Use google search

Kisah 4 tahun dahulu

>> Monday, November 23, 2009

Kisah ni berlaku 4 tahun dahulu. Mungkin kebanyakan kita akan ada kisah sendiri yang tak boleh dilupakan masa nak melangsungkan perkahwinan(atau lebih tepat lagi masa nak nikah). Ini kisah saya.

18/11/2005
masa : tengah malam
lokasi : otw ke Batang kali,KKB....kat jalan Genting Highland- Batang Kali.
sebuah kereta peugeot tengah layan lap....tetiba meter temperature tunjuk overheat.Berasap abis kereta tu. Kereta tu tersadai kat situ....Nasib saya baik... ada kereta tunda lalu tak lama lepas tu. Kereta ditunda sampai ke KKB..kena pau beberapa ratus RM.

19/11/2005
masa : pagi
lokasi : KKB
hantar kereta utk dibaiki, foreman cek sana sini (ingatkan dia reti...last last kita gak yg tunjuk sana sini...sama berhitam tangan sinsing lengan baju). siap je kereta.....kami sekeluarga (emak,ayah n adik sorang) berangkat ke Kedah.

masa : tengah hari
lokasi : RnR kat perak....tapah ke bidor tah.....tak ingat..
kereta peugeot tu skali lagi overheat.....aduhhhhhhh banyak betul halangannya nih

skali lagi, nasib saya baik. Allah nak bantu...ada je orang yg menghulur pertolongan. skali lagi kereta tarik bawak gi foreman kat Bidor/tapah....kali ni kereta tak leh bawak dah....head engine ada crack dia kata. aduhhhhh....macam mana ni. macam mana nak sampai kedah ni...esok lak hari nikah aku...time ni la plak kereta ni nak meragam...slama ni sihat walafiat je. takkan aku nak call kedah dan dengan selambe badak je kata "errr....ayang..kita posponed nikah boleh?, tak leh sampai ontime" mau ada yg amik alih tempat aku kat depan tok kadi tu.



skali lagi, ada orang ngn baik hati sewakan kereta wira dia kat aku....bayar aje lah. yg lagi haru..pakcik tu pun hari tu ada majlis kahwin anak dia.....tapi dia kasi sewa wira dia...aku takmau pikir banyak..amik kunci, sain borang....start kereta..kami pun bertolak ke kedah. keta tu takde aircon(rosak sebenarnya) dan kena plak hujan sepanjang jalan.....fuhhh memang mencabar betul.

masa: tengah malam
baru la sampai Kedah. Tido kat rumah kawan mak kat sana...dan siap siap balik barang barang yg punggah dari kereta peugot ke wira tadi....esok rombongan dari KKB gerak naik bas ke Kedah sampai kul 10 pagi. harap harap diorang sampai tepat pada masanya.

20/11/2005
masa: Pagi
Pagi tu, saya rasa lain macam....rasa apa pun tak tau....tapi bila tengok mak mengalir air mata....saya leh gelakkan dia plak n kata "nape nangis nangis cam budak budak nih.....angah tetap anak mak, dan sampai bila bila akan jadi anak mak....angah ada satu mak je dalam dunia ni yg lahirkan angah"...dah dia tambah hiba lagi.....aiseh...saya silap pilih ayat lah...patut kena wat ayat lawak senario sikit.....

bertolak ke masjih permatang buluh....sampai sana, sorang pun takde lagi....saya n adik saya(aka photographer of the day) posing posing la dulu. hehe
Bila tok imam sampai.....dia borak borak ngn saya, bla bla bla....tapi saya tak berapa dengar apa dia cakap.

Rombongan dari KKB pun dah sampai, yg sebelah perempuan pun dah sampai.....it's time for Nikah. Tok imam terangkan macam macam hal yada yada yada....pastu dia soal baca fatihah etc....n satu tahap, punya la perlahan dia cakap...sampai saya tak dengar (baca: saya ada masalah pendengaran sikit...pekak badak)...boleh la plak mintak tok imam cakap kuat sikit....pakat gelak satu masjid. memang lawak betul.

Nasib baik le masa nikah, tok imam tu cakap kuat....dapat le saya dengar. Skali lafaz, saya sah jadi suami kepada ayang....azizah bahadari.

kembali ke masa skarang
20/11/2008 - kami celebrate ulangtahun perkahwinan kami via SKYPE? tragis betul. merentas benua. saya di mauritania, dia di malaysia.

20/11/2009 - saya di terengganu, dilambung ombak monsun, dia di Kedah.....celebrate via MAXIS??

moral cerita nih - Jangan berhenti berharap. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya
peacelove
Masjid Permatang Buluh

Read more...

