Diambil dari tukartiub.blogspot.com
APA DIA KERAJAAN PERPADUANSaya cukup senang hati melihat apa yang sedang berlaku di arena politik hari ini. Heboh heboh tentang kerjaaan perpaduan ini cukup baik untuk anak anak muda memahami politik.Politik bukan agama.Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa direbut untuk mendapat kedudukan. Kedudukan untuk mendapat harta benda. Ini hakiki. Jangan cuba di alih-alih atau ditutup-tutup dengan tabir dan langsir.Manusia memerlukan makanan – makanan ertinya ekonomi. BerPolitik ialah merebut punca-punca ekonomi.Zambry merebut kuasa dari Nizar kerana ekonomi. Khalid merebut kuasa dari Toyo kerana ekonomi. Hassan Ali cuba merebut kuasa dari Khalid kerana ekonomi. Guan Eng merebut kuasa dari Tsu Koon kerana ekonomi.Nasaruddin, Mustapha Ali dan Hadi ingin mendapat kuasa kerana melalui kuasa mereka akan mendapat peluang ekonomi.Lee Kuan Yew datang melawat sambil menipu kerana ekonomi.Mahathir ingin terus berkuasa kerana ekonomi.Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ingin mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional kerana ekonomi. Semua ini ialah perebutan ekonomi. Ini samalah seperti Amerika berebut minyak dan gas dengan Russia. Ini samalah seperti Pakistan berebut tanah Kashmir dengan India. Ini samalah seperti Turkey berebut air dengan Syria. Air, gas, minyak dan tanah – adalah ekonomi.
Ekonomi ini ialah duit duit – harta – tanah – bangunan, perniagaan, lesen – semua ini harta yang menjadi rebutan dalam sistem ekonomi kapitalis. Atau untuk menipu Mak Cik Felda ekonomi ini di panggil ekonomi bebas. Tidak ada yang bebas dalam ekonomi kapitalis. Dalam ekonomi kapitalis – sesiapa yang memiliki punca-punca ekonomi akan memiliki kekayaan dan kuasa. Dengan kuasa akan mendapat punca-punca ekonomi. Punca ekonomi ertinya duit dan harta kekayaan.Ini hakikat. Tak perlu kita berdulak dalik – aaahhh ..oooh ..eeeh lagi.
Agama ialah kepercyaaan. Kepercayaan ini berasaskan keyakinan. Ada yang yang percaya dan ada yang tidak percaya. Ada yang yakin dan ada yang tidak yakin.Keyakinan agama juga boleh beralih–alih mengikut kepentingan ekonomi. Dulu Hadi mengeluar FATWA HADI. Hari ini fatwa ini tidak dipakai lagi untuk disesuaikan dalam merebut kepentingan ekonomi terkini.Sekali lagi dinyatakan : Dalam ekonomi kapitalis TIDAK ada agama. Ini tebukti dengan apa yang sedang berlalu sekarang. Malah dalam satu parti yang mengakui asasnya agama pun ada perebutan. Perebutan kuasa ini tidak ada sangkut paut dengan agama. Ini perebutan ekonomi.Perebutan ini adalah SEHAT jika diakui sebagai perebutan untuk merebut ekonomi. Ianya TIDAK sehat jika ditakrif sebagai perebutan garis agama.Agama, bangsa, nasionalisma – ini adalah senjata/alat untuk mengolah persetujuan orang ramai akan menyokong satu-satu gerakan. Apakah tujuan gerakan ini ? Untuk memiliki punca-punca ekonomi.
United Malays National Organisation berslogan Hidup Melayu- Ketuanan Melayu untuk menipu orang Melayu agar gerombolan mereka mendapat mengambil punca ekonomi yang dulunya di tangan British dan China. Mereka mahu harta kekayaan dijadikan hak mereka. Ini hakikat. Tak perlu kita berkelentong.Heboh-heboh tiap-tiap hari di parlimen ilahlah manifestasi perebutan ekonomi. Najib membuat dasar kerana hendak membolot ekonomi. Anwar menentang dasar Najib kerana ekonomi. Disini tidak ada agama atau bangsa.Agama dan bangsa HANYA masuk dalam hitungan ini jika ianya boleh dijadikan ganja untuk mengolah persetujuan orang ramai – untuk mendapat sokongan.
Pas dahulu di kutuk oleh United Malays National Organisation. Gerombolan ini juga dahulu di kutuk oleh Pas. Ini dilakukan untuk mencari sokongan orang Melayu.Hari ini gerombolan telah tidak mendapat sokongan Melayu lagi. Jika tidak ada sokongan mereka kalah. Jika kalah - mereka tidak ada kuasa. Jika tidak ada kuasa mereka tidak dapat kontrek dan projek.Kontrek dan projek ialah ekonomi. Pusing-pusing akhirnya ekonomi juga.Dalam Pas walau pun mengakui berasaskan agama kini telah terbukti bahawa ekonomi lebih kuat pengaruhnya dari agama. Didalam Pas ada yang takut dengan Pakatan Rakyat kerana dasar KETUANAN RAKYAT. Dasar ini bukan dasar agama. Bukan dasar bangsa. Tetapi dasar untuk orang ramai – ertinya untuk semua – China, Melayu, India, Kadazan, Murut , Bajau dan Lain-Lain. Ertinya siapa bijak – berilmu, tidak malas, rajin bekerja – maka mereka akan berjaya.Berjaya disini ertinya ada duit. Duit ialah ekonomi. Pusing-pusing mesti sampai juga kepada ekonomi.Orang yang malas, pencari kontrek, mencari komisen, jual projek – pastilah TIDAK suka dengan dasar - Ketuanan Rakyat. Mereka takut bertempur disemua bidang. Nak masuk universiti nak pakai kouta. Nak projek nak kouta. Nak cari kerja nak pakai kouta. Nak buat drama tv nak minta slot kouta.Justeru ketika ini United Malays National Organisation memerlukan Pas untuk masuk ke dalam kandang mereka. Apa yang di janjikan ialah kedudukan politik. Kedudukan politik ialah kuasa. Dengan kuasa akan dapat punca ekonomi.Ekonomi lagi.Justeru jangan hairan – terutama anak anak muda - kita patut memahami bahawa yang sedang berlaku dihadapan mata kita ialah perebutan ekonomi. Semua yang berlaku ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau bangsa.Perebutan ini ialah perebutan kelas elit yang kuasanya semakin terhakis. Kelas elit ini diwakili oleh United Malays National Organisation. Kelas elit yang hendak hilang kuasa ini sedang mencari ‘kawan’ dari Peking hingga ke Rusila. Ini pekara biasa dalam politik.Apa yang maha penting untuk difahami ialah politik tidak ada sangkut paut dengan agama. Sekarang terbukti dengan jelas – serban atau kopiah – hanya pakaian ; bahawa agama hanya digunakan untuk mengolah persetujuan tidak lebih dari itu.(TT)
No comments:
Post a Comment