Cari Berita Menarik Di sini!

Saturday, October 31, 2009

Go Get Them!

Go Get Them!
Gitu le tajuk Suratkhabar The Star hari ni....
harap harap, betul le. bukan hanya setakat tajuk di akhbar saja. Ini termasuklah pegawai kerajaan yg korup, kontraktor yg korup penyuap pegawai tersebut dan yg seangkatan dengannya.....

harap harap SPRM tak de lah nak pilih bulu..kalau PM kita sendiri pun yg korup...jangan tunggu. Bagi alasan serah kertas siasatan kepada AG la apa la.....dedahkan saja. Biar rakyat yg menilai.

It's People Power!
ada berani??
peace



Tuesday, October 27, 2009

Skim Cepat Kaya Internet - Sila ambil perhatian

Apakah Maksud Skim Cepat Kaya Internet?
oleh Zamri Nanyan

“Skim Cepat Kaya” mengikut apa yang diterangkan di dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah “skim pelaburan yang kononnya boleh memberikan pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”.

Skim bermaksud rancangan.

Pelaburan pula ialah menempatkan (wang) untuk satu kegunaan, seperti membeli saham di dalam syarikat, untuk menghasilkan keuntungan.

Definasi yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pula ialah:

“Apakah Skim Cepat Kaya?


Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.”

Dipetik dari http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=104&pg=457&ac=551〈=bm

Di samping itu, BNM juga memberikan garis panduan untuk mengenali sebuah skim cepat kaya di mana pelbagai soalan dan jawapan sudahpun dipaparkan di laman web di atas.

Namun, masih ramai yang keliru dengan maksud skim cepat kaya itu sendiri. Maka, tak hairanlah mereka yang ingin menyertai sebarang program yang jauh sekali bukan skim cepat kaya pun takut untuk menyertainya. Yang sudah menyertai skim cepat kaya pula tak sedar yang mereka berada dalam sistem yang menyalahi undang-undang.

Selepas saya hasilkan artikel ini, saya pasti masih ada yang tidak akan bersetuju dengan beberapa pendapat saya dan menganggap saya memanipulasikan ayat untuk kepentingan program yang saya promosikan. Golongan ini tidak akan bersetuju langsung dengan sebarang pendapat saya ataupun pendapat pakar di luar sana. Bagi mereka – mereka sahaja yang betul.

Terma skim cepat kaya ini lebih mudah dilabelkan kepada program internet, lebih-lebih lagi jika program tersebut ialah sebuah program berbilang tingkat. Ironinya, program berbilang tingkat ini pula didefinasikan sebagai program yang mempunyai 3 tingkat ke atas. Jika ianya sebuah program affiliate yang dua tingkat, ianya bukan program berbilang tingkat. Pelik, bukan?

Kebanyakan orang tidak menghalusi sendiri maksud “Skim Cepat Kaya” dan terus melatah selepas melihat sebuah program yang mempunyai sistem berbilang tingkat (atau program MLM). Saya tidak salahkan anda jika anda salah seorang daripadanya. Mungkin minda anda belum lagi terbuka kepada program berbilang tingkat yang telah disarankan oleh ramai usahawan, jutawan terbilang seperti Robert Kiyosaki dan Donald Trump. Mungkin anda tersilap ambil nasihat daripada orang yang tidak sewajarnya anda turuti.

Sebagai contoh, jika diambil dalam konteks perniagaan internet, jika seseorang menerbitkan sebuah ebook dan menjana RM100,000 dalam masa 3 hari hasil jualan ebook tersebut, ini bermaksud “pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”. Adakah ini sebuah skim cepat kaya?

Jika anda menggunakan servis daripada eTrade atau Ameritrade untuk melabur di dalam saham Nasdaq dan Dow Jones, dan anda jumpa cara mudah untuk menjana pendapatan ribuan ringgit setiap hari, adakah servis ini boleh dikategorikan sebagai skim cepat kaya kerana adanya perkataan “pelaburan” dan “keuntungan segera” di dalam bisnes jual-beli saham melalui internet ini?

