Dituduh sembunyi fakta beli tanah berkaitan projek PKFZ
PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek ‘Mega Distribution Hub’ yang kini dikenali Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002.
Dr Ling, 67, didakwa memperdaya Jemaah Menteri supaya bersetuju dengan terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah terbabit. Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat Empat, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di sini. Bekas Presiden MCA yang didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan itu mengaku tidak bersalah.
Hakim Suzana Hussin menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 3 September depan dan membenarkan Dr Ling dibebaskan dengan jaminan bon peribadi RM1 juta.
Pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dibantu Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah; Timbalan Pendakwa Raya (TPP), Dzulkifli Ahmad dan TPP Manoj Kurup manakala Dr Ling diwakili peguam Datuk R R Sethu.
Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ling didakwa menipu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ mengikut terma yang dipersetujui antara KDSB dan LPK yang antara lain ialah:
Luas tanah ialah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi:
Kadar pembelian tanah sebanyak RM25 satu kaki persegi menjadikan jumlah pembelian RM1,088,456.
Tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah ‘bayaran tertangguh’ selama 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun berjumlah RM720,014,600.
Dia didakwa dengan curang menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah berkenaan pada kadar RM25 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 10 tahun atau RM25.82 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 15 tahun, adalah termasuk kupon dan faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh bayaran balik itu.
Dengan demikian dia dengan sengaja mendorong Jemaah Menteri memberikan persetujuan untuk membeli tanah itu yang mana Kabinet tidak akan memberikan persetujuan jika fakta itu dimaklumkan kepada mereka.
Justeru, Dr Ling didakwa melakukan penipuan dan mengetahui tindakannya boleh menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Malaysia kerana terikat dengan satu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi mereka.
Dr Ling yang yang juga Pengerusi Majlis Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 4.36 petang menaiki kenderaan jenis Honda Accord diiringi sepasukan anggota polis dari Bukit Aman tanpa bergari. Dia dilaporkan ditahan sepasukan unit siasatan khas Bukit Aman, malam kelmarin.
Turut mengiringi, isterinya, Toh Puan Ena Ling dan kedua-dua anak lelakinya, Ling Hee Leong dan Lee Hee Keat.
Tertuduh yang memakai kemeja lengan pendek berjalur biru, seluar berwarna biru dan memakai selipar kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.
Bagaimanapun, Dr Ling kelihatan terkejut apabila mendapati keadaan di dalam galeri mahkamah dipenuhi wartawan yang sudah menunggu sejak jam 8.30 pagi dan didengar berkata ‘ramainya orang’.
Beliau enggan mengulas kes berkenaan dan meninggalkan mahkamah kira-kira 5.30 petang diiringi peguamnya dan Ena.
Ini lah yg orang kata pencuri dalam terang...
Mencuri depan depan,tapi orang tak sedar...
kalau kena tangkap pun puas hati(kata mereka lah)...
makan tak habis 7 keturunan.
nasib baikkk lah perkara yg mula didedahkan oleh akhbar The Sun ni dah mula masuk mahkamah.
Kata Hati aku:
1. Aku tak ambil kisah sangat kes PKFZ ni dari awal dulu pun. Yg aku amik pot masa tu, adalah...camne la boleh senang sangat lepas duit bilion bilion ni...takkan macam tu je.
2. Dari 2008 sampai sekarang, aku selalu berulang alik ke Pulau Indah, Klang - tempat dimana PKFZ ni berada. Memang lengang, takde orang - ini bermaksud takde Demand. Jadi....macam mana diorang boleh bina bangunan bangunan pejabat, kedai, gudang dan sebagainya disini sedangkan DEMAND TIADA? adakah diorang ni terlebih bijak atau terlalu bodo?? aku pun tak pasti.
3. Di Malaysia, konsep perniagaan jual beli hartanah ni, Beli dulu baru bina....tapi dalam hal PKFZ ni...pembeli takde (hatta yg bayar 10% pun), tapi bangunan yg dibina banyaknye....bukan main main banyak...yg akhirnya, jadi port pendatang PATI ni curi cermin, besi dan sebagainya. Memang pelik. (kertas iklan UNTUK DIJUAL sila hubungi o1x-xxxxxx pun tak ditampal)
4. Aku rasa, ramai yg kena bertanggungjawab ni....dan ramai yg perlu dibuang dari jawatan kerana cuai dalam menjalankan amanah. Bukan calang calang cuai ni...makan Bilion RM. Harap harap ramai lagi yg akan dihadap ke mahkamah dan dihukum dengan sewajarnya....bukan setakat menanam tebu dipinggir bibir...bicara punya bicara, last last tak bersalah...(kalau jadi camtu...sape yg salah??? bukti dah depan mata dah...)
p/s - Duit RM 1 Billion ni ada 9 angka 0. Boleh basmi kemiskinan di Malaysia atau mengagkat 10,000 keluarga di Malaysia utk mendapat RM100k satu keluarga. Rakyat Malaysia ni tak patut susah kalau takde pencuri pencuri penyamun tarbus ni.
No comments:
Post a Comment