Kalah juga akhirnya Arsenal

>> Sunday, November 22, 2009

Akhirnya, selepas 14 perlawanan tanpa tewas, skuad Arsenal kalah jugak akhirnya...
tapi yg tak bestnye....kalah ngn Sunderland?
nangih Ape kelas nih.....aduhhhhh....
takpe takpe.....kena kejar si Chelsea tu....
harap harap ada la player Chelsea yg injured dan tak leh main sehingga menyebabkan Chelsea ilang mata....senang sikit Arsenal nak kejar (harapkan bola angin Liverpool utk kalahkan Chelsea buleh gak)
gelakguling
Man U plak...gi main jejauh ar season nih....main ngn Totenhem ke...Aston Villa ke...Liverpool ke....rebut no.3 ngn no.4. Tahun ni Arsenal nak menang league
sengihnampakgigi

Read more...

Tengkujuh di Pantai Timur & Kedah

Saya baru pulang dari bertugas di perairan Terengganu hari ini.
fuhhh memang tahun ni, tengkujuh yg melanda kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah Sarawak dan Kedah/Perlis...sungguh kuat.banjir pun dah melanda

Ombak setinggi satu ketika 4-4.5m. Melambung lambung kapal dibuatnye. Di atas kapal kami, chief cook dan anak anak buah dah kena seasickness....tup tup...medic pun skali kena seasick. aduhhhhhh parah dah masa tu hehe. Saya, nasib baik tak kena jugak...tapi pening pening tahap lalat tak tahu nak terbang ke mana dah....macam ayam berak kapur pun ada.

Dari tarikh kami keluar ke laut (16hb 11) hingga ke (21/11), kami hanya buat kerja selama 7jam sahaja..diulang..7 jam sahaja. Yang selebihnya...WOW(wait on weather). Penat kerja macam nih. Bila kita ke tengah laut....nawaitu, nak siapkan kerja kerana Allah Taala....lagi cepat siap lagiii baik..Cepat kami pulang bertemu sanak keluarga hehe.

Last last....management Petro ni pun decide nak tarik balik kapal....Demob terus. Fuhhh lega....lega dapat lepas dari bahana cuaca buruk dan tak perlu tanggung kos pengendalian kapal....sehari ratusan ribu RM tu woooo..boleh beli Merc ke BMW satu setiap hari...(kalau kasi kat aku lah duit tu)duitsetan

So Cerita banyak pun takmau....bak kata Wafi & Chan...kecah kecah lebey pun tarak guna.....hari Selasa malam....wa naik bas Maraliner, balik amik wife n anak wa 2 orang kat Kedah....26hb, gerak balik KKB...raya KKB kita tahun ni.love

Rindunye kat Aiman, Yana dan isteriku hehe ayang






Read more...

Pengangkutan Awam di Malaysia

>> Monday, November 16, 2009

Hari ni, 1st time aku nak book tiket bas online, surf punya surf + ingat ingat web address yg slalu terpampang kat dinding bas tu...aku pun taip le maraliner.

lepas daftar etc...aku pun buat pembelian. Bila dah buat pembelian n dah confirm je...dia leh logout aku automatik...ah sudah....nombor confirmation takde lagi nih...call pusat khdmat pelanggan dia, sah tak masuk lagi. Tapi takpe...kalau masuk gak, aku cancel di bank yg keluarkan kad kredit aku ni je.

Calling plak call center dia...nak book tiket ke Alor Star, 24hb ni...ada lagi. Nasib baik. aku pun book. Kena ambil sebelum 21hb nih. Call plak Zul,kawan opis aku...set. Sib badan sungguh....kena naik offshore dekat dekat raya nih. Anak bini dah ada kat Kedah. Kitorang plan nak beraya di KKB plak tahun ni utk raya haji. Harap harap plan semua menjadik. Amin...

Cerita sikit pasal pengangkutan awam di Malaysia ni. Sebenarnya, boleh tahan efektif dah sistem diorang ni. Dengan adanya Dato Nazmi, orang kuat Maraliner yg dah link semua tempat kat Malaysia ni dengan bas Mara dia.

Apa yg perlu kita tau skarang, ialah jadual perjalanan bas tu. Tak dinafikan, bas bas kat Malaysia ni selalu lewat/delay....sbab pemandu kita akan tunggu penumpang pada masa yg ditetapkan dan +masa kecederaan lagi....sbab tu lah slalu lewat. Kalau kat Europe tu...cukup time, dia jalannn je....tak kira dah.

Emmmm...skarang ni tambang pun buleh tahan gak mahal dia...Pengangkutan awam ni kalau ikutkan memang tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. Tapi tahlah.....aku tak reti nak komen banyak. Janji, kalau aku takde transport nak kesana sini....ada public transport yg murah (baca xmahal sangat). Bas & Komuter & LRT.....

layan aje lah labuuuuu

Read more...

