak 3 tahun dibelasah kekasih ibunya hingga mati
Kisah 2 - Seorang warga emas ditikam hingga mati selepas balik menunaikan solat.

aku tak tahu lah...apa yg bermain difikiran lelaki yg belasah budak sampai mati tu. Tambah lagi haru....laporan tidak tepat oleh pihak akhbar. Si emaknya bersekedudukan lah apa lah....aku pun tak paham. Takkan la ayah ngn mak si perempuan tu buat donno je..... dunia dunia....janji laku suratkabar sudah.....jem kepala aku cuba digest fakta yg diberi...tak leh masuk.

Kisah 2 - warga emas. Geram pun ada....kalau la dapat si pembunuh ni....kasi taruk cukup2x keh...jangan kesian.

p/s- pakcik polis.....itu pendera...kasi taruk cukup cukup dalam lokap.....kalau leh...sama macam dia buat kat budak 3 tahun tu......baru dia tau langit tinggi rendah.....

aku yg menulis dalam keadaan gerammmmm

Monday, January 25, 2010

Alfatihah utk Allahyarham Tun Ghazali Shafie

Dalam satu minggu, Negara kehilangan 2 tokoh.
I only know Tun thru a book titled Wira tak didendang.
Who ever he is. Al-fatihah.
nangih

Sunday, January 24, 2010

Takziah utk keluarga diRaja Johor

Ucapan takziah utk keluarga Almarhum. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Saya cuma nak cerita tentang satu cerita yg disampaikan oleh ayah saya mengenai Almarhum.
Semasa hayatnya (semasa dia jadi agong ke-8 dulu), masa tu ayah saya bertugas di Istana Negara....utk lengkapkan cycle sebagai askar (nak dapat title 'pencen agong'). Ayah saya kata...Almarhum ni kekadang pukul 2-3 pagi dengan kain pelekat gi usha pengawal pengawal ni...tido ke apa ke....pastu buleh cakap....korang ni kalau mengantok pergi buat kopi (tu salah satu kisah benar yg ayah saya cerita la...dalam ati saya...wow....pak aku leh sembang ngn agong macam kat kedai kopi ke dulu dulu...agong siap pakai kain pelekat lagi masa tu hehe) - Ayah aku ada memori manis la bersama dengan Almarhum. Banyak dia cerita hari Sabtu lepas....cuma tak larat aku nak tulis disini....

apa pun, takziah sekali lagi. I'll miss his unique voice.

moral disini - Jadilah pemimpin yg tahu tanggugjawab yg dipikul.
Alfatihah utk Almarhum.