Cari Berita Menarik Di sini!

Monday, January 25, 2010

Alfatihah utk Allahyarham Tun Ghazali Shafie

Dalam satu minggu, Negara kehilangan 2 tokoh.
I only know Tun thru a book titled Wira tak didendang.
Who ever he is. Al-fatihah.
nangih

Sunday, January 24, 2010

Takziah utk keluarga diRaja Johor

Ucapan takziah utk keluarga Almarhum. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Saya cuma nak cerita tentang satu cerita yg disampaikan oleh ayah saya mengenai Almarhum.
Semasa hayatnya (semasa dia jadi agong ke-8 dulu), masa tu ayah saya bertugas di Istana Negara....utk lengkapkan cycle sebagai askar (nak dapat title 'pencen agong'). Ayah saya kata...Almarhum ni kekadang pukul 2-3 pagi dengan kain pelekat gi usha pengawal pengawal ni...tido ke apa ke....pastu buleh cakap....korang ni kalau mengantok pergi buat kopi (tu salah satu kisah benar yg ayah saya cerita la...dalam ati saya...wow....pak aku leh sembang ngn agong macam kat kedai kopi ke dulu dulu...agong siap pakai kain pelekat lagi masa tu hehe) - Ayah aku ada memori manis la bersama dengan Almarhum. Banyak dia cerita hari Sabtu lepas....cuma tak larat aku nak tulis disini....

apa pun, takziah sekali lagi. I'll miss his unique voice.

moral disini - Jadilah pemimpin yg tahu tanggugjawab yg dipikul.
Alfatihah utk Almarhum.

Sekali sekala memandu dengan santai & aman

Hari ni, aku n family (wife & 2 anak) ke arah Banting...
tujuan - ke kenduri rakan sekelas aku di MRSM Jasin dulu (pasangan lelaki & perempuan sama kelas ngn aku dulu)

Sampai di rumah pengantin perempuan, disambut oleh tuan rumah....dan makan makan sambil dihibur dengan irama KERONCONG..live. WOW....
memang mengasyikkan....abang tu goreng gitar.....power.

Selesai disitu, roda Personaku laju menghala ke Morib (plan asal...tanjung sepat) - nak cari tempat nak basuh uuk anak hehe....
Lepak lepak disana, dalam 3 jam....kami melangkah pulang semula ke Damansara Damai.

Moral cerita ni....berjalan menambah pengalaman, koleksi rakan sepanjang jalan.

Saturday, January 16, 2010

Kawen ngn bini orang

Kesian betul kisah ni (aku baca dalam Metro-Jumaat)
aku pelik skang nih....yg pompuan tu kenape......dah ada suami...gi on je nak kawin 1 lagi.
arghhhhh pening pening...

Lagi kesian, mak n ayah si pengantin to be sebelah lelaki.....nak sambut menantu..tak sambut le nampaknye skarang ni makcik pakcik....sabar je lah.

weh...Pengantin laki....ko jangan bunuh diri plak...bodoh namanye tu.
bunga bukan sekuntum....life must go on.

ciau....
siul

Kan senang kalau tolak ansur!

Saya copy paste dari sini
JAN 7 — Pada hari terakhir tahun 2009 mahkamah tinggi memutuskan bahawa akhbar mingguan gereja Katolik Malaysia iaitu Herald boleh menggunakan perkataan Allah untuk penulisan bahagian Bahasa Melayu. Ini telah menimbulkan banyak ketidak puashatian di kalangan Umat Islam di negara ini termasuk diri saya sendiri. Saya rasa perlu untuk saya menerangkan mengapa saya menanggap keputusan Mahkamah berkenaan dan juga permintaan Herald untuk menggunakan nama Allah sebagai satu isu yang penting. Ianya secara langsung melibatkan nama Tuhan yang saya dan umat Islam di negara ini gunakan sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

Walaupun agak terkilan dan terkejut dengan keputusan Mahkamah berkenaan, apatah lagi apabila Islam dianggap sebagai agama rasmi di negara ini adalah lebih mengecewakan bagi saya apabila memikirkan kenapa Herald, akhbar rasmi Gereja Katolik berkeras dan bermatian hendak menggunakan nama Allah dalam menerangkan isu-isu berkenaan agama Kristian dalam penulisan mereka. Apakah dengan menggunakan perkataan Allah dalam penulisan Bahasa Melayu maka terjemahan akan menjadi lebih baik? Adakah kini pemahaman terhadap ajaran dalam Injil adalah lebih mantap di kalangan Umat Kristian Katolik di Malaysia ini kerana sekarang mereka nampak dengan jelas kerana penggunaan perkataan Allah yang menggantikan perkataan Tuhan?