Bagi saya, sekiranya anda mengeluarkan wang ke dalam syarikat yang tidak memberikan sebarang servis atau produk, atau produk yang ditawarkan adalah meragukan dan tak masuk akal, kemudian anda dijanjikan dengan pulangan lumayan yang anda sendiri tidak tahu dari mana komisyen itu dikeluarkan, maka itulah definasi skim cepat kaya bagi saya.

Jika anda mengeluarkan wang untuk mendapatkan servis (perkhidmatan) atau produk daripada sesebuah syarikat, dan anda mendapat komisyen jika anda memperkenalkan servis ini kepada orang lain yang akhirnya menjadi pelanggan baru di dalam syarikat tersebut, itu bukanlah sebuah skim cepat kaya.

Sudah tentulah servis dan produk yang saya maksudkan di sini ialah servis atau produk yang masuk akal; bukannya produk seperti makanan angkasawan atau air sejuk biasa yang dijual pada harga secawan teh tarik di hotel 5 bintang.

Anda sertai syarikat tersebut kerana anda boleh gunakan servis atau produk mereka. Komisyen hasil mendapatkan pelanggan pula adalah pendapatan anda. Begitu juga komisyen daripada kumpulan ahli pemasaran yang anda bimbing dan bantu.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.


Jangan la takut salah!

dipetik dari lipassepi.blogspot.com
bagus blog nih. sila la lawat

I'm not really shy or worry what others might perceive me when I am overseas or somewhere outside hometown.

There's a Japanese saying that goes "Fear not in embarrassing yourself while travelling, for no one knows you anyway."

Or at least I think it sounds like that,
Got it from Azumanga Daioh so can't really say my source is accurate.

Nonetheless the point that I am trying to make here is that I am not too worried in making mistakes or embarrass myself in front of strangers, after all they don't really know me nor would they remember soon after the incident.

Unless of course I do it in Youtube, but that's a whole other story.



Which is why I have little fear in public speaking,
I mean why worry that you make mistakes?
These are strangers after all and even if you do screw up people will eventually forget about it as life pass by. Trust me they have much more important things to remember. Chances are you might never see them again after this.

As in contrast to...

making mistakes amongst friends, it is much more painful with lasting effects.

Imagine you had a fight with a stranger, a big fight vocal fight with name calling, swearing and heated shouting. A few days later you might forget all about it, after all you don't have to face that "idiot" again after that.

You can always refer to the person as "that idiot" I bumped into on the road one lousy evening.

Now imagine if you had the exact same heated fight with a good friend, a bunch of good friends, family or someone who you personally know. You can't just brush it off that easily, eventually things would be okay with the apology and what not, but that awkward moment will still be there,l hanging in the air especially when the fight is still fresh in mind.

That weird handshake, fake smile and uncomfortable chair. Even the act of drinking or having a discussion in groups would seem very fake. There's that feeling of static air hanging around.

What more when you have to pretend, putting up a facade, that play you do which everything seems to be okay because you're too embarrass to admit that shit happens. Everything back to normal all smiley and giggly yet pissing off and swearing on the drive back home.

Isn't that worse?

Now being rejected by a girl you approached at a bar may hurt your ego a little.
But being rejected by the girl you spent much time together, the company that you enjoy very much over some mindless conversation with coffee is a whole different story.

When that confession didn't work out the way you hoped it would be.

You think that the next coffee conversation will be pleasant?
The thought of being at the same event together would seem weird after that.
Long gone are the things you cherish so much before this.

But hey then again,
To seek love one must be daring enough to take the risk. That's just the way it is.

Hence what is the fear of being rejected in an interview when you compare to the situation above.

So....
why worry so much about embarassing yourself in front of strangers?
People who you don't really care so much about nor do they care much about you.
Just get up on that stage, do your best and just be yourself.
Give it your best shot and might as well do what you feel like doing.
I mean, think....
What have you got to lose anyway?

