Cari Berita Menarik Di sini!

Sunday, May 23, 2010

Sami oh Sami

Tok Sammi,
orang dah panggil turun,
ko takkan tak paham paham....
umur tu pun dah lanjut,
kudrat pun tak berapa ada dah,
apa ko cakap orang takmau dengar lagi dah,

nak berkhidmat utk masyarakat ?
lagi ramai yg menyampah adalah....
diorang kata...boleh blah....
so, sila lah blah......


OK ke lompat parti ni?

Secara peribadi,
aku tak suka wakil rakyat ni lompat parti (ni termasuk lah idea tak masuk akal Anwar nak rampas kuasa 16 Sept)

apa ni bang....lompat lompat parti....main sedap ko je ye...
bukan kitorang tak tau, gaji MP berapa.... campur tolak elaun sana sini tak kurang RM10k....
wahhhh, susah susah pun, kitorang lantik korang utk jadi wakil kitorang dalam Parlimen, dalam DUN,...ko snang snang nak lompat parti....

Tolong lah....wakil wakil rakyat...jangan jadi pak angguk pak turut aje dalam Parlimen tu....berdiri tegakkan kebenaran, pertahankan hak rakyat....tegakkan agama....

- saya anti rasuah, judi dan maksiat!

Friday, May 21, 2010

Pembantu rumah Indon dapat 1 day off

Korang korang yg ada amah tu, setuju tak supaya pembantu pembantu rumah ni diberi 1 hari cuti dalam seminggu?

kalau korang tanya aku....aku sangat le setuju.
Layan la pembantu rumah korang tu sebagai manusia...yg punya fitrah tersendiri.
Pembantu rumah tu pun manusia yg perlu rehat bagai...

p/s - bandingkan ngn diri korang sendiri sudah....mana ada korang dikerah kerja 7hari seminggu non stop....mau memberontak korang ngn majikan korang. Korang pun pandai nak amik cuti annual leave tu...takkan la amah tak buleh.

Jadi, utk keputusan ni...aku ucap syabas pada pak Najib.
yg baik kita puji, yg tak betul...kami bangkang, kami protes....
so watch out...

Thursday, May 20, 2010

Kes curi pasir di Selangor

Syabas MP Kapar,
jangan berhenti...

kebenaran harus dibuktikan....bawa pencuri pencuri ni kemuka pengadilan.
berikan bukti bukti kukuh, supaya senang mereka mereka sang pencuri ni dihumban ke dalam penjara...

pendapat peribadi aku, pencuri pencuri harta negara, wang rakyat ni harus dihukum dengan seberat beratnya...
kalau stakat hukuman wang ringgit...tu tak jadi hal utk mereka...
kasi berat lagi...biar diorang merengkok dalam jail, harta yg diperolehi dari jualan hasil negara dan wang rakyat ni disita ....
baru la orang takut sikit nak buat jahat....baru padan ngn muka dia kalau buat jahat.

Kami rakyat dah tak larat nak tengok pencuri pencuri ni bermaharajalela.....ya amponnnn

Sila buka minda anda....undi anda utk orang orang macam ini?

walaupun kelakar,
tapi ada kebenarannya....
baca dan hayati...
aku copy straight dari tukartiub.blogspot.com...
utk kebaikan sesama umat....

mari sama sama kita bantah penghalalan judi di Malaysia...

PDRM AKAN PERANGI HABIS-HABISAN JUDI PIALA DUNIA – mStar

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Zinin berkata, pasukan khas akan memantau kegiatan seumpama itu.

"Memang sudah ada pasukan khas ini...cuma kejayaan atau kes yang dilaporkan tidak akan didedahkan kepada media supaya tidak menganggu siasatan kerana ianya berterusan.
"Sememangnya setiap kali Piala Dunia kita akan gerakkan anggota untuk mengesan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, PDRM telah mengesan suspek dan lokasi perjudian, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, walaupun kerajaan telah mengeluarkan lesen bagi membenarkan judi secara sah dilakukan, namun Bakri berkata pasti akan ada sindiket-sindiket yang masih berdegil dengan menganjurkan pertaruhan tidak sah bagi mengaut keuntungan.

KAH KAH KAH…

woit… BIAR BETUL…. INI SUDAH BAIK…..INI BERITA HAIRAN..kah kah kah..

kah kah kah… WAL SYABAS.. WAL SEDIA BERKHIDMAT….BUKAN BAKSHEEH.. kah kah kah…

woit…. INI BETUL KE ?.... POLIS TUMPAS KAN JUDI….kah kah kah..


nota:

di malaysia ada perjudian haram
di malaysia ada perjudian halal


lihat bagaimana cukong berjaya mengumpulkan penjudi
ke satu sudut kemudian memasang lukah untuk
memerangkap semua penjudi penjudi ini.

lihat bagaimana polis dijadikan barua untuk memastikan
para pejudi dapat dikepong agar semua akan masuk ke dalam
sarang perjudian al haj vicentan.

lihat bagaiaman ada persekongkolan antara cukong, politikus melayu
polis dan judi. cukong dapat lesen yang diluluskan oleh politikus melayu.
politikus melayu mengarahkan polis untuk menumpaskan kumpulan-kumpulan
lain. kerja mengarahkan penjudi masuk ke dalam lukah al haj vincentan di bayar
oleh rakyat.

