Cari Berita Menarik Di sini!

Wednesday, July 28, 2010

Diskaun 7% Bumiputera.

Malam ni, aku entah macam mana terbukak TV1.
Terdengar pasal Tony Pua mencadangkan dihapuskan kuota bumiputera dalam pembelian rumah/pusat perniagaan (berharga RM500,000 ke atas).

Petikan berita daripada Utusang:
Mansuh diskaun hartanah bumiputera

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 26 Julai - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.

Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan.

''Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.

''Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan nilai hartanah yang stabil ia juga menjadikan pasaran lebih adil.

Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan hartanah itu melibatkan penglibatan kerajaan negeri, pemansuhan diskaun memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.

Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkannya tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.

''Diskaun sebanyak tujuh peratus itu membolehkan pihak tertentu khususnya orang tengah mendapatkan hartanah dengan harga rendah kemudian dijual pada harga lebih tinggi,'' katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula pemberian tanah kepada anak syarikatnya yang dilihat tidak membantu dalam pembangunan hartanah di Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri didapati mempunyai kira-kira 50 hingga 80 anak syarikat yang kesemuanya terlibat dengan pembangunan hartanah di negeri ini.

''Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri memberi subsidi kepada banyak anak syarikat untuk mendapatkan tanah yang murah bagi menjalankan pembangunan berkenaan.

''Keadaan ini tidak akan menjadikan sektor hartanah di Selangor kompetitif," katanya.

Komen kawan:
1. Orang orang bukan bumiputera ni aku tak paham, apsal la dengki sangat ngan orang bumiputera. Lu punya nasi lu makan, wa punya nasi wa makan.... takkan nak kena karate kot.

2. Kuota bumiputera ni memang wayang je sbenarnye. Realitinya, banyak projek projek perumahan yg dibina..dan bila ada pembeli bumiputera nak beli lot lot yg dikhaskan utk bumiputera, pemaju claim dah habis dijual (walhal sebenarnya..tak terjual pun. Diorang nak mohon daripada gomen supaya lot bumiputera tu dibuka semula kepada bukan bumiputera selepas 6-7 bulan....). Lagi masyuk...tak payah kasi diskaun. Jadi, aku tak heran....memang dah lama orang orang bumiputra ni kena tibai diam diam...tak dapat diskaun. Pemimpin2x ni je yg entah entah nampak ataupun tidak

3. Harga rumah rumah dibandar2x sekarang pun dah nak cecah 500k (kot kot skarang dah lebih). Harga kedai kedai / pusat niaga lagi le...dah memang lebih punye. Jadi....jangan terperangkap le dengan cadangan ni. Mula mula 500k, lama lama...sampai rumah yg biasa biasa ni pun dia nak mintak cantas.....orang orang bumip yg tak berapa mampu tu nak duduk mana nanti? takkan le selama lama nak menyewa rumah? mesti nak beli jugak barang sebuah kan...

4. Nak hapuskan diskaun? boleh.....kuota rumah utk dijual pada bumip tu gomen tak buleh bukak kepada non bumi.30% M, 30% C, 30% I, 10% lain lain. sampai bila bila. Tak laku pun lantak le tak laku. Bila tak laku, diorang kena buat jualan Murah. Jualan Murah = diskaun. We re square now. Amacam...berani?? Kalau tak berani, dok diam diam

5. Nak hapuskan diskaun? boleh.....kami nak konsep 'buat sampai siap rumah , baru jual - (BINA & JUAL la senang kata)' di laksanakan. Kami tak mahu pemaju pemaju ni buat kerja separuh jalan aje. Kalau takde modal, toksah nak jadi pemaju....nak jadikan pembeli sebagai sandaran plak...mana buleh itu macam aaa.....

Ada berani??.. REHHDA mesti bangkang habis habisan punye ni nanti....Pengurusi & AJK Rehhda ni sape....sila la google....Kalau pemimpin kita ni tak terikat tangan kaki (free man), dah lama BINA & JUAL ni dilaksanakan....kata Rakyat didahulukan........ni ape cer??

p/s - korang tak perasan ke kalau masuk TV, kes rumah terbengkalai.....yg jadi mangsa...yg merayu rayu...ramainya orang bumiputera. Pemaju pulak....orang mata sepet ni....
jadi......hati hati le.....banyak cadangan cadangan diorang ni memang berpaksikan keuntungan sebelah pihak saja....tanpa memikirkan pihak lain. Apa yg kita mahu di Malaysia ni, WIN WIN SITUATION.

p/s 2 - Tak semua orang mata sepet ni perangai dia cam badak sumbu....ada yg baik...tapi bak kata orang....ramainye yg begitu....tak habis habis bumip kena tipu....sedar la weh

p/s 3 - Kalau korang nak naik jadi pemimpin, nak menang pilihanraya, korang jangan amik duit duit tajaan dari cukong cukong ni....bila korang naik, diorang takde 'point' nak tekan korang. Selamat Jadi PM yg free dari segala tali tali boneka dibelakang nu.......

Be A Free Man - Hanya takut pada Allah, Tuhan Sekelian Alam.
Adios.....

No comments:

Post a Comment