Cari Berita Menarik Di sini!

Tuesday, October 16, 2012

Pak Man di tahan wad.

Hari Rabu yang lepas, Ayah saya, Pak Man Bawang.....telah ditahan di wad selepas menghidap demam yang tak surut surut panasnya.

Pada mulanya, doktor mengesyaki Pak Man terkena Denggi. Tapi selepas ujian lanjut, Pak Man dikhuatiri terkena penyakit kencing tikus.

Buat masa ni, saya berulang alik dari Rawang ke Kuala Kubu Bharu dan ke tempat kerja di KLCC.
Mujur jugalah, buat masa ni, tiada projek di tengah laut yang memerlukan saya bekerja di sana.
Jadi....sebagai anak, inilah masanya utk saya menolong sedaya upaya saya...berbakti pada ayah dan ibu...dimasa mereka susah. Kalau sebelum ni, kita membantu ibu dan bapa kita semasa mereka sihat dan gembira.....di masa susah ini....kita kena lebihkan usaha terhadap mereka.

Mereka lah yg telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Walaupun jasa bakti kita takkan sama dengan apa yg mereka tumpahkan pada kita....sekurang kurangnya kita dah buat yang terbaik pada mereka. Jangan nanti, bila mereka dah takde di dunia ni, baru kita nak menyesal....ketika itu...dah takde maknanya nak menyesal.

Wassalam

p/s - Bujal...jaga pertuturan, jaga ayat yg nak keluar dari mulut....time time macam ni sensitif kena lebih

No comments:

Post a Comment