kalau aku ponteng sekolah....
tak payah lama....1 hari cuma
teruk aku kena belasah dan ceramah dengan cikgu aku.
tu baru cikgu,
belum mama dan papa ku....
zaman la ni....
bila ADUN ponteng sidang dewan,
bukan sekejap, bukan 1 kali...
tapi 6 purnama lamanya....
entah entah lebih.....
bila kena denda tarik jawatan, bila kena kosongkan kerusi.....
dia mau marah. UMNO mau sokong.....
ape ke ngong namanya ni.....
Anda adalah Ahli Dewan Undangan Negeri....
dibayar untuk mewakili rakyat...
bukan sedikit gaji anda....
kurang tidak RM5 ribu keatas setiap bulan....(kalau kurang maafkan aku...)
hadir ke mesyuarat peringkat negeri salah satu tanggungjawab anda....
tak hadir bermaksud culas kerja.
Apa lagi mahu membela dan melawat rakyat dikawasan anda. Aku agak ragu ragu dengan hal ini.
Culas kerja - hukumnya....kena buang kerja la....apa lagi. Kami tak mau orang yg malas malas ni.
Kalau kesihatan tak mengizinkan, aku cadangkan....tak payah la orang orang tak sihat ni nak jadi ADUN.....
mana mana ADUN yg tak sihat ni, elok la letak jawatan.
salah satu kriteria ADUN / ahli parlimen yg aku rasa mesti ada ialah - mereka perlu sihat tubuh badan dan akal fikiran.
Kalau asyik sakit aje, macam mana nak jalankan aktiviti aktiviti membela nasib rakyat....tak gitu?
Aku amat menyokong keputusan spekear negeri Selangor ni.....mengosongkan kerusi ADUN P.Kelang ni.....
lepas ni, kalau sape sape ponteng lagi lebih 3x....buang aje.....golongan golongan pemalas ni tak patut jadi ADUN......jawatan mahu, gaji mahu....buat kerja tak mahu....ini sudah lebeyyyyyy....
cauuu
No comments:
Post a Comment