TAKRIFAN DAN TERJEMAHAN

Apabila seseorang itu mengucap dua kalimah Shahadah dalam Bahasa Melayu dia akan menyebut:

“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Persuruh Allah.”

Dari ayat di atas dapat kita lihat bahawa dalam Bahasa Melayu Allah itu bukanlah perkataan ganti bagi Tuhan akan tetapi bermaksud kepada Tuhan bagi orang Islam. Jikalau perkataan “GOD” itu diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu maka perkataan yang digunakan adalah Tuhan, Yang Maha Esa, Pencipta, Dewa atau Maha Kuasa. Kita ambil contoh terjemahan Al Quran dalam Bahasa Melayu — “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.”

Al Fatihah ayat ke 2:

Lihat ayat berkenaan, dari situ kita dapat lihat dari segi terjemahan Bahasa Melayu Allah bukanlah perkataan ganti bagi Tuhan akan tetapi lebih kepada takrifan tuhan kepada orang-orang islam. Sebagaimana kalau dapat kita lihat dengan contoh mudah berkenaan dengan ayat penyata —

“Lord Murugan is a god for the Hindus.”

Manakah terjemahan yang lebih tepat?

“Dewa Murugan adalah Tuhan bagi orang Hindu” atau “Dewa Murugan adalah Allah bagi orang Hindu.”

Jadi dapat kita lihat di sini, kalaulah alasan untuk menggunakan perkataan Allah dalam penulisan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia bagi mendapatkan terjemahan yang lebih baik ianya tidak tepat.

Dan ingin saya timbulkan satu persoalan menarik kepada Dr Ng Kam Weng yang mana artikelnya yang berjudul “Allah can’t be substituted with Tuhan in Bible translation.”

Saya ingin bertanya sedikit — “Dr Ng Kam Weng, if Allah can’t be substituted with Tuhan in Bible translation (Malay), why is it Allah can be substituted with the word GOD in the English Bible translation? After all the Bible is written originally in Hebrew.”

PENGGUNAAN ALLAH DI TEMPAT LAIN

Pasti ada yang berkata “Tapi Zaidel, di negara Arab mereka sudah gunakan perkataan Allah dah lama dah.” Betul, tepat sekali pernyataan anda, memang benar di negara Arab mereka menggunakan perkataan Allah sebagai Tuhan. Akan tetapi timbul persoalan di sini ialah, adakah Herald hendak menggunakan perkataan Allah dalam penulisan Bahasa Arab?

Dalam bahasa Arab perkataan “God” diterjemahkan sebagai Allah tetapi dalam bahasa Melayu ianya Tuhan. Pernahkan anda terfikir mengapa perkataan Allah tidak digunakan dalam Bahasa Inggeris? Mengapa mereka menggunakan “God” dan bukan Allah, mari kita lihat apakah definisi bagi Allah dalam kamus mereka —

Merriam Webster:

Etymology: Arabic all?h Date: 1584 GOD used in Islam.

Oxford English Dictionary

Noun the name of God among Muslims (and Arab Christians)

Lihat, dalam Bahasa Inggeris telah dinyatakan dengan jelas mengenai takrifan Allah itu sendiri yang mana ianya adalah Tuhan bagi orang-orang Islam, dan bagi Oxford ianya juga Tuhan bagi orang Islam dan Kristian Arab. Dalam Bahasa Inggeris, Allah tidak digunakan sebagai perkataan ganti bagi GOD kerana seperti Bahasa Melayu, Allah bukanlah perkataan Inggeris akan tetapi datangnya dari bahasa lain iaitu Arab. Ianya tidak akan menjadi isu langsung sekiranya Herald hendak menggunakan perkataan Allah dalam penulisan Arab, akan tetapi kini ianya digunakan dalam Bahasa Kebangsaan, adakah Herald hendak menggunakan perkataan Allah untuk pembaca mereka yang berbangsa Arab di Malaysia yang tidak berapa fasih Bahasa Arab tetapi cekap dalam berbahasa Malaysia yang beragama Kristian Katolik? Tidakah ada perkataan lain yang lebih tepat selain Allah?