Maksud Famili??

>> Sunday, November 15, 2009

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak
perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"
Kami amat
bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang
tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila
berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di
sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan
beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku
berbaring di katil mendengar muzik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan
dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui

bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap
agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang
bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmatakumencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan
melutut dikatil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah
bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang
rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu
suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu
tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun
sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati
hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan
senang-senang mendapat
pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita
tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan
sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita
kepada kerja, melebihi
keluarga kita,
adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah
anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE
(Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "


Read more...

Berpakaian macam tu nak buat ape?

Betul ke?
diorang pakai baju ke tu?

Apa tujuan kita berpakaian sebenarnya?
adakah utk menunjukkan aset yg kita ada (err...saya maksudkan perempuan lah disini)

Apa korang suka kami usha anda semua dari hujung rambut sampai hujung kaki?
Apa anda semua suka kalau kami sentuh tubuh anda?
Dah kalau tak suka.....kenapa pakai pakaian menjolok mata sangat nih? mini tube la..mini skirt la.....pakai baju nampak lurah dada lah...nampak spender la....
weh....kolot betul la korang ni
jalan jalan kat KLCC, pakai macam tu..bertamadun sungguh la kononnya....walhal....demmm pening kepala aku kalau tengok slalu sangat kat KLCC ni....tolongggglahhhh cik adik woi...aku tak larat dah tengok berita rogol dan bunuh yg banyak terpampang kat suratkhabar skarang nih.....korang la salah satu penyumbang utama penyebab berlakunya kejadian kejadian macam ni....(nape...tak percaya? meh aku bawak korang gi penjara..kita tengok apa pandangan orang kat sana bila korang datang pakai seksi macam tak de kain kat badan nih...tau la korang betul ke tidak apa aku cakap nih)

amacam makcik shahrizat.......tak kan tak nak komen n bendung kot permasalahan ni....apa raaaa

Read more...

Bila tak de idea nak menulis

>> Saturday, November 14, 2009

Lama jugak aku tak menulis disini, errr maksud aku
hasil tangan aku sendiri.

entah mengapa, bila kerja menghambat dan memerlukan otak kiri bekerja...otak kanan jadi mandom...slow, takde idea nak menulis dan mengkritik

tapi, apa pun wujudnya blog blog yg aku olah n godam sendiri..telah membuatkan hatiku sentiasa ceria..sbab banyak benda yg aku tak pandai lagi dalam hal hal web/blog development nih...

errr..petron dah ada offer vss kepada sesetengah staff
nangihnangihputuscinte

Read more...

Woman with bigger Breasts smarter?

>> Thursday, November 12, 2009

This news caught my eyes on The Star today.
Wowsetanlove

A STUDY conducted in the United States showed that women with big breasts are not necessarily less intelligent than those who are less endowed.

Quoting a Singapore newspaper article, Sin Chew Daily said women with bigger breasts were found to be smarter instead.

It said the study was conducted in Chicago to find out whether the size of a woman’s bust affected her brain power.

The study, involving 1,200 women, was conducted by a female researcher. The subjects were divided into five groups, from extra small to extra big.

The report said it was possible such women were smarter due to the higher level of female hormones that could result in better development in the brain.

The daily also reported that a youth almost missed his honeymoon after being caught gambling illegally in a shophouse in Kuching on Monday.

The youth was supposed to board a flight to Japan with his wife the next day and risked losing about RM20,000 in travel fares.

He was among 10 individuals who were caught in a police operation.

However, the youth’s wife pleaded with the counsel who appealed in court. The youth was released on police bond. He has to report immediately to the court upon returning to the country on Nov 18.


Read more...

Ber TT(teh tarik time) di Damansara Damai

>> Sunday, November 8, 2009

Hebahan awal,
Teh Tarik session

Agenda:
- Berkenal kenalan dengan geng geng baru
- Diskusi mengenai pelaburan rumah
- Diskusi mengenai OD
- Diskusi mengenai peluang peluang pelaburan di Malaysia

Tarikh:
13/14 Disember 2009 - akan dimaklumkan
Tempat:
Ani Sup Utara Damansara Damai
Masa:
pagi/petang/malam....belum ditentukan

harap maklum

Read more...

Kembali semula ke Damansara Damai

Minggu ini, sepatutnya aku ke offshore,
tapi disebabkan beberapa masalah..tak dapat naik chopper hari Sabtu....
(tengkujuh, cuaca buruk, chopper delay flight, orang rebut rebut nak naik bla bla bla)
last last bobo call suruh masuk tender room....

jadi, balik le aku semula ke KL.......
nak tido dulu...baru sampai rumah.

rindu kat aiman n yana. muah muah utk ayang
setan

Read more...

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP