Cari Berita Menarik Di sini!

Tuesday, June 29, 2010

Baby hatch?



Hari ni,dimuka depan NST....terpampang wajah bersih suci seorang bayi...
Dia tidak meminta dilahirkan kedunia ini.
Dia tidak meminta dilahirkan dari perut ibunya yg belum bernikah dengan ayahnya.

Utk si ibu dan bapa bayi ini,
tataplah wajah anak ini sepuasnya. Gunting dan simpan keratan akhbar ini.
anda telah mengambil keputusan utk tidak menjaga anak dari benih anda sendiri ini.
mungkin ini kali terakhir anda melihat dia sebelum diserahkan kepada orang yg amat kepingin menimang anak.
Satu hari kelak...anda pasti merindui panggilan 'ayah' dan 'ibu' dari anak ini....
Terima kasih kerana anda tidak menambah 'dosa' yg sedia ada - dengan membunuh anak ini. Terima kasih.

Menangis hatiku bila merenung cahaya dari mata anak kecil ini..
Ketika usianya baru menginjak 5 hari, ibu dan ayahnya telah melepaskannya ke pusat jagaan bayi (yg dipanggil baby hatch itu).
walhal, pastinya bayi ini memerlukan pelukan dan perhatian kasih sayang dari insan bergelar ayah dan ibu!.
Semua ini gara gara takut malu.
Yg aku pelik, masa korang buat benda mungkar ni dulu....tak malu pulak dengan Tuhan!.

utk sesiapa yg berangan angan nak mencuba cuba entot entot, sex sebelum nikah.....
fikirkan baik baik....tak mau cakap panjang...perbuatan tu...amat banyak buruk dari baiknya...
jadi sedar sedarlah....guna akal...belajarlah hukum hakam agama ni....

" sedapnya, nikmatnya....seketika cuma, penat mengandung 9 bulan tapi anak itu anak luar nikah, sudah bersalin...anak dibuang merata. tidakkah anda lebih teruk tahapnya dari binatang.?"

Aku berdoa supaya keluargaku sentiasa dilindungi dari fitnah dunia.....dugaan dunia akhir zaman ini.

Tuesday, June 22, 2010

Mengenai DEB

post ni saya ambil dari blog A Kadir Jasin. Sila baca dengan teliti..bukan sebarang tulisan. Penuh ilmu.
SARANAN eksekutif kanan perbankan, Mohd Nazir Abdul Razak, anak Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, agar matlamat yang diwarisi daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikaji semula dan diperkuatkan adalah sangat penting dan menarik.

Bukan kerana ia datang daripada anak Tun Abdul Razak dan adik kepada Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tetapi kerana ia mengubah persepsi umum yang beliau kritikal terhadap DEB dan mahu ianya dihapuskan.

Dalam temu ramah eksklusif dengan Mingguan Malaysia 20 Jun, Ketua Eksekutif Kumpulan perbankan CIMB itu, antara lain berkata:

“Bagi saya, matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, tapi pada masa sama kita perlu menambah satu lagi matlamat (iaitu) membina dan mewujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif. Ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu…”

Saranan Mohd Nazir itu selari dengan kenyataan Mohd Najib baru-baru ini bahawa matlamat 30 peratus pemilikan Bumiputera serta penubuhan masyarakat perniagaan dan perindustrian Bumiputera (BCIC) akan diteruskan.

Kenyataan Perdana Menteri itu dikatakan telah menimbulkan kehampaan dan kekeliruan di kalangan sesetengah ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang mahu matlamat DEB dihapuskan dan Malaysia mengamalkan ekonomi kompetitif tanpa subsidi atau kuota di bawah Model Baru Ekonomi (MBE).

Mohd Nazir menolak tanggapan bahawa dia kritikal terhadap DEB. Katanya: “Saya bukan pengkritik DEB kerana saya setuju bahawa dasar berkenaan telah membantu Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh selain kestabilan politik. Apa yang saya tegaskan adalah keperluan kepada kajian menyeluruh daripada aspek pelaksanaan...”

Pelaksanaan DEB Lemah

INILAH yang buat sekian lama diperkatakan. Pelaksanaan dua matlamat peninggalan DEB wajib dikaji semula kerana telah berlaku kekangan yang luas, khasnya daripada aspek pembahagian peluang-peluang ekonomi antara kaum dan wilayah.

Tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan saranan Mohd Nazir agar diwujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif.

Kita wajib akui bahawa faktor-faktor politik, demografi, geografi, budaya dan pendidikan telah bersekongkol untuk melemahkan daya saing Bumiputera. Ramai yang masih hidup di hulu dan caruk tanpa kemudahan asas. Ramai yang masih dibelenggu kemiskinan dan berpaut kepada ekonomi cukup makan (subsistence economy).

Tanpa bantuan rasmi seperti biasiswa, pinjaman pelajaran, subsidi, pelesenan dan kawalan harga, kaum-kaum Bumiputera dan golongan miskin daripada semua bangsa akan menghadapi ancaman peminggiran yang lebih buruk dalam era globalisasi dan persaingan ini.

Majoriti bukan Bumiputera berjaya mengambil kesempatan daripada DEB untuk memanjat tangga kejayaan dalam bidang perniagaan dan profesional kerana dari awal lagi mereka lebih maju daripada Bumiputera. Di pihak yang lain pula, majoriti kaum Bumiputera masih berada di pinggiran ekonomi.

Jurang Antara Kaum dan Kelas Meluas

SEPERTI telah saya sebutkan berulang kali, jurang pendapatan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan antara yang kaya dengan yang miskin telah meruncing sejak sedekad lalu, khasnya selepas krisis kewangan serantau 1997/98.

Jika diukur mengikut skala Gini (Gini Coefficient), jurang pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia. Ini semestinya merisau dan memalukan kita apatah lagi dalam usaha melaksanakan dasar keterangkuman di bawah Model Baru Ekonomi.

Inilah yang selalu diungkit, iaitu yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin.
Inilah akibatnya apabila yang kaya diberikan pelbagai lesen dan francais, termasuk judi, yang mempunyai nilai produktiviti yang rendah tetapi keuntungan yang tinggi bagi pemilik sedangkan industri yang produktif dan membuka banyak peluang pekerjaan terpaksa bersaing di arena tempatan dan global.

Situasi ini akan menjadi lebih buruk jika golongan bawahan tidak diberikan input ekonomi yang lebih besar dan dengan cara yang lebih berkesan bagi membolehkan mereka bersaing.

Inilah yang sedang dibahaskan di peringkat pembuatan dasar, termasuk oleh NEAC, iaitu bagaimana membantu kelompok-kelompok tertentu dalam struktur ekonomi dan pendapatan. NEAC misalnya, telah mengenal pasti tiga kategori pendapatan iaitu 40% yang berpendapatan rendah (low income), 40% berpendapatan sederhana (middle income) dan 20% berpendapatan tinggi (high income).

Malangnya, apa pun dasar yang hendak dilaksanakan, pasti ada yang menyokong dan mementangnya. Inilah yang berlaku dengan cadangan Mohd Nazir. Ada banyak pihak, khasnya dalam media massa bukan Bumiputera, yang memutarbelitkan kenyataan Mohd Nazir dengan memberi gambaran beliau menantang DEB dan mahu ianya dihapuskan.

Mereka ini sama ada buta atau lupa sejarah, tamak, tidak mengenang budi atau memang perkauman (racist) dalam erti kata mereka hanya peduli kaum mereka sahaja. Mereka lupa bahawa negara ini aman dan damai kerana sikap toleransi dan pengorbanan kaum majoriti iaitu Bumiputera.

Mereka bermain dengan api jika mereka berasa bahawa atas nama globalisasi dan persaingan mereka boleh menolak hak kaum majoriti Bumiputera untuk sama-sama mendapat faedah daripada pembangunan negara.

Malangnya, mereka yang anti-Bumiputera dalam arena ekonomi ini termasuklah segelintir Melayu/Bumiputera yang menjadi kaya raya kerana DEB tetapi sudah menjadi kacang lupakan kulit dan kaduk naik junjung. Mereka ini pengkhianat bangsa dan negara.

Kemiskinan Melepasi Politik Kepartian

ADALAH wajar orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera melihat isu ekonomi, atau lebih tepat, kemunduran mereka dalam bidang ekonomi, sebagai isu yang melepasi politik kepartian kerana kelangsungan mereka sebenarnya dalam ancaman.

Kalau dasar ekonomi bebas laissez faire diamalkan semula seperti sebelum 13 Mei, 1969, besar kemungkinan kaum-kaum Bumiputera akan hilang tempat bergantung dan ketika itu kembalilah mereka menjadi buruh dan petani cukup makan sahaja.

Sekarang pun, majoriti Bumiputera berada dalam kategori buruh (labour) dalam struktur pengeluaran kerana modal dan pengurusan umumnya dikuasai oleh bukan Bumiputera. Walaupun Bumiputera menguasai gunatenaga sektor awam, tetapi 80 peratus pekerjaan adalah di sektor swasta.

Hatta tanah milik Bumiputera pun semakin hari semakin berkurangan kerana diambil alih untuk pembangunan atau terlepas ke tangan bukan Bumiputera.

Majoriti daripada 40 peratus dalam kategori berpendapatan rendah yang dikenal pasti oleh NEAC itu adalah Bumiputera.

Jadi adalah amat wajar kita memberi perhatian kepada saranan Mohd Nazir kerana dia adalah contoh Bumiputera yang berjaya, anak orang besar dan pengurus sebuah bank raksasa. Cakapnya bukan cakap kedai kopi.

Kalau beliau berkata matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, saya tidak segan silu menyokongnya 100%.

Apatah lagi saranan beliau agar dibina dan diwujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif demi kelangsungan orang Melayu dan keamanan negara.

Tidak ada negara boleh dianggap bertamadun dan sejagat jika bangsa dan kaum majoriti tertindas dan terpinggir. Keamanan dan toleransi tidak wujud dengan sendirinya.

Sunday, June 13, 2010

11/6 - 11/7

Sbulan ni, tak cukup tido la gamaknye...
smua kerana World Cup.
tenis wimbledon ke, Sukan Asia ke, Sukma ke....semua orang tak pandang.
muka belakang Metro, BH, Utusan tak lagi dipenuhi dengan nombor ekor punye result
tapi semua cerita pasal BOLA....

Judi Bola kat Malaysia ni dah lulus ke dah dibatalkan?
aku pun tak tau....
Doa aku....BATAL.
bodo betul sape yg kasi idea nak adakan judi bola tu....

Thursday, June 3, 2010

Kisah yg amat mengagumkan

Pada tahun 1982 - aku masih bertatih tatih belajar berjalan, belajar kenal dunia...semua ibu dan bapa yg ajarkan.

Tapi, bila membaca dari 1 blog bolasepak, mengenai kisah bagaimana rakyat Malaysia bersatu padu utk meng ada kan siaran langsung bola Piala Dunia 1982 di Malaysia....aku jadi kagum yg amat. Wahhhhh bagusnye.

nak baca lebih lanjut...sila klik sini