TOLAK ANSUR

Memang saya akui bahawa di Indonesia memang mereka ada menggunakan perkataan Allah dalam agama lain. Selain Allah, Jesus/Yesus juga dengan terbuka digunakan secara meluas yang mana Jesus boleh jadi Tuhan dalam agama Kristian atau Nabi bagi agama Islam. Namun pada masa yang sama Indonesia juga merupakan negara yang banyak kejadian letupan di gereja dan rusuhan agama seperti di Ambon. Jadi apa yang membezakan antara Malaysia dan Indonesia ialah kita di sini lebih menekankan sifat tolak ansur dan memahami antara satu sama lain.

Kalau anda membuka buku teks agama Islam di sekolah, dinyatakan dengan jelas iaitu Nabi bagi Bani Israel yang merupakan anak kepada Mariam adalah Nabi Isa dan bukan Nabi Jesus atau Nabi Yesus Kristus. Ini adalah kerana Jesus bukanlah perkataan yang diperkenalkan oleh Bahasa Melayu akan tetapi lebih kepada takrifan dari Greek dan Bahasa Inggeris. Selain dari itu, sebab utama nama Isa lebih suka digunakan ialah untuk menghormati warganegara kita yang beragama Kristian di Malaysia yang berdoa atas nama Jesus Christ dalam gereja mereka. Cuba anda fikirkan apakah perasaan seorang Katolik sekiranya ada dalam buku sekolah di Malaysia ditulis ayat seperti ini

“Jesus Christ anak kepada Mariam merupakan Nabi orang Islam sebelum kedatangan Nabi Muhammad yang cuba menyebarkan ajaran Islam di kalangan orang-orang Bani Israel.”

Bukankah lebih elok kalau digunakan nama Isa, sebab itu saya terkilan, marah dan terkejut dengan tindakan Herald. Kita di Malaysia, walaupun jumlah orang Kristian kecil, kurang dari 10 peratus kita tetap putuskan bahawa Hari Natal (Christmas) adalah cuti umum kerana kita mahu orang-orang Kristian di negara ini mempunyai masa untuk bersama-sama dengan keluarga mereka dalam menyambut hari kebesaran mereka. Walaupun jumlahnya kecil dan nampak seperti tidak perlu tapi kita tetap berbuat demikian kerana kita percaya kepada sifat hormat dan tolak ansur, lagipun semua orang memang sukakan hari cuti.

IMAN ORANG ISLAM AKAN GOYANG?

Ada yang mempersoalkan, takkanlah akidah umat Islam lemah sangat sampai dengan hanya penggunaan perkataan Allah boleh menggoyangkan iman mereka. Saya jawab memang betul itu tidak masuk akal, akan tetapi saya juga boleh mempersoalkan adakah akidah orang-orang Katolik di Malaysia lemah sangat sampai satu-satu caranya untuk memperkukuhkan adalah dengan meminjam perkataan Allah? Adakah dengan menggunakan perkataan Tuhan atau Yang Maha Esa menyebabkan mereka tidak dapat menghayati ajaran mereka? Tidak masuk akal bukan?

Ramai yang menjerit perkataan seperti kebebasan beragama, hak bersuara dan hak ini dan itu dan sebagainya apabila ada orang yang mempersoalkan isu ini. Akan tetapi saya mempunyai satu perkara yang saya hendak ketengahkan. Cuba buat satu ketika kita tolak ketepi semua ini dan kita kembali kepada soal pokok.

Mengapa atau atas sebab apakah akhbar Herald berasa keperluan yang teramat sangat (sehingga dibawa ke mahkamah) untuk perkataan Allah digunakan dalam penulisan mereka? Kenapa dan untuk apa?

Kalau hendak mengatakan demi terjemahan telah saya terangkan dengan contoh bahawa ianya tidak masuk akal. Mengapa Allah dan mengapa hanya dalam Bahasa Melayu? Kenapa tidak gunakan Allah dalam semua penulisan tak kira bahasa kalau perkataan Allah itu membawa maksud yang terbaik.

KESIMPULAN

Mahkamah telah memutuskan, buat masa ini yang akhbar Herald boleh menggunakan perkataan Allah. Walaupun tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah, sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpegang pada prinsip keluhuran undang-undang maka saya tidak akan mempersoalkan kewibawaan mahkamah ketika mana ianya memberikan keputusan yang tidak disenangi. Tidak seperti sesetengah pihak yang hanya akan memuji dan mengangkat mahkamah ketika ianya menyebelahi mereka dan mengherdik ketika ianya member keputusan tidak serasi tidak serasi. Prinsip bukan suatu benda yang hanya dipegang ketika ianya memudahkan kita.

