Cari Berita Menarik Di sini!

Sunday, April 18, 2010

Minggu ni PC Fair di KLCC

Minggu ni, PC Fair di KLCC...
hajat dihati...nak usha & beli
1. 500GB hard disk - nak backup data data dan ilmu ilmu underwater & subsea yg ada dalam harddisk di office
2. Omnia II - tengah dok berbelah bagi nak beli yg 2nd hand rega 1200 or beli yg baru rega 1700 (beza RM500 tuuu)
3. Digicam yg baru - dah 5 tahun aku pakai Lumix yg berjasa ni....dah sampai roll button dah rosak dah anak aku buat....cadangan - IXUS 105 (kecil dan mudah dibawa ke tempat kerja...menyusup sana sini dan dikabarkan gambar malam dia cun...gambar siang...kita leh adjust dalam PS hehe)

haiiii nafsu nafsu....tak tau le bile nak berubah nih....aku ni tak rajin nak membeli belah, tapi skali membeli...nah kau...hitung congak mau abis jugak tu dekat dekat 3k...bini kat sbelah dah usha 1 macam hehehe.....biarkan dia....hehe 4-5 tahun skali abang tukar gadget yang....(sib baik tak tambah wifey skalik ahaks)

Saturday, April 3, 2010

Tak Lama Lagi

Tak lama lagi,
pekan KKB yg aman tenteram akan jadi penuh sesak,
peniaga peniaga makanan dan minuman jadi tak menang tangan
menyambut tetamu yg datang entah dari mana.

Bukan menidakkan mahu mengiyakan,
tapi kemana menghilangnya ahli parlimen PKR selama ini?
mujur juga jentera parti itu bekerja dengan baik di Parlimen Hulu Selangor ini
Rakyat kurang rasa terpinggir.

Pilihanraya datang lagi,
2008 aku terlepas peluang mengundi,
harap harap 25hb April ni aku tak perlu kemana mana....
aku cuma mahu melaksanakan tanggungjawabku memilih wakil utk kawasan ibu bapaku bermastautin.

Walaupun baru memerintah Selangor,
aku lihat banyak kebaikan utk rakyat telah PKR beri.
bagai satu tamparan hebat kepada geng geng BN.
Mungkin selama ini, mereka lupa kerana rakyatlah mereka duduk di kerusi ADUN dikerusi YB,
kerana rakyatlah mereka seolah semacam tikus terjatuh ke kepok padi.
Jangan dilupa rakyat rakyat ini.
Berbakti kepada rakyat (kalau tak...kami repot kat ADUAN RAKYAT saje...baru la nak menggelabah)

Selamat mengundi kepada warga pengundi HULU SELANGOR.