betapa bodohnya kita dibodohkan.
polis buat kerja – kayakan vincent tan.

lihat betapa bodohnya orang melayu
kena tipu oleh gerombolan

tak sedar sedar
kampong halaman dalam belukar
berucap di pentas berdegar-degar
tanah air dan kampong tergadai tak sedar sedar kah kah kah

Tuesday, May 18, 2010

Ini semua ketentuan Tuhan

Nak cakap banyak pun aku tak reti,
tapi memang dah ketentuan tuhan,
di kala parti B jumpa parti Roket di Sibu,
geng geng PR ni tak taruk harapan tinggi pun akan menang...(ye lah...Sarawak kan lubuk parti B tu)

tapi....kuasa Tuhan sape yg tahu...Dia yg mengatur segala galanya. Biarpun dihambur dengan bermacam macam gula gula duit dunia ni, ternyata orang orang Sibu mahukan pembaharuan. Bila ada pilihanraya kecil baru nak buat jambatan, baru nak turun tarif tanah n macam maacam....sebelum ni pemimpin ni tak terfikir ke nak buat semua semua ni utk rakyat yg memilih mereka...duit bukan takde...cuma....pelaksanaan tu yg hampas....rela ar lagi tengok rakyat merempat dibumi sendiri.

Rakyat ialah tuan, bukan ahli DUN bukan ahli parlimen. diorang tu pesuruh rakyat,wakil rakyat utk bersuara...diorang tak buleh suka suka hati je nak cakap sbarang sbarang diparlimen...diorang tak boleh suka suka je nak angkat tangan sokong luluskan nak naik tax/cukai itu ini...bagai....
diorang kena mintak pandangan rakyat dahulu....kalau rakyat kata tak mahu..diorang tak boleh ar sedap sedap je angkat tangan kata setuju...itu dah khianat rakyat namanya....

pengajaran utk si pengkhianat..... kalau nak kejam, sila suntut buntut dia dengan batang betik...nak lagi kejam.....pangkah orang yg nak melindungi hak rakyat, ketuanan rakyat....

(aku cukup berbulu bila tengok orang orang yg naik jadi wakil rakyat ni...elok naik je terus rumah besar, kereta besar....bagai bagai besar....bukan la aku jaki...cuma aku confius, mana dia dapat duit buleh jadi macam jutawan segera tu....kapoor duit sape ni... ke kena loteri...nak kata ada duit jatuh dari langit...takkan dia sorang yg pegi pungut kot)...oooo ada lombong emas belakang rumah...no wonder.


Friday, May 14, 2010

Ini dah Lebih

Aku pun tak paham....apa yg pemimpin negara aku ni dah buat.
Sialan sungguh.
Apa dia fikir dengan meluluskan lesen judi bolasepak tu dapat membendung judi?
Hello pak Najib.....
otak lu letak kat mana ni????
lu tak takut neraka Tuhan ke?
mana akal fikiran waras kau ni....

mintak maaf la aku berkasar bahasa dalam post ni (sebab aku rasa orang macam ni memang layak dapat balingan kasut macam presiden US- si laknatullah George Bsh kena dulu)

Cepat la kerajaan ni tumbang. Menyusahkan rakyat....
Ada ke lagi menggalakkan judi....
(sila perhatikan keadaan terkini....makin hari makin banyak cabutan bertuah special draw sports toto tu) - pemimpin yg macam ni korang kata pemimpin Islam? korang ni mata letak kat mana...otak letak kat mana....sedar le orang Melayu yg mengaku Islam wei......
masih menyokong dia bermakna masih menyokong judi, arak, zina yg berleluasa ni.....sendiri mau ingat la......

Kuasa ada ditangan, tapi judi jugak yg dia luluskan.....aduhhhhh aku geram.

Saturday, May 1, 2010

Hari ni bersiar siar di Johor Bharu



Hari ni 1/5/2010,
hari buruh sedunia,....tapi aku bekerja (dalam O & G mana ada istilah hari buruh huhu)
habis bekerja, aku tak terus masuk bilik hotel..
aku merayau ke tempat tempat yg kali terakhir aku jejak tahun 2002/2003 dulu.

aku merayau ke bandar pasir gudang...melihat bukit layang layang, aku ke flat mse...melihat rumah lama tempat aku berteduh masa mula bekerja dahulu....

aku ke pekan JB....saje bersesak sesak dengan warga kota singa...masuk ke city square...wahhhhh mata ku mula naik meluat. Naik lif, didepanku dihidang spender aweks,
turun lif...dihidang dengan lurah dendam.....mana aku nak larikan mata aku ni...aku pun tak tau.

wanita wanita sekarang nampaknya sangat bangga menayang aset aset mereka....apa yg diorang bangga sangat aku pun tak tahu....kalau kena pegang, kena raba ngn mamat mamat kaki gilos seks kang...marah, repot polis...walhal...korang ni yg buat sexual harrasment...takpe la pulak....

dunia dunia......
nanti aku sambung cerita lagi....malas betul lah aku nak upload gambar dalam blog aku nih...kalau ada gambar lagi mantap cerita kot