nak kaya ikut cara paling senang - di Malaysia ni, utk masa ni..TIPU ORANG nampaknye.
jadi sama sama lah kita beringat ingat dan peringat kawan kawan sebelah...supaya tak senang kena tipu.
dalam kes ni, modus operandi dia...
1. buat satu skim yg ala ala MLM - padahal skim cepat kaya je
2. Edar flyer ke merata rata...dengan target orang orang yg income so-so gitu...(yg ada niat nak membaiki ekonomi diri)
3. Bawak pergi ceramah...tayang itu ini....
4. Korang join, labur duit(sebenarnya lebur duit),
5. Korang tunggu je hasil datang(walhal korang tunggu angin je le).
6. Nak tambah lagi buruk keadaan, korang ajak sedara mara, sahabat handai join. Bila benda ni melungkup....korang ilang sedara, korang ilang rakan....Jadi la korang macam dalam lagu..bila wang tiada, saudara hilang entah kemana...dalam kes ni, korang yg sendiri cari bala..
p/s - Jual goreng pisang + air bandung soda sungguh sungguh pun boleh dapat RM1000 sehari - kalau kena tempat & masa....
p/s 2 - Jangan berhenti berusaha nak menambah pendapatan halal utk keluarga dan diri. Cuma, jgn cepat rabun mata bila tengok muka agong kaler ungu!
Skim cepat kaya tipu anak muda tumpas
PETALING JAYA: Polis menumpaskan satu sindiket skim cepat kaya yang mensasarkan golongan muda berikutan penahanan 100 orang termasuk seorang wanita berusia 23 tahun, dipercayai dalang kumpulan itu.
Dalam serbuan di empat restoran di Mentari Court, Bandar Sunway di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis turut merampas 17 kereta mewah termasuk Mercedes Benz, Nissan Fair Lady, BMW dan Mazda yang dijadikan umpan untuk menarik orang ramai menyertai skim itu. Sindiket itu yang beroperasi sejak tiga tahun lalu, dipercayai mempunyai lebih 10,000 ahli membabitkan pelaburan berjuta ringgit sebulan. Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata sindiket itu menjadikan orang muda yang baru bekerja sebagai sasaran kerana golongan itu mempunyai keinginan tinggi terhadap kereta mewah.
Mereka juga mudah dipengaruhi supaya membuat pinjaman bagi melabur dalam skim itu, katanya ketika dihubungi, semalam.
Rohaimi berkata, polis serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melancarkan "Operasi Serama" yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor selepas membuat risikan sejak tiga bulan lalu hasil aduan orang ramai.
Dalam serbuan itu, 100 upline skim itu berusia antara 20 hingga 30-an yang mengadakan pertemuan di empat restoran di Mentari Court, ditahan dan daripada jumlah itu 50 lelaki dan sembilan wanita direman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, sindiket itu menawarkan skim pelaburan antara RM2,000 hingga RM41,000 dengan ahli disyaratkan mencari 10 downline bagi mendapatkan pulangan modal, selain keuntungan lumayan setiap bulan.
Sindiket itu yang mempunyai tiga kumpulan - One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan 8282 Club, juga berjanji membantu ahli mencari downline serta menguruskan pinjaman peribadi bagi membayar wang pelaburan.
Rohaimi berkata, kebanyakan mangsa menyedari ditipu selepas tidak menerima hasil pelaburan yang
yang dijanjikan.
Ada mangsa hanya mendapat kira-kira RM3,000 daripada RM41,000 pelaburan yang dibuat untuk bulan pertama, manakala bulan berikutnya mereka tidak mendapat sebarang pulangan.
Sindiket itu akan memberi pelbagai alasan kepada mangsa termasuk mendakwa mereka gagal mencari downline bagi memenuhi kuota diperlukan, katanya.
Setakat ini, dua laporan polis dibuat berhubung kes itu, manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerima 30 laporan.
Sementara itu, seorang mangsa yang enggan dikenali, mendakwa mengalami kerugian sejumlah RM50,000 selepas membuat pinjaman peribadi bagi melabur dalam skim itu.
Disebabkan ingin cepat kaya, saya tidak menghiraukan nasihat keluarga dan rakan-rakan, malah saya menganggap mereka berdengki dengan saya. Tanpa berfikir panjang dan menyiasat latar belakang syarikat itu, saya terus melabur.
Pada bulan pertama, saya mendapat RM3,000. Memang seronok mendapat imbuhan itu, tetapi kegembiraan itu tidak kekal apabila imbuhan yang dijanjikan tidak dimasukkan dalam akaun saya pada bulan berikutnya.
Saya cuba menghubungi upline skim itu tetapi 1001 alasan diberikan dan selepas beberapa minggu, upline terbabit gagal dihubungi, katanya.
No comments:
Post a Comment