For....
Life is simply to short to be worrying about what others might think.

Monday, October 26, 2009

Baru pulang dari Kg Bahagia..Kota Sarang Semut

Hari ni,
saya baru pulang dari kampung mertua, melawat anak & isteri yang pulang ke kampung (kalau duduk di KL la ni, sape pula nak tengok tengokkan dia yg dalam pantang lagi tu - saya kena bekerja hehe)

wahhhh meriah sungguh anak saya yg sulung tu bermain dengan pak su dia di kampung, sehingga kena sakit mata - sbab main tanah merah yg baru di tambak di tepi rumah....dengan saya skali kena sakit mata - hari ni dapat MC dah dari doktor...huhu...nak cuti apenyer....kerja melambak lagi kat opis tu menunggu nak dihabiskan....

pas demob kapal ni nanti....baruuuu boleh cuti panjang....baru leh pusing pusing cuti cuti malaysia....
ada cadangan tak nak melawat mana mana kat semenanjung ni....kalau ada kasi tau la yer.

angel

Tuesday, October 13, 2009

Tamak Mengundang Mudarat

Hadith :

Abu Said al-Khudri menerangkan bahawasanya Nabi SAW pada suatu hari duduk di atas mimbar dan kami duduk di sekitarnya. Maka nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya di antara yang aku takut terhadap diri mu sesudah wafat ku ialah kemewahan yang diberikan kepada mu. Iaitu kemewahan dunia dan hiasannya. Maka seorang lelaki berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kebaikan itu mendatangkan kejahatan? Maka nabi berdiam diri. Kerana itu seseorang berkata kepada orang tersebut : “Mengapa kamu? Apa urusan mu? Engkau bertanya kepada nabi, baginda tidak mahu menjawab. Kemudian kami melihat bahawasanya nabi sedang diturunkan wahyu kepadanya. Abu Said berkata; “ Maka nabi menyapu peluh pada dirinya dan nabi bertanya: “Mana si penanya?” seolah-olah nabi memuji orang tersebut. Kemudian nabi bersabda: “Sesungguhnya kebaikan itu tidak mendatangkan kejahatan. Dan sesungguhnya di antara yang ditumbuhkan musim bunga, ada yang memusnahkan binatang lantaran kekenyangan atau hampir-hampir membinasakannya kecuali binatang yang memakan sayur-sayuran. Dia memakan umpan hingga apabila telah buncit lambungnya, maka dia pun menatang matahari lalu dia mengeluarkan kotoran dan kencing serta pergi ke padang penggembalaan. Dan sesungguhnya harta itu indah lagi sedap. Maka sebaik-baik harta orang Muslim ialah yang diberikan sebahagiannya kepada orang miskin, anak yatim dan ibnu sabil. Atau sebagaimana nabi pernah sabdakan. Dan bahawasanya orang yang mengambil harta dengan bukan haknya adalah sebagai orang yang memakan dan tidak merasa kenyang. Dan jadilah harta itu saksi atas dirinya di hari kiamat.”

(al-Bukhari dan Muslim)


Huraian

Allah melarang kita daripada bersifat tamak dan suka mengumpulkan harta akan tetapi tidak suka bersedekah dan menafkahkan harta tersebut ke jalan Allah. Sedangkan orang yang banyak bersedekah adalah orang yang melaburkan saham untuk kepentingan akhirat. Hakikatnya harta itu adalah fitnah seumpama binatang yang hidup di padang ternakan. Ada yang mati akibat terlalu banyak makan dan ada yang mengeluarkannya kembali sehingga tidak membuncitkan perutnya. Perumpamaan ini adalah bagi orang yang membelanjakan hartanya di jalan-jalan kebajikan. Justeru dalam mencari harta kita perlu bersederhana jangan terlalu tamak hingga mengundang mudharat.

Monday, October 12, 2009

Uniknya Malaysia - by Aminiskandar.com

Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Keunikan Malaysia tidak dapat dinafikan oleh mana-mana negara di dunia ini. Selain daripada rakyatnya yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa, Malaysia hanya diperintah oleh satu parti semenjak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Terbaru, Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila seorang pemimpin yang pernah dijatuhkan hukuman oleh partinya kerana didapati bersalah di atas amalan rasuah politik dipertahankan oleh perdana menteri secara terbuka.

Perdana menteri mempertahankan pemimpin tersebut oleh kerana ingin memastikan partinya memenangi pilihanraya kecil (PRK) di selatan Semenanjung Malaysia setelah berkali-kali parti yang diperintahnya tumpas ketangan pakatan pembangkang dalam PRK.

Untuk menghalalkan tindakan partinya meletakkan pemimpin tersebut sebagai calon PRK, perdana menteri telah mencipta satu istilah baru yang dinamakan “kesalahan teknikal” ataupun “technical offense”.

Kata perdana menteri, kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin tersebut hanyalah kesalahan teknikal.

Inilah kehebatan Malaysia.

Di Israel, negara yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia dan satu-satunya negara yang tidak dibenarkan oleh passport Malaysia untuk masuk (kerana Malaysia tidak mengiktiraf penubuhan negara Israel dan menyokong perjuangan rakyat Palestin) perdana menterinya, Ehud Olmert terpaksa meletakkan jawatan kerana menghadapi tuduhan rasuah.

Rasuah yang dituduh kepada Ehud Olmert tidaklah sehebat kes PKFZ, akan tetapi beliau tetap meletakkan jawatan kerana ditekan oleh rakyat negara tersebut yang mahukan pemimpin mereka bersih dan kelihatan bersih.

Di Malaysia, apabila laman web Malaysia Today mendedahkan mengenai kertas mesyuarat kabinet berkenaan dengan PKFZ, yang disiasat bukannya isi kandungannya tetapi pihak yang membocorkan kertas mesyuarat tersebut. Begitulah hebatnya Malaysia. Orang yang bersalah tidak disiasat. Yang menjadi mangsa adalah orang yang membocorkan kesalahan tersebut.

Orang Melayu dan Rasuah

Dikalangan rakyat Malaysia, terutamanya bagi orang-orang Melayu yang beragama Islam, rasuah bukanlah satu kesalahan yang besar. Ianya boleh disucikan cukup dengan apabila perlaku rasuah tersebut pergi menunaikan umrah atau naik haji.

Sewaktu saya masih lagi mahasiswa dan pada ketika itu terlibat dengan aktivisme, pernah sekali saya timbulkan isu-isu rasuah pemimpin negara kepada saudara-mara di kampung.

Saya telah dimarah oleh seorang makcik saya yang mengatakan, “Kalau kau jadi perdana menteri pun kau akan ambik jugak. Biarlah pemimpin yang ada sekarang nak ambik sikit!”

Pada ketika itu barulah saya sedar mengapa parti pemerintah mampu terus bertahan walaupun sudah begitu lama berkuasa.

Orang-orang Melayu terutamanya dari generasi sebelum merdeka dan generasi pertama selepas merdeka, memberikan sokongan padu kepada mereka sehinggakan rasuah atau penyelewengan kuasa tidaklah dianggap sebagai satu kesalahan.

Sikap dan pandangan seperti ini bukanlah hanya dimiliki oleh penyokong-penyokong parti pemerintah yang berideologikan “nationalist”, ia turut dikongsi oleh sebahagian penyokong-penyokong parti Islam yang kini telah memerintah beberapa buah negeri selepas pilihanraya umum (PRU) 8 Mac 2008.

Lihatlah selepas 8 Mac 2008. Berapa banyak demonstrasi yang dianjurkan oleh sayap pemuda parti tersebut untuk menentang konsert berbanding dengan menentang rasuah?

