Cari Berita Menarik Di sini!
Monday, June 15, 2009
Rahsia Menjaga Solat 5 waktu
Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. Aku cuba cari laporan tersebut dekat Internet, kalau-kalau ada maklumat lebih terperinci pasal kajian tersebut tapi tak dapat. Walaubagaimana pun, CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?
Subuh. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya …? Kalau yg tak sembahyang terus walaupun bergelar orang Islam?
Thursday, May 28, 2009
Nervous tu bagus
sila lawati blog dia...gambar lawa lawa, penulisan yg baik utk minda anda
lawati disini : http://blog.saifulnang.net
Nervous itu Bagus
Posted by saifulnang Friday May 8, 2009Ramai orang nervous bila nak kahwin, bila nak akad nikah, naik stage, nak bersunat, nak convo, nak naik pelamin, nak bagi speech, nak pegang rostrum dan banyak lagi. Saya pun tak terlepas dari perasaan nervous tu. In fact now pun, I’m still feel so nervous about giving my whole day seminar tomorrow at KLiUC.
I’ve been giving public speech since the past 22 years (since I was 8). But still i feel, new stage, new people, new topic, new environment will still make me nervous. Adrenaline released and I feel so worry of not performing well. Alhamdulillah, I managed to go through all that with some great handshake by the audience and “some” events….I manage to get a standing ovation (orang tepuk tangan sambil berdiri selama 1 minit) hahahah.
I still remember 22 years back, when I was 8. Since my family was so poor, I didn’t get any chance to makan angin and see the rest of the world. My world only restricted to my house, school and the oil palm plantation. The only way for me to makan angin is through “Mewakili Sekolah” in whatever event pun. I tried sport but…well, I was as small as kindergarten kids when I was 8 hahahha. It wasn’t a good idea to represent school in sport. Hence, I tried “Pertandingan Bercerita”. Started dengan peringkat sekolah dulu.
I still remember that, I wanted to be different from other participants. I did my recce around them. Biasalah, cerita Sang Kancil dgn Sang Buaya, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan epik-epik masyarakat yang normal. Sebaliknya, saya membuat tajuk sendiri “Perjalanan hidup sebuah calculator”. Hahhaha….it made me stand-out from the rest. Ini pun Blue Ocean Strategy jugak ni, tapi masa tu buku BOS tu tak keluar lagi rasanya tapi itu common sense disebabkan kehendak yang melonjak-lonjak untuk jadi wakil sekolah…dapatlah merasa NAIK KERETA. Naik kereta pun kagum habis dah.
1 week given lepas hantar nama nak bertanding kat Sekolah Rendah LKTP Tementi. Saya menulis tentang calculator sebagai skrip penyampaian. Tiap kali nak menulis, masa tu lah datang nervous. Beberapa hari mencuba pun masih lagi nervous. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi kena baling dengan kasut, botol air, selipar, proton saga, tin coke dan macam-macam kat atas pentas. Bangun sahaja tidur, rasa nak give-up. Seriously, ini lah kali pertama anda akan naik ke pentas untuk memberi some kind of speech.
Tapi keinginan yang terlampau tinggi buat saya gagahkan jugak untuk terus mara. Nervous itu membuatkan saya menjadi seorang yang sangat WELL-PREPARED. Saya disaingi oleh seorang kakak darjah 5 yang lebih senior dan bersuara lebih mantap berbanding suara budak kecik yang belum “pecah” lagi (saya lah tu) yang menjadi juara bertahan selama 2 tahun berturut-turut.
Semasa hari persembahan, berlaku undian giliran. Rasanya, ini dah ditakdirkan rasanya…saya dapat giliran no.1…wuaaaa!! gila habiss..tadek reference langsung untuk competition. Bila dipanggil jer ….”Peserta seterusnya, adik Mohamad Saipul bin Nang dari darjah 2 Anggerik”.
(Sepi)
Saya : (Nak pengsan…jantung tercabut)
Gagahkan juga diri melangkah longlai ke arah pentas tanpa skrip, tanpa rostrum. Yang ada hanyalah mic stand yang bergoyang-goyang dan tinggi. 1000 mata murid-murid dan ibu-bapa serta guru-guru terpaku kepada budak kecit kat atas stage yang hampir kena stroke. Saya pandang penonton…(terus rasa nak pitam). baru tahu…itu rupanya nervous yang terhebat. Lutut bergetar dengan frekuensi 10 getaran sesaat. Adrenaline release, jantung makin laju.
Saya capai microphone di mic stand. Setup mic stand terlampau tinggi untuk saya pada ketika itu. Cikgu yang menguruskan mic pun tak sensitif pasal tu, jadi saya capai mic dan cabut dari standnya. Kini mic dah ada dalam genggaman. Saya ambil mic stand tu saya angkat dan letakkan di tepi pentas supaya tak menghalang saya dengan audience. Bila saya kerling mata, beberapa guru dan ibu bapa dan tersenyum-senyum nak ketawa. Saya berjalan selamba atas pentas…(begitulah sehingga habis saya bercerita)
Kembali semula ke tengah pentas….(Sunyi)
- SN : ………..
- Penonton : ……..(cricket sound)…….
- SN :……… (Cricket sound)……….(cuba membaut eye contact dengan audience)
- Penonton :……..(mula berbisik-bisik sesama sendiri…apa lah yang dia fikirkan)…..
- SN : (Pandang penonton dan penjaga masa….)
- Penonton : (Pandang saya dan mula tersenyum….)
- SN : ….hmmm…(tiba-tiba ayat pertama saya keluar)….Sabar tuan-tuan dan puan-puan, penjaga masa tengah gemuruh sampai tak ketuk-ketuk lagi loceng mula….(saya mengalihkan nervous saya pada orang lain hahahaha)
(Serentak gemuruh dengan ketawa satu dewan dan tepukan tangan. Gembira sangat kot tengok budak kecik 8 tahun duduk atas pentas senyap pandang kiri kanan, pandang penonton rupanya pasal penjaga masa tak bunyikan loceng…)
Itu semua berlaku tak disengajakan. Tetapi, macammanapun…mesti diatasi dengan tenang. Melihatkan tepukan tangan penonton, saya terus dapat kekuatan yang luar biasa…
- SN : (Tatkala mengikut norma orang memulakan cerita dengan “Pada suatu hari….” tetapi saya meneruskan cerita dengan ini…)… Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, pernah tak anda semua pakai calculator?
- Penonton : (Serentak) PERNAHHHHHHHHHHHHHH….(sikit2 jawapan berbalam-balam cakap tak pernah)
- SN : (Senyum)…itu lah tajuk cerita saya hari ni kerana saya nak bawa semua untuk mendalami riwayat sebagai sebuah calculator…bla bla bla bla bla…yada yada yada…
- Penonton : (Khusyuk)
- SN : Yada yada yada yada calculator….yada yada yada..rosak…yada yada yada…kena buang…yada yada yada…kena kutip.
- Penonton : (Mula dah tersenyum…)
- SN : Sekian terima kasih…(tapi masih belum berganjak untuk tengok respond penonton)
- Penonton : (Terdiam)
- SN : Tuan tuan dan puan-puan, cerita saya dah habis…tepukkk (bagi isyarat suruh orang tepuk tangan)
- Penonton : (Yang tadi terdiam mulut menganga terus tepuk tangan sambil gelak-gelak)
Pada hari itu, semasa saya naik ke pentas sahaja. Saya dah tak buat untuk menang hadiah. Saya buat menurut hati sahaja. Untuk menghiburkan orang ramai. Yang nyata, pada hari itu, cerita saya terpesong 40% dari skrip yang saya dah hafal selama 1 minggu. Memandangkan skrip itupun saya yang tulis, jadi saya ada kuasa untuk mereka cerita hahahha.
