Cari Berita Menarik Di sini!

Friday, March 26, 2010

Orang Bukan Melayu pun sama jugakkkk

Dipetik daripada www.malaysianinsiders.com

Tongkat emas bukan-Melayu — Kunta Kinte

26 MAC — Minggu ini Kunta Kinte nak sambung cerita pasal usahawan bukan Bumiputera yang dapat tongkat emas daripada kerajaan.

Kalau orang Melayu dan kaum Bumiputera selalu kena marah dan kena leter pasal kononnya bergantung sangat kepada tongkat dan subsidi, orang bukan Bumiputera tidak pula kena marah dan kena leter bila dapat emas sebungkal daripada kerajaan.

Antara usahawan bukan Bumiputera yang Kunta Kinte kata terima emas sebungkal daripada kerajaan itu adalah T Ananda Krishnan, orang nombor dua terkaya di negara kita. Ikut congak yang dibuat oleh majalah Malaysian Business, nilai harta korporat dia adalah RM27 bilion.

Dia ni mula-mula muncul dalam arena korporat pada 1980-an bila dilantik jadi Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara dan Petronas.

Kemudian dia dapat lesen satelit di bawah Measat Global, lesen judi lumba kuda (Tanjung PLC), lesen telekomunikasi (Maxis), lesen televisyen dan radio satelit (Astro All Asia PLC), lesen penjana bebas elektrik (Powertek), perkapalan (Bumi Armada) dan banyak lagi.

Bukan itu saja, boleh kata semua lesen yang dia dapat yang bukan judi disokong pula dengan suntikan modal oleh agensi pelaburan kerajaan macam Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Contoh klasik tongkat emas yang dibagi kepada Ananda adalah penswastaan tanah padang lumba kuda Jalan Ampang yang sekarang ini jadi tapak KLCC.

Walaupun hidupnya penuh glamor — ada jet peribadi, kapal layar mewah dan rumah di luar negara — Ananda adalah seorang yang sangat tidak suka publisiti.

Gerak-geri dan modus operandi perniagaannya penuh rahsia. Ananda tidak pernah di hadapan. Perniagaannya diurus oleh pengurus profesional daripada pelbagai bangsa.

Daripada urus niaga tanah padang lumba kuda itu saja, dia dianggar sudah dapat hasil lebih RM1 bilion. Hari ini KLCC adalah milik penuh Petronas.

Usahawan mega dari Brickfields ini sangat pintar dalam urusan jual beli korporat. Dia jual beli syarikat dengan keuntungan berbilion-bilion ringgit melalui kaedah “penswastaan” macam dibuat dengan Maxis beberapa tahun lalu dan sekarang dengan Astro pula.

Jadi tak betullah tuduhan yang hanya usahawan Bumiputera dapat tongkat. Tongkat yang usahawan bukan Bumiputera dapat lagi hebat. Tapi tak ramai orang Melayu dan Bumiputera tahu atau ambil peduli hal ini.

Bila Melayu berjaya sikit, dia dituduh kroni dan ramailah yang dengki dan iri hati. Tapi bila usahawan atau konglomerat bukan Melayu macam Ananda, Robert Kuok, YTL, Vincent Tan dan Tan & Tan dapat tongkat sakti, kita kata itu hak mereka dan mereka pandai berniaga.

Baru-baru ini, Kunta Kinte tersinggung sungguh bila penasihat pelaburan Kunta Kinte, seorang wanita Melayu, kata yang sama.

Jadi Kunta Kinte tanya dia, apa salahnya kerajaan bagi tongkat kepada orang Melayu? Kalau tidak pasal peluang Dasar Ekonomi Baru (DEB), dia pun mungkin tidak boleh belajar di luar negara.

Kunta Kinte pun agaknya masih jadi penanam padi. Nak tolong ibu bapa, adik kakak pun tak mampu. Tapi kerana tongkat itu kita boleh berdiri lepas itu berjalan dan akhir sekali berlari.

Alhamdulillah kerana tongkat DEB itu Kunta Kinte mampu tambah ilmu dan tambah rezeki. Yang lebih tu kita kongsi sikit sebanyak.

Jadi semua anak Kunta Kinte yang dah lepas sekolah Kunta Kinte taja sendiri, walaupun mereka ditawar sekolah asrama penuh dan biasiswa. Hanya seorang saja masuk MRSM. Lain mengaji sekolah biasa macam Seri Aman, Bukit Bintang Boys’ School dan Sekolah Menengah Seri Hartamas dan sambung pelajaran di luar negara atas belanja sendiri.

Tapi sekarang pasal kerajaan cakap nak utamakan meritokrasi, jadi Kunta Kinte pun benarkan anak Kunta Kinte minta biasiswa kerajaan atas dasar dia dapat keputusan cemerlang.

Mana yang lebih, Kunta Kinte buat tabung biasiswa peribadi. Bukan banyak pun, bagi seorang RM50 hingga RM250 sebulan. Adalah dalam 18 orang. Duit yang pengarang kita bayar untuk kolum ini pun masuk tabung itu.

Jadi Kunta Kinte sangat sedihlah bila penasihat pelaburan Kunta Kinte sendiri kata dia dan geng dia cemburu dan iri hati tengok orang Melayu yang berjaya dalam sampai jadi jutawan.

Tapi Kunta Kinte setujulah dengan dia bila dia kata ada usahawan payung terjun yang kerjaya pasal ada kabel besar. Tapi bukan semua macam itu. Ramai yang tekun dan gigih.

Satu perkara lagi, Kunta Kinte setuju bila dia kata bukan mudah orang Melayu hendak berniaga dan berjaya kalau bergantung sangat kepada kerajaan pasal tabiat dan amalan pilih bulu.

Jadi kita haraplah bawah Model Ekonomi Baru dan Pelan Transformasi kerajaan, tabiat dan amalan pilih bulu ini boleh dibanteras. Tapi tongkat dan bantuan tetap kena bagi kepada yang layak dan berhak sebab itu adalah tanggungjawab wajib kerajaan. — Berita Harian

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.


jadi.....kita beri kepada yg layak...toksah nak kecoh lebey lebey lepas ni ye bangsa lain...kita serupa.

No comments:

Post a Comment