Nak kata apa...
di Johor, tibai pasir...bawak lari singapore, Jual.
di Selangor, tibai pasir, bawak lari mana pun tatau, Jual.
di Pahang,Sarawak,Sabah,Kelantan,Terengganu,tibai balak, Jual.
di Cameron Highland, tibai tanah rizab jalan...pastu marah bila orang nak ambil tindakan.
semua kes kes ni dah masuk TV3, dah masuk aduan rakyat, dah masuk 999 dan macam macam rancangan bongkar lagi...jadi mende mende ni adalah fakta...tadak auta auta dah...
sebenarnya banyak lagi kes kes tibai barang orang tanpa kebenaran ni (MENCURI la senang kata)....
cara membenteras mende mende ni dari berlaku (pada pandangan peribadi aku le)
1. Orang awam/tempatan kena peka dengan persekitaran mereka. Apa apa projek yg nak dijalankan...korang siasat (melalui JKKK ke apa ke...)adakah projek tu ada permit ke takde ke. Kalau diorang tak dapat tunjuk....haaa REPOT ke POLIS atau pihak pihak berwajib supaya tindakan segera dapat diambil
2. Kalau pihak berwajib tak ambil tindakan (sbab sudah kaw tim baikkk punye)...sbagai penduduk tempat tu...jangan berdiam diri. Pertahankan kawasan anda....ini tempat anda. Ambil tindakan sewajarnya.Blok jalan masuk ke apa ke..janji projek mencuri ni tergendala....
3. Kalau diorang bawak samseng? aduh.....abang abang kakak kakak....samseng ni dia berani bila dia ramai....tapi kalau samseng datang nak pukul 1 kampung yg ada 400-500 orang....aku ingat kalau korang pukul samseng tu balik.....lari cawat ekor tobat takmau jadi samseng dah pastu....(tu pun kalau nasib baik tak mati la kena hentam ngn senduk n sudip makcik lemah....)
4. Ni ingatan utk penjawat awam la....korang ni takkan la tak nampak apa 'after effect' kalau korang dapat benteras kes kes curi ni....pendapatan negara bertambah...hasil bertambah, no more defisit.. makin banyak la bonus korang.....makin tinggi le peratus kenaikan gaji.....aduhhhhhh takkan itu pun tak nampak.
5. Penjawat awam...kalau korang tahu ada atara rakan rakan korang yg rasuah...sila lempang dia depan orang ramai (beramai ramai lempang dia lagi bagus). Lempang dan sebut..."Kami tak suka orang yg ambil rasuah macam kamu". Malukan dia. Memang layak dia dimalukan begitu. Mereka mereka ni memang pengkhianat negara....
6. Pencuri pencuri yg didapati bersalah ni...jangan hukum penjara dan denda RM. memang diorang buleh bayar....haaa....hukum potong tangan.....baru dia tau...langit tinggi rendah. curi hak rakyat,bukan 1-2 orang suffer....28juta orang beb suffered.....ko tengok la barang semua naik rega....kalau ko tak mencuri,gomen pun banyak duit utk bagi subsidi kat rakyat....
nanti sambung lagi....kita bincang bincang cara cara menangani masalah pencuri penyamun tarbus ni. wa memang hangin ngn orang macam ni...(tapi maaf cakap...ni smua ada komplot di pihak atasan ni...curi makan puluh ratus juta nih.....)
No comments:
Post a Comment