Saya memang tak harap kemenangan pun. Pasal pada masa itu, saya cuba jadi diri saya sendiri. Dan saya tahu saya tak buat seperti semasa latihan dan pada masa itu, umur 8 tahun saya terlalu naif tentang Public Speaking tecnique. So, belasaahhh jer mana boleh. Nervous yang ada semasa nama dipanggil…hilang dari ayat pertama. Apabila saya merasakan audience itu selesa dengan saya. Nervous itu juga yang menjadi drive untuk saya jadi seorang yang sangat “well-prepared”.
Dan nervous itu juga, masih ada sampai ke hari ini dan ianya sangat normal dan sangat bagus. Jika saya tidak nervous, saya tak akan bersedia dan saya akan hanyut dalam penyampaian. Itu lah sebab mengapa nervous itu anda patut jadikan ia sebagai satu faktor penggerak yang mendorong anda ke hadapan dan bukan menjadikannya sebagai excuse untuk kita mengalah sebelum berlawan.
Alhamdulillah….
Saya menang no.1 untuk kategori Tahap 1 dan keseluruhan. Saya dapat mewakili Sekolah dalam pertandingan bercerita antara sekolah peringkat daerah di Felda Bukit Mendi. Saya dapat naik kereta Proton Saga, saya dapat keluar, saya dapat makan angin dengan cara itu. Dan …ia berterusan sehingga saya di Universiti.
Nota kaki : Saya sebenarnya….gagap dari kecil.
Monday, May 25, 2009
Ke Penjara kerana memukul anak sendiri
" Melentur buluh, biarlah dari rebungnya"
kalau tak ingat...gi belajar balik sekolah rendah ye....
Hari ni, dalam Buletin Utama, ada berita seorang ayah dihukum penjara kerana memukul anaknya di sekolah sehingga berdarah.
Dulu-dulu, masa saya kecik kecik, zaman nakal....disekolah, cikgu pukul sebab nakal..terjun bangunan dari tingkat 1, tak takut patah kaki langsung....balik rumah..kalau cerita ngn mak n ayah, sah kena pukulan tambahan. psssttt..saya pernah kena penangan tali pinggang asykar kat muka...sebabnya..saya nakal n ayah hilang sabar.
Dengan pukulan n sakit tu la sedikit sebanyak mengajar saya utk jadi baik & insya Allah, cuba menjadi manusia berguna kepada masyarakat. Kalau dulu dulu, mereka tak pukul saya masa saya buat salah..mungkin saya tak berada dimana saya berada sekarang...Pelik kan, zaman skarang....kita sibuk nak membenteras bohsia bohjan, mat rempit, perompak etc...tapi bila mak dan ayah cuba mendidik anak...ke lokap pulak perginya.
Pukullah untuk mengajar, bukan utk mendera. Saya sokong cikgu cikgu yg memukul murid utk mengajar anak murid yg nakal nakal sangat ni. Sebenarnya, anak anak murid yg nakal nakal ni...ada kelebihan dia. kita perlu pupuk diorang ni dengan sedikit 'kekerasan'...baru menjadi. Beri mereka cabaran...contohnya, bagi diorang masuk team bola sekolah...secara tak langsung, team bola sekolah tu akan power. Cikgu cikgu tak percaya?...cuba tengok...budak budak nakal ni stamina diorang mengalahkan sekawan gajah..... jadikanlah budak budak nakal ni insan berguna..bukan lagi dimaki hamun begitu saje....ada banyak lagi kaedah nak mengajar budak budak nakal tak makan saman ni...kan mereka masih diperingkat rebung...belum jadi buluh (18thn ke atas)
Insya Allah, mesti buleh punyer.....tak percaya..cubalah
-nukilan dari bekas budak nakal sekolah yg skarang dah jadi underwater engineer. hehe
Anak saya bila ke sekolah nanti, saya akan bekalkan cikgu tu rotan..utk merotan anak saya kalau nakal...rotan utk mengajar, bukan utk mendera....ada beza rotan mengajar dan rotan mendera tu...(tapi dulu saya kena rotan ngn pembaris panjang kuning kat sekolah sampai patah pembaris tu...tak bagitau mak ayah gak..takut kena tambahan hehehe)