Cari Berita Menarik Di sini!

Sunday, January 29, 2012

Hamba Abdi Zaman Moden

Aku terdetik nak menulis tentang penghamba abdian zaman moden ni, selepas terperasan satu iklan di CNN (iklan antislavery.org).

Ok. Di Malaysia, ramai daripada kita, si suami dan si isteri bekerja, dan terpaksa mengambil pembantu rumah untuk membantu mengurus hal-ehwal rumah. Soalan saya, ketika kita mengambil pembantu rumah itu, pernahkah kita terfikir untuk menjadi seorang majikan yg baik?

Apa kriteria Majikan yg baik bagi anda?
Bagi saya, majikan yg baik -
1. Beritahu pekerja dengan jelas, apa skop kerja dia.
2. Beritahu daripada awal, berapa gaji/upah pekerja tersebut.
3. Beritahu syarat dan terma (yang adil) antara majikan dan pekerja - termasuklah masa bekerja. Dapatkan persetujuan kedua belah pihak.
4. Menjaga kebajikan pekerja. Ini termasuklah sakit pening, cuti, etc etc.
5. Bertimbangrasa - bagi bonus kalau kerja outstanding...dan buat kita sebagai majikan rasa senang hati.

Saya melihat, di Malaysia, RAMAI majikan...(bukan semua, tapi kebanyakannya), menggaji pembantu rumah, dengan aggapan, pembantu rumah ini boleh di arah bekerja 7 hari seminggu, 24 jam sehari...non stop. cukup bulan bayar RMxxx seperti yg dipersetujui. Hello......akak akak, abang abang, ah beng, ah soo.....sebelum anda berbuat begitu, anda kena lah ingat.....pembantu rumah itu juga adalah makhluk yg ber'title' manusia.

Manusia ini, fitrahnya, perlukan rehat. Oh...saya terdengar..ada orang berkata..."eleh, kerja jadi pembantu rumah penat apenye - mesin baju kotor, sidai/angkat jemuran,lipat baju, Kemas rumah, mop lantai,mandikan budak,jaga budak,bagi makan,masak..bla bla bla". OK OK, saya nak cabar orang yg kata tu....cuba la buat utk satu hari saja. lepas tu, jumpa saya dan kata dengan ikhlas...penat atau tidak? Saya dah cuba sendiri, dan penatnya memang bukan kepalang(tu tak termasuk memasak).Nak jadi haru lagi, kalau askar askar kecik tu ada 2-3 orang. Kalau lagi gila...majikan ada 10 orang anak, perghhhh....(tak dapat kubayangkan).

Jadi utk jadi majikan yg baik...salah satu kriterianya, mesti kasi rehat kat bibik anda!
Nak kasi diorang 1 day off dan diorang nak jalan jalan pun boleh. Saya tahu, ramai yg dok hangin, bila kasi bibik jalan sorang, dia cepat terpengaruh dengan rakan rakan senegara, dan tendency utk melarikan diri jadi tinggi. Senang saje caranya tuan tuan & puan puan.... Tuan& Puan kan boleh memilih semasa nak mengambil bibik dulu? Pilihlah yg baik. Layanlah bibik anda itu sebagai manusia. Setiap minggu, buatlah tazkirah bagai....beri kesedaran, beri pendedahan, beritahu mereka bahawa kerja mereka adalah lebih baik dari kerja dikilang...lebih baik daripada dikedai makan. Mereka yg datang dari seberang ini memang akan 'culture shock' bila sampai ke Malaysia. Sama saja seperti anak anak kita bila keluar dari rumah,lepas kongkongan ibu bapa, akan culture shock. Salah bawakan....kecundang lah mereka. Betul bawakannya....menjadilah dia. Jadi, anda sebagai majikan....bimbinglah bibik bibik ni....Insya Allah, mereka juga akan mengenang budi anda. Gaji mereka, masukkan dalam 1 akaun,dan anda simpanlah buku itu. Beri bila diorang nak belanja saja. Mereka pun nak merasa pegang gaji sendiri kan?

Seperti yg saya kata, ramai yg jadi majikan kejam, tapi ramai juga yg saya jumpa, menjadi majikan yg sangat baik. Bibik dah jadi sebahagian daripada famili mereka....sungguh harmoni. Belajarlah daripada majikan majikan yg baik ini.....

Jadilah majikan yg baik ye!.

1 comment:

  1. Hi, I am the owner of a Photography blog photographymc.blogspot.com

    I'd like to exchange links with you. I added your blog to my Favorites!

    Pay me a visit and let me know with a comment on the blog what you think about it.

    P.s.

    There's something you may be interested in, on my blog started a free online photography course, that includes over 200 lessons at this link: Free online Digital Photography Course

    ReplyDelete