Cari Berita Menarik Di sini!

Monday, April 30, 2012

Ajarlah mereka tentang tiang agama - Sembahyang!

Rukun Islam 5 Perkara...
1. Mengucap 2 kalimah shahadah
2. Sembahyang 5 waktu sehari semalam
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan Zakat
5. Mengerjakan haji bagi yg berkemampuan.

Ajarlah anak anda sembahyang...Ramai orang Melayu Islam zaman la ni, yg pakai tudung, tutup aurat tapi liat nak sembahyang....sebab ape? adakah diorang tak de kesedaran tentang sembahyang?

aku rasa dan syak, dari kecik...mak dan ayah diorang tak tekankan tentang tiang agama yg satu ni - Sembahyang.

Sembahyang adalah salah satu cara dan channel utk kita tunjukkan yg kita ni hamba tuhan, channel utk kita memohon sesuatu dari tuhan (lepas sembahyang kan kita selalu berdoa....doa tu adalah request hamba kepada tuhan....selalu tuhan makbulkan doa doa dan request tu....cepat atau lambat, ikut jalan yg kita tak sangka sangka....atau dia beri lain...yg lebih baik dari yg kita minta)

Ajarlah anakmu tentang sembahyang, rukun rukun sembahyang, bacaan dalam sembahyang...mula mula memang susah nak ajar sembahyang ni....tapi lama lama dah jadi 'habit', mereka akan biasa, rasa tak sempurna hidup selagi tak tunaikan solat.....rasa berdosa kalau tak sembahyang, hidup tak tenang...

doakan aku agar jadi ayah yg berjaya bentuk anak dengan jalan agama yg aku anuti ni. Agama Islam.

Sunday, April 29, 2012

Betapa Kecilnya Mereka

Speechless....
tak tahu nak cakap apa,
bila terbaca dalam suratkhabar.....ada orang buang anak yg baru dilahirkan...ke dalam tong sampah, dalam sungai dan bagai bagai....

Anak kecil yg baru lahir tu, tak mengerti apa-apa. Apa dosa dia si ibu dan ayah lakukan begitu pada mereka.
lihat gambar....beza tangan mereka dan tangan kita....memang mereka memerlukan kita (si ibu dan ayah) utk memberi perhatian kepada mereka.

Tolong...jangan sia siakan mereka

Saturday, April 28, 2012

Aisyah - 1 bulan sudahhhh

Semalam, 27/4/2012 - Siti Aisyah sudah satu bulan..
hari hari rutin dia -
Tido, nenen, uuk, liau liau lidah, sengih sengih, tengok dunia....

semoga menjadi anak yg solehah, taat perintah Allah dan Rasul, hormat ibu dan ayah, jadi anak yg berguna utk agama dan masyarakat...amin.

Wednesday, April 11, 2012

Yang Mana Satu.....

Hati berbelah bagi, antara ER6, Ninja 250R dan CBR 250R.
apa apa pun, aku layan dulu youtube pasal motor motor ni.....


ER6-F
Ninja 250R

Sekarang ni, aku pakai motor KRZ 150. Usia motor KRZ 150 kesayangan aku ni,dari aku beli tahun 1998-2012, dah berapa tahun tu.....13 tahun (kalau ikut surat beranak dia 1996 - 15 tahun). aku rasa....dah sampai ke akhir life cycle barang buatan manusia kot. Motor EX-5 pun senang senang je potong KRZ aku ni kat highway. Jadi, nak tak nak, aku terpaksa la mencari pengganti untuk 'bekas bini kesayangan' aku ni.

Sebelum Kita Turun Bersih 3.0

Dipetik dari laman Facebook (link kawan saya). So true.Soalkan soalan ini kepada diri kita dahulu.
"Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri.
Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?
Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.
Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.
Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)
Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."
Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.
“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)
Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)
“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)
“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).
Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya
*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?
1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam
Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?"

Wednesday, April 4, 2012

Kisah bibik...

Hari ini,
aku mendengar celoteh pendengar radio Hotfm, mengenai bibik mereka (topik hari ni mengenai bibik).
Ada 1 kisah yg diceritakan, bagaimana baiknya bibik si polan ini - membawa sinar agama kedalam keluarga mereka!. Oh bahagianya....

Anak anak diajar mengaji...
Kalau nakal nakal dia tolong tegurkan...
dah 10 tahun bibik berkhidmat dengan si polan itu.

beruntung sungguh si tuan besar itu.
(dalam hati, bagaimana agaknya layanan si polan itu pada bibiknya....gajinya, faedah2x sebagai pekerja,kemudahan bibik....10 tahun tu...bukan jangka masa yg singkat).

Tahniah pada pemanggil tersebut.

Motivasi Diri # 2


it's the power of belief.
Jika kau katakan kau boleh...kau yakin boleh melakukan.
Jika kau ragu ragu, hidupmu jadi tak menentu...