Cari Berita Menarik Di sini!

Friday, September 17, 2010

Kena saman ekor; buleh dapat diskaun..




Wahai kerajaan yg budiman,
di sini, aki hendak menegur,
tentang berlembut tak kena tempat.

Kali ni, mari kita lihat, sikap gomen yg berlembut dengan pesalah lalulintas;
petikan berita diambil dari web berita hairan.

BAHAU, 6 Nov (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun bayaran saman sehingga 30 peratus kepada pesalah lalu lintas sekiranya mereka membayarnya dalam tempoh kurang dari 15 hari saman dikeluarkan.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Rohaizah Mohamad Rashid berkata diskaun ini sudah dikuatkuasakan sejak dua minggu lepas.
“Jika pesalah membayar saman dalam tempoh satu hingga 15 hari saman dikeluarkan, mereka layak mendapat diskaun sebanyak 30 peratus daripada jumlah saman. Manakala selepas tempoh 16 sehingga 30 hari pula, potongan sebanyak 15 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti dan Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Orang Ramai Felda Raja Alias 2, dekat sini.
Bagaimanapun katanya, selepas 30 hari saman dikeluarkan, pesalah trafik perlu membayar saman pada kadar penuh.
Katanya pesalah boleh melakukan bayaran tersebut melalui internet.
– BERNAMA

wahai gomen,
kami ni rakyat rakyat yang patuh undang undang jalanraya ni,
dah tenat dah,
dah tahap kronik dah sakit hati kami ni,
dengan sikap segelintir pesalah pesalah jalanraya ni....

Dah la bawak laju melebihi had yg dibenarkan,
bila tersangkut dalam trafik, masuk lorong kiri - macam la dia sorang ada hal penting nak diselesaikan.
Langgar lampu isyarat - dah kuning kelip kelip nak merah pun lagi depa tekan minyak laju laju. kalau merah, lagi depa langgar semacam jugak.
Double parking toksah cerita la...suka mak bapak diorang aje - rasa nak lempar batu kat cermin kereta diorang pun ada.

Orang orang begini (pesalah pesalah lalulintas ni), Gomen tak perlu kesian kesian.

Yg bawak laju-laju ni- lebih 110kmj - bukan orang miskin. Smua pakai keta mahal mahal. Pakai Wira pun wira upgrade punye. Kalau diorang miskin, diorang tak pakai kereta. Diorang naik pengangkutan awam je pak cik gomen oiiii.

Yg potong line sebelah kiri ni - diorang kata diorang nak cepat, ada meeting bisness juta juta. orang yg sabar ikut barisan ni makan gaji je kata diorang.

Yg langgar lampu merah di simpang - mereka ni pun jenis tak reti bahasa. Nak cepat je memanjang. Kalau dah langgar orang (mati pulak tu) - kan dah menyusahkan banyak pihak.

banyakkkkk lagi kes kes kesalahan lalulintas ni. Yg pastinya, mereka mereka ni memang pentingkan diri sendiri aje sedangkan jalanraya adalah hak awam, utk kegunaan bersama.

Kalau kesalahan bawak laju tu, gomen saman aje maksimum RM300 satu kesalahan. Kalau ada 10,000 saman dikeluarkan, fuhhh kaya gomen. Makin kurang defisit negara. Makin takut orang nak langgar peraturan lalulintas. Bila kurang orang langgar peraturan, kurang la kemalangan,kurang la kematian di jalanraya, kurang la sikit maintenance kerajaan..... errr.... rasuah pun buleh kurang itu macam tok gomen.

tolong ek gomen....Pesalah pesalah ni jangan kasi muka. Diorang tak leh bayar, biar diorang duduk dalam penjara. Jangan disebabkan sikap pentingkan diri sendiri mereka, ramai yg merana. Beri pengajaran kepada pesalah pesalah ni. Padan muka diorang.

Adakah dia salah seorang ketua gengster di Malaysia?



ini gambar si Putar Alam - kalau berjumpa,sila baling telur busuk kat muka dia hahaha

Umumnya, kita mengetahui kegiatan gengster ni amat berkait rapat dengan;
1. Peras ugut - tokey tokey buat bisnes ni memang tau sangat pasal ni
2. Pelacuran - yg bawak masuk china doll reramai mai malaysia ni sape...
3. Jual/Beli dadah - ni pun depa jugak
4. Jadi pembunuh upahan
5. Kegiatan jenayah terancang - setup rompakan besar besaran, lawan tembak dengan polis etc..
6. Culik orang orang kaya, mintak tebusan RM tak terjangkau fikiran
7. Penipuan terancang - huh...yg ni baru terbongkar kat Malaysia....palat ni la mastermind dia rupanya.

Banyak lagi nak disebutkan...
pendek kata...perlu ke kita ada makhluk makhluk gengster ni di negara kita? bukan makin menyenangkan rakyat...makin merosakkan dan menyusahkan lagi ada la.

Sebagai orang kebanyakan, yg ada anak anak dan isteri, aki bertanggungjawab utk memastikan anak anak aki tidak mengikut jalan yg gengster gengster sedia ada ni lalui.
Apa yg aki rasa dan dapat fikirkan, si gengster gengster ni adalah mangsa mangsa keruntuhan institusi kekeluargaan. Mak Ayah tak peduli kat anak anak, salah didikan oleh mak bapak, kurang didikan agama dan moral, dan macam macam lagi.

Bila rumah porak peranda, si anak akan keluar mencari kedamaian mereka sendiri. Alhamdulillah, kalau mereka keluar dan berjumpa dengan kawan kawan yg membawa kepada kebaikan. Dalam kes gengster gengster ni, mereka mungkin keluar dari rumah dan ter berjumpa dengan kawan kawan yg makin menyesatkan (dan memang inilah yg selalunya terjadi pun)
Bila mereka dah berkumpul gaul, macam macam aktiviti ler yg diorang rancangkan utk mengisi masa mereka. Nak main bola, padang dah takde- sbab kena rompak dek cukong utk buat projek perumahan. Nak main basikal, jalan penuh dengan kenderaan, bersimpang siur sampai takde ruang utk mereka berbasikal. Nak tangkap ikan di sungai, ikan pun dah mati...sungai tercemar dan bau busuk. Dah tu nak buat ape lagi.....

Sorang bawak rokok....pancung pancung sama member member. Dah tak feel rokok, try lain pulak....gam ke dadah ke....pastu tak cukup duit nak dapatkan supply, merompak, peras ugut etc. Maka dapatle mereka gelaran gengster. Makin mendada dan berkepak le mereka bila dapat 'title' ( macam dapat title DATOK jugak la kan kepaknye gituuuu gitu). Dipendekkan cerita, mereka dah terjebak jauh. Dapat pulak dengan kaki putar alam, mereka jadi orang suruhan si putar alam ni. Sampai sanggup melaksanakan pembunuhan utk menutup kegiatan jahat siputar alam.

Tapi, sepandai pandai tupai melompat, si putar alam sudah terputar tangan sendiri. Dia sudah buat silap, deal dengan orang famous, sudah silap tipu, sudah silap bunuh, silap bakar. Keadilan bakal tertegak jua.

Kita sama sama saksikan babak drama seterusnya di mahkamah nanti... Aki tak mau tengok kejadian sama berulang seperti kes Altantuya dimana perancang utama terlepas begitu saje, sedangkan balaci dia dihukum gantung (tapi sampai sekarang tak tau rupa mamat 2 orang tu - diorang buleh dengan senang hati keluar dari penjara kalau ada konspirasi peringkat tertinggi sebab rakyat tak pernah kenal muka mereka berdua dan tak buleh nak cam muka mereka)

Semoga titik keadilan yg dicari akan ditemui. Aki tak mahu lah rakyat beri keadilan sendiri kepada si putar alam ni...kena sula ke, baling dengan batu ke, tembak depan pintu mahkamah ke, kena rejam lembing ke.....hishhh tak dapat aki bayangkan. Yg pastinya, memang rakyat marah dan benci dengan si putar alam ni. Jadi, tegakkan keadilan. Jgn takut pada ugutan dan tekanan ye tuan hakim yg bijaksana.....

nota utk siputar alam ; ada guna ke lagi duit lu yg ratus ratus juta dalam bank tu skarang? boleh selamatkan lu dari tali gantung ke? kalau boleh pun, lu tunggu je pembalasan dari rakyat nanti.

nota utk kerajaan ; hoi gomen, lu kan dah takde duit....fulus sudah kurang dalam akaun. Tiap tiap tahun defisit. haaa ni wa kasi rekemen mana lu nak dapat duit senang. Itu gengster gengster semua banyak duit haram. Lu kasi licin ini gengster dari Malaysia, lu kasi freeze akaun diorang, masuk dalam kantung negara. Wa ingat senang senang lu buleh dapat puluh billion. Buleh tulung rakyat yg makin melarat ni.....takkan itu pun nak kena ajar wehhhhh. Jadi le Robin Hood moden sikit... tolong rakyat.

Monday, September 13, 2010

Sosilawati & Rakan mati dibunuh


Umat Islam di Malaysia masih dalam mood berhari raya,
tapi, bagi keluarga 4 mangsa bunuh yg amat kejam ini,
berita ini amatlah mengejutkan, menyedihkan. Itu tak masuk perasaan geram dan benci kepada si suspek pembunuh.

Tahniah kepada pasukan polis, kerana berjaya menjalankan kerja kerja mengesan mangsa dengan cekap dan pantas sehingga membawa kepada penemuan lokasi kejadian jenayah tersebut.

Diberitakan bahawa, mangsa2x ini telah dipukul,bunuh,bakar hingga rentung jadi abu dan abunya dibuang kedalam sungai/laut dengan tujuan utk menghilangkan bukti.

Dikisahkan juga, bahawa Susilowati ada membuat transaksi bernilai jutaan RM dengan salah seorang suspek utk tujuan jual/beli hartanah.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Bersabarlah di atas musibah yg menimpa kerana setiap satu ujian tuhan itu ada hikmah tersembunyi disebaliknya yg tak mampu akal manusia utk menafsirkannya (utk masa ini).

Buat Polis,...harap dapat kumpul sebanyak mana bukti yang boleh. Jangan biarkan 8 penyangak (atau mungkin lebih) ini terlepas dengan tipu muslihat peguambela dimahkamah kelak. Kasi belasah penyangak2x ni dalam lokap. Kalau agak2x takmau kena cass tak beri keadilan bagai gitu...bagi banduan banduan tu yg tolong belasah....

p/s : terbayang macammana ngerinya mangsa semasa disiksa dan dibunuh sebelum dibakar.
p/s 2 : kalau bakar 8x orang ni hidup2x pun bagus....
p/s 3 : Sepandai pandai tupai melompat, jatuh ketanah jua suatu hari....

"KUALA LANGAT: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu hilang bersamanya melalui detik ngeri diseksa, dibelasah selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin, selepas anggotanya melakukan soal siasat lapan suspek ditahan selepas dipercayai ada hubung kait kes kehilangan jutawan berkenaan sejak 12 hari lalu.

Menurutnya, hasil siasatan, polis memberkas seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun disyaki dalang utama merancang kes penculikan dan pembunuhan kejam selain adik suspek berusia 38 tahun.

“Polis mengesan lokasi mangsa dipercayai dibunuh berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, di sini, selepas menahan adik-beradik terbabit selain enam lagi suspek turut terbabit. “Lima suspek awal diberkas Jumaat lalu sebelum peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas kelmarin. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun turut dikaitkan kes pembunuhan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, semua suspek berusia 19 hingga 45 tahun berkenaan dikenal pasti pekerja kepada Datuk berkenaan termasuk ada antara mereka pekerja di ladang tempat mangsa dibunuh “Polis setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa dibawa ke ladang itu sebelum dibunuh dengan kejam, Ada kemungkinan mangsa dipukul sehingga mati menggunakan senjata sebelum sengaja dibakar hingga menjadi debu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, petang semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa yang bertukar menjadi debu dicampak ke sungai berhampiran dan dihanyutkan ke laut berhