pekan KKB yg aman tenteram akan jadi penuh sesak,
peniaga peniaga makanan dan minuman jadi tak menang tangan
menyambut tetamu yg datang entah dari mana.
Bukan menidakkan mahu mengiyakan,
tapi kemana menghilangnya ahli parlimen PKR selama ini?
mujur juga jentera parti itu bekerja dengan baik di Parlimen Hulu Selangor ini
Rakyat kurang rasa terpinggir.
Pilihanraya datang lagi,
2008 aku terlepas peluang mengundi,
harap harap 25hb April ni aku tak perlu kemana mana....
aku cuma mahu melaksanakan tanggungjawabku memilih wakil utk kawasan ibu bapaku bermastautin.
Walaupun baru memerintah Selangor,
aku lihat banyak kebaikan utk rakyat telah PKR beri.
bagai satu tamparan hebat kepada geng geng BN.
Mungkin selama ini, mereka lupa kerana rakyatlah mereka duduk di kerusi ADUN dikerusi YB,
kerana rakyatlah mereka seolah semacam tikus terjatuh ke kepok padi.
Jangan dilupa rakyat rakyat ini.
Berbakti kepada rakyat (kalau tak...kami repot kat ADUAN RAKYAT saje...baru la nak menggelabah)
Selamat mengundi kepada warga pengundi HULU SELANGOR.
No comments:
Post a Comment