Cari Berita Menarik Di sini!

Saturday, January 29, 2011

MUHYIDDIN :TENANG DIBERI PROJEK RM30 JUTA, JANGAN SILAP PILIH- minsider


Muhyiddin mengingatkan pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang agar tidak membuat kesilapan dengan memastikan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim menang Ahad ini.

Muhyiddin Yassin berkata usaha membawa pembangunan ke DUN Tenang akan berhadapan dengan masalah jika pengundinya memilih calon pembangkang sebagai wakil rakyat mereka.

Jangan membuat kesilapan dengan mengundi calon PAS, kerana kedua-dua kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah di bawah Barisan Nasional. Jika memilih pembangkang sebagai wakil rakyat maka usaha membangunkan Tenang akan berhadapan dengan masalah,” katanya di sini.

Dia berkata demikian pada majlis makan malam Tahun Baru Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun di Tenang Stesen di sini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong, yang juga Ahli Parlimen Labis.

Pembangkang, menurutnya tidak berkemampuan memerintah negara sebagaimana dilakukan BN kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP diibaratkan seperti “tidur satu bantal tetapi mimpi lain-lain.”

ada masalah ape?
cuba cakap sikit apa masalah dia tu?
kalau nak buat pembangunan, tak perlu tunggu pilihanraya kecil.....
tak perlu tunggu YB mati baru nak bagi peruntukan membangunkan kawasan....

Kalau itu macam.....tunggu YB mati baru nak hulur bantuan pada rakyat...
rakyat sentiasa berdoa YB mati.....
ayooooooo.....
macam macam la DPM ni...

No comments:

Post a Comment