Oleh kerana terlalu antikan konsert, mereka turut membantah konsert dari artis yang terlibat membantu pergerakkan hak asasi manusia sedunia seperti Avril Lavingne yang diketahui umum membantu kempen Amnesty International (AI), sebuah pergerakkan hak asasi manusia sedunia untuk membantu kesengsaraan rakyat di Darfur.

Negara “kafir” dan rasuah

Saya pernah menetap di sebuah negara “kafir” yang dinamakan Korea Selatan. Korea Selatan bukanlah asing bagi rakyat Malaysia. Produk-produk seperti Samsung, LG, Kia dan drama seperti “Winter Sonata” kuat dalam ingatan rakyat negara ini.

Dinegara salah satu gergasi ekonomi Asia ini, rasuah adalah satu perkara yang sensitif dan perlakunya akan mengambil tindakan yang ekstrim seperti membunuh diri jika dituduh atau disabitkan dengan kesalahan rasuah.

Pada bulan Mei tahun ini, dunia dikejutkan apabila bekas presiden Korea Selatan, Roh Moo-Hyun membunuh diri akibat daripada tuduhan rasuah terhadap beliau.

Dalam nota yang ditinggalkan sebelum membunuh diri, Roh mengatakan: “I have no face to show to the people. I am sorry for disappointing you.” (“Saya tidak sanggup untuk berhadapan dengan rakyat. Maafkan saya kerana mengecewakan anda.”)

Lihatlah bagaimana pendirian orang Korea mengenai rasuah. Seorang bekas presiden membunuh diri oleh kerana malu untuk berhadapan dengan rakyat apabila dikaitkan dengan rasuah.

Di Malaysia, seorang yang pernah dijatuhkan oleh kerana dibuktikan mengamalkan rasuah masih boleh bertanding dalam pilihanraya dan disokong oleh perdana menteri. Begitulah kehebatan Malaysia yang tiada pada negara lain.

Tidak hairanlah Korea Selatan telah jauh meninggalkan Malaysia. Satu ketika dahulu, Malaysia berdiri lebih tinggi dari Korea Selatan. Kini, rakyat Malaysia terpaksa bergantung dengan produk-produk dari Korea Selatan untuk menjalani kehidupan seharian kerana lebih murah jika dibandingkan dengan produk-produk dari Jepun dan Amerika Syarikat.

Kerana rasuah dan penyelewengan, rakyat Malaysia tidak dapat menikmati perkhidmatan secara percuma dan terpaksa memikul beban hutang yang tinggi sebaik sahaja keluar dari universiti.

Kerana rasuah dan penyelewengan, rakyat Malaysia terpaksa membayar harga minyak yang tinggi walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Kerana harga minyak yang tinggi, rakyat Malaysia terpaksa dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi walaupun pendapatan mereka rendah.

Selagi pemikiran majoriti orang-orang Melayu yang beragama Islam tidak berubah terhadap rasuah, selagi itulah rasuah akan berleluasa dalam negara. Selagi itulah pemimpin yang menghadapi pertuduhan rasuah dapat terus bertanding dan menang dalam pilihanraya.

Apabila pemimpin yang pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah menang dalam pilihanraya, jangan marahlah jika beliau terus menerus mengamalkan budaya rasuah. Rakyat yang memilih harus dipersalahkan kerana tidak menolak budaya rasuah.

Jika amalan rasuah tidak dibendung dan terus dibiarkan, jangan terkejut jika Malaysia akan terus ketinggalan dan tidak mustahil akan menjadi negara yang terkebelakang.

Petroleum yang selama ini menjadi tunggak kepada kekuatan ekonomi negara akan habis juga satu hari nanti. Jangan apabila ianya menjadi kenyataan, kita akan menyesal kerana pada ketika wang negara masih banyak, kita tidak berbuat apa-apa untuk melawan rasuah


Kelahiran anak kedua


Alhamdulillah,
anak kedua saya selamat dilahirkan pada 10/10/2009 di PCMC @ 2111hr
Anak dan Ibu berada dalam keadaan sihat walafiat sekarang.....

terima kasih