Pelik kan,
nama je Malaysia ni negara Islam (ye ke pak PM???)
tapi berita berita ni yg selalu terpapar dalam suratkhabar...
1. Nombor ekor - penuh kat muka 2nd dari belakang metro / BH / Utusan tu..
2. Kisah buang anak (yg ni sah sah takkan la anak tu tercicir tepi jalan...mesti ada yg buang)
3. kes buang mak ayah yg dah tua ke rumah rumah orang tua
4. kes minum arak
5. remaja rosak akhlak (errr...orang tua pun tak terkecuali nih)- tengok je tangkapan di hotel hotel atau semak semak tu....
6. Rompak, copet, ragut....rogol bunuh dan sebagainya
ahhhhh.... tak tertulis aku masalah masalah masyarakat ni. Yang pastinya..memang menyesakkan minda dan menakutkan kita.
apa dah jadi dengan negara kita...
adakah negara kita ni dah semakin jalan kebelakang?
adakah sistem kita yg silap (aku rasa ye sesangat sistem kita ni silap...sbab tak mau ikut AlQuran n Sunnah....yg ni PM kita kena tanggung...kuasa ada kat tangan dia...tapi dia wat bodo je.....)
Aku pun pelik, PM kita orang Islam, tapi sampai skarang takut nak laksanakan hukum islam utk orang orang islam. Dia lebih takutkan cakap cakap dan ugutan orang bukan Islam....jem betul lah. Apa ko naik atas jadi PM ni ada support baekkk punye ke sampai ko takut nak laksanakan hukum???
Amik contoh 1 je...pelaksanaan hukum sebat kat sorang minah di Pahang tu...Dia sendiri dah setuju nak kena sebat....sebat je lah (dah la hukuman pun bukan cam hudud). Ini tak...dah sampai jadi isu negara plak....Sister In Islam nak backing la apa la...Orang bukan islam plak yg lebey lebey cakap pasal hukum Islam. Macam la diorang tu lebih mengetahui pasal hukum dan undang undang Islam. Kalau tak tau, baik belajar...n jangan cakap yg bukan bukan..
Wahai orang orang bukan Islam, tolong le paham sikit... Hukuman dan peraturan Islam tu utk orang islam saja...korang tak termasuk (kalau korang rasa nak laksanakan hukuman islam terhadap pesalah bukan islam....korang boleh request...kalau tak...ikut la hukuman korang sendiri). Kami orang orang Islam tak mahu umat umat Islam ni terus terusan terjerumus dalam kancah maksiat...zina, minum arak, sumbang mahram, mencuri dan sebagainya...kami mahu umat Islam di Malaysia ni jadi baik baik.....caranya...gunakan hukum dan undang undang Islam sebab undang undang Manusia yg ada skarang ni dan digunapakai di Malaysia nampaknya tak berapa jalan (dalam kata lain...hampasss...tak membenteras jenayah pun)
Kami tak mahu umat Islam terus terusan berada dalam kesesatan....jadi kami mahu hukuman dan undang undang Islam tertegak dan dilaksanakan utk orang orang Islam.Anda akan nampak kebaikannya nanti.....secara langsung....
Kami mahu baiki sistem masyarakat Islam di Malaysia....kami tak sanggup lagi bergelumang dengan segala macam penyakit masyarakat ni... kami tak mahu anak anak kami turut terlibat...
sebagai orang Islam, setiap dari kamu wajib menyokong usaha pelaksanaan hukum Islam di Muka bumi Malaysia ni....
Jom kita sama sama bergerak ke arah itu....
No comments:
Post a Comment