Hari ni,dalam NST edisi hari ahad yg aku slalu beli (sbab nak baca CBT je).... dipaparkan mengenai cerita budak jalanan di KL dan dibahagian tengah, ada cerita pasal perlunya pendidikan seks dilaksanakan disekolah.
Pendidikan seks tu akan dibahagikan kepada 3 modul; modul 1- mengajar budak budak sekolah mengenai tubuh badan, sistem reproduksi...bla bla. Modul 2 - mengajar utk menolak ajakan seks dari awek/pakwe. Modul 3 - safe seks.
hmmmm...pendapat peribadi aku (biasa la kan...bila hati aku nak berkata kata....)
1. Pelajaran ni jadi baik kalauuuuu diajar dengan jalan yg betul.
2. Banyak sangat berlaku kes kes zina sekarang....dah jadi macam "suka sama suka, boleh on belakang kerete je....". Kalau setakat ajar dalam kelas je....nanti budak budak ni pegi buat praktikal sesama sendiri dalam tandas sekolah pulak. Lagi haruuuu...
3. Perlunya mekanisma utk menghukum penzina penzina nih....cara yg ada sekarang memang dah terbukti 100% tak berkesan langsung. Makin dikuatkuasa, makin berleluasa makin banyak kes kes buang anak yg berlaku, makin banyak zina, makin banyak sekedudukan...
Dah tu, apa mekanisma nak guna? (kalau la soalan ni pak pak menteri 'terlampau bijak' kita ni tanya)
jawapan aku:
Pak/Mak menteri yg bijak bistari....bukan ke tuhan dah tunjuk cara camner nak mengatasi masalah zina ni? Apa pak/mak menteri tak baca tafsir Quran ke...ni ringkas je la ye..Kalau penzina, kena hukum sebat pak/mak...kalau yg berzina tu dah pernah kawin...kena rejam sampai mati...
soklan lagi: Kalau buat macam tu nanti aktivis hak asasi manusia cakap apa pulak?
jawapan: aktivis hak asasi tu lagi suka ke tengok tiap tiap hari ada baby dalam tong sampah? tak suka kan....(mesti punye tak suka tu). Kalau tak suka, diam saja sudah...biar kami laksanakan hukum dan jalan yg tuhan dah anjurkan ni. Kita lihat nanti...orang nak buat zina pun takut....kalau kita tayang live lagi kat tv1,2,3 hukuman sebat ke atas penzina ni dijalankan.....
mesti drastik punya penurunan kes kes macam ni.
Bila turun dengan drastik kes kes zina dan skedudukan ni, automatik turun kes buang anak,automatik kurang kes anak lari dari rumah, automatik jadi kurang rumah rumah persundalan yg bersepah kat Malaysia sekarang ni.
Ada berani ke Pak/Mak menteri? Jimat banyak wooooo kalau buat ikut hukum tuhan ni.....banyak boleh jimat..duit mahkamah(kurang kes zina kes khalwat, kes buang anak,kes mengandung luar nikah etc) , duit spital (yg buat post mortem bayi mati, yg bersalin luar nikah di spital kerajaan etc), duit penjara (tanggung makan minum berak penjenayah, bawak pergi balik mahkamah)...ahhh memang banyak lah boleh 'save'...boleh buat subsidi utk rakyat lagi tuuuu....
Aku amat yakin orang bukan islam pun mesti sokong punye mende ni...baik utk depa jugak. (kita bukan nak buat kat non muslim. Special hukuman ni utk orang Islam aje...nanti kalau non muslim dah nampak kesan baik nya kat umat islam....automatik dia agree punye....)
No comments:
Post a Comment