Namun itu tidak akan membuatkan saya berdiam diri ketika ada segolongan pihak yang kecil merasakan mereka perlu menggunakan nama Allah tanpa sebab atau keperluan yang munasabah. Saya terkilan dan tidak boleh menerima secara mudah alasan yang lemah tentang penggunaan nama yang telah sinonim di negara ini dengan agama Islam. Saya rasa tidak perlu malu atau segan apatah lagi takut kalau ada-ada segelintir akan memanggil saya sempit, ekstrimis agama dan sebagainya kerana apa yang saya persoalkan adalah sesuatu yang memberi kesan terus terhadap diri saya sendiri.

Saya dan ramai umat islam di Malaysia bukan hendak merampas apa-apa hak pihak gereja Katolik atau menyuruh mereka mendiamkan loceng dan sebagainya. Apa yang kami mahu ialah pihak gereja menghormati nama Tuhan yang kami gunakan dalam Islam sebagaimana kami menghormati nama Tuhan mereka.


Friday, January 8, 2010

Penggal Kepala?

Salam,
korang ada tertengok dalam Buletin Utama n dalam suratkabo1-2 hari ni....
kes bunuh 1 keluarga tu....

siap penggal kepala lagi. Aduh, ngeri dan sedih sungguh.
Moga kita dijauhkan daripada musibah yg tak diingini.
Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Si suspek, bagi kes ni...adalah ahli keluarga sendiri. Pelik betul. Dikhabarkan, pengamal ajaran xbetul. Wallahualam. Saya tak mau komen. Mungkin ada tekanan perasaan ke apa ke....sampai berbunuh bunuhan.

Ngeri.
nangih

Tuesday, January 5, 2010

bukan Islam nak guna perkataan Allah ?

Aku tak la cerdik sangat pasal agama, dan aku tak mengikuti sangat pun isu ni..gitu gitu je aku dengar kat Buletin Utama.

at 1 side....aku fikir...agama Kristian ni dulu dulu....masa Nabi Isa sampaikan kat umat dia....kitab Injil yg asal tu Allah jua yg turunkan.....
tapi skarang ni...Injil dah ada banyak version....kalau pengikut dia sendiri nak menghafal Injil (macam tahfiz tahfiz Islam menghafaz Al-Quran) diorang ada big tussle nak menghafal kesemuanye. Jadi...boleh ke diorang nak guna Allah tu lagi??? kita sama sama fikir.

Lagi....aku rasa la...diorang ni kureng cerdik sikit(termasuk la hakim hakim tu)....alamak....ape la korang nih...dah Allah tu Tuhan Sekelian Alam, yg menurunkan agama Islam yg disampaikan oleh Muhammad SAW, dah terang terang kita paham Allah ~ Islam...memang tak leh lari....
yg korang ni dah nama tuhan korang ada nama sendiri....yg kecah sangat nak tiru nama tuhan utk agama Islam tu apahal? ke korang dah takde idea dah. Jawapan aku...senang je. Jom jadi umat Islam..menghayati Islam sebenar.... ada berani?

Nampak sangat la & Terbukti Allah tu Maha Besar...
sib baik la Tun M buleh jawab dengan logik jugak....tuhan dalam agama lain diorang panggil GOD!. bukan Allah. Syabas Tun M.
peace

p/s- harap harap isu ni tak melencongkan perhatian kita daripada kes songlap enjin kapal terbang (jet fighter) bernilai 100juta tu. - takkan la depa sorok dalam spender kot nak bawak keluar enjin tu.....mesti la ada sape sape yg tau nih...SIASAT la....
100 juta dibahagi kepada 1000 orang miskin = ???? makin kurang orang miskin di Malaysia nih...

Tulisan ni hanyalah pandangan peribadi dan dari hati aku aje...Aku yakin Islam itu benar dan aku akan mempertahankannya walau apa skalipun.
Untukku agamaku, untuk kamu agama kamu....Noktah.

Sunday, January 3, 2010

Banyak orang kena tangkap

Ramai pasangan x muhrim ditahan pada malam tahun baru. Yg pangkat nenek pun ada kena tangkap...aduhhhh apa nak jadi dah dengan umat Islam akhir zaman...

Seronoknye mahu.....kawin dan bertanggungjawab tak mahu. Lepas tu nanti...kita boleh baca dalam suratkhabar....pasal anak yg dibuang merata....

Tolong le kerajaan...laksanakan la hudud utk orang orang Islam nih....kot ada sapa sapa yg nak ajak berdebat...aku rela utk berlawan ngn mereka...dengan menggunakan akal fikir ku yg loyar buruk ni pun buleh menang...sebab hukum Allah tu dah perfect....depa pusing kot mana pun kalah gak.