Cari Berita Menarik Di sini!
Wednesday, May 30, 2012
umur saya 2 bulan ;)
27/5/2012 - dah genap umur Siti Aisyah 2 bulan.
Semoga menjadi anak yg solehah; taat perintah Allah & Rasul; hormat ibu ayah...amin...
seronok tengok anak membesar di depan mata. Anak 1 dan ke 2, saya selalu sangat outstation. Anak ke-3 ni, Alhamdulillah...saya berpeluang bersama dengan ayang...menjaga si kenit ni sampai skarang (2 bulan).
Kentut kemain kuat, kalau mandi....wahhhhh suara dia....macam ada penderaan kanak kanak sedang berlangsung....(tajam sangat kut air tu bila mandi) hehe.... tak kisah la aisyah oi....ayah n emak ok aje....
lagi satu, umur dah 2 bulan pun....masih ajak mak n ayah sembang pukul 3 pagi ke....udah udah le tu....tukar le mode siang tido malam berjaga tu....tukar channel....siang main, malam tido...baru cun...
ok nanti sambung lagi.
Tuesday, May 29, 2012
Cerita Hujung Minggu Lepas
Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga pulang ke rumah ibu ayah di Kedah (Kg Bahagia, Kota Sarang Semut).
Dah lama benar rasanya aku tak ke sana. Sibuk dengan kerja. Rasanya...last skali...Hari Raya Aidilfitri yang lepas (memang la lama...huhu). Tapi aku takde lah sampai mengabaikan tanggungjawab aku....(slalu aku pos anak n isteri aku balik Kedah hehehe...tektik mesti mau ada).
Hari Ahad, adik ipar aku (Mak Lang Aiman & Maisarah) dah pun slamat bertunang. Bertunang dengan jejaka idaman hati dia la sapa lagi kan kan.... (sempat gak aku usik dia....pilih punya pilih, sangkut yg kelam kelam jugak) - ehem...nampaknya, lelaki lelaki yg kulit gelap ni mendapat tempat istimewa di hati gadis gadis...hot item maaa.... hahahaha.
aku dok berharap la kot kot pihak sebelah lelaki tu hulur sedas dua pantun pembuka kata...baru meriah sikit acara bertunang ni....(aku suka je kalau ada bab pantun pantun ni)....Mau kalut seblah pihak pompuan kalau geng geng lelaki bawak pantun nak masuk meminang...
Tapi tu lah...budaya berpantun ni dah makin hilang di telan arus zaman. Aku ingat, nanti...bila anak aku dah beso beso, nak kawen...aku nak siap siapkan pantun kot serangkap dua....kasi meriah sikit majlis....chewahhhh.... (tengok tengok...aku yg gagap time tu huhu)...
Hari Isnin, aku balik ke KL berseorangan...naik bas. Aku kasi can kat anak anak aku nak main di kampung....(confirm balik KL ni nanti, dan ada bunyi bunyi bahasa kedah dalam bahasa anak anak aku ....jeng hehe).
layan gambar gambar majlis bertunang tu sikit....

rewang... |
sembang sembang tetap tarikh nikah etc |
hantaran tunang pihak lelaki |
tatai 2 orang... |
with mama... |
Sunday, May 13, 2012
5 Perkara yg orang sesalkan bila nak mati..
Himpunan senarai penyesalan paling top di bawah dicatitkan oleh seorang nurse yang kerjanya menjaga para pesakit yang tidak ada harapan dan hanya menunggu saat-saat kematian mereka. Hasil dari kerjanya tersebut dia sering berkesempatan melayan keluhan para pesakit dan cuba memahami segala luahan isi hati mereka dan mendengar segala penyesalan mereka.
Mungkin bagi mereka yang dah nak meninggal nampak macam tiada lagi harapan berpatah balik. Tetapi bagi kita yang secara adatnya nampak masih segar, muda dan ada harapan untuk hidup lebih lama lagi dari segi biologinya perlu menjadikan senarai di bawah sebagai 'check-list' peringatan, moga-moga kita tidak menjadi salah seorang yang akan mengeluhkan perkara yang sama satu hari nanti. Lihat senarainya di bawah.
- Paling ramai orang menyesal bila dah tua atau dekat nak mati adalah disebabkan sepanjang hidupnya dia mencuba sedaya upaya memuaskan hati orang dengan melakukan apa yang orang jangkakan daripadanya sedangkan dia tidak pernah ambil peduli apa kemahuannya sendiri. Jika anda masih muda buatlah apa yang anda ingini dan jangan tak buat semata-mata takut nanti apa orang kata. Asalkan halal.
- Paling ramai orang terutamanya lelaki menyesal sebab selama hidupnya dia terlalu kerja kuat sampai tak ada masa bersama dengan anak-anak, isteri, ibu-bapa dan lain-lain keluarga. Kadang-kadang kita rasa kita perlu ada jumlah duit tertentu, rumah yang besar, kereta hebat dan lain-lain membuatkan kita pulun tak paling lagi ke belakang sedar-sedar dah tua, nak mati dan tak ada seorang anakpun menziarahi kita.
- Ada juga yang menyesal sebab tak pernah berani menyatakan perasaan mereka semata-mata takut mengecewakan orang lain. Jadilah kita seorang yang memendam rasa dan kalau orang Melayu akan berlaku amok bila dah teruk sangat. Luahkan saja apa rasa anda dan belajar terima reaksi negatif orang.
- Ramai juga yang menyesal sebab tak berhubung dengan rakan-rakan lama. Mereka membiarkan saja kesibukan menghimpit mereka sehinggalah semau kawan meminggirkan diri dan perhubungan silaturahim sesama kawan menjadi kendur.
- Penyesalan yang agak biasa berlaku pada mereka yang dah nak mati adalah menyesal kerana selama ini dia tidak membiarkan dirinya bahagia. Ramai yang tak sedar sehinggalah tua nak mati bahawa bahagia atau merana adalah pilihan kita sendiri. Kebanyakan masa kita meletakkan syarat untuk bahagia seperti, aku akan bahagia bila duit aku ada sejuta, aku akan bahagia bila pasangan aku sentiasa puji dan memahami aku dan lain-lain sumpamannya. Sebelum terlambat pastikan anda jangan berikan syarat untuk bahagia. Bahagia sebenarnya tak perlu ada syarat. Bisik dalam hati anda aku pilih untuk bahagia bukan untuk merana dan murung.
Subscribe to:
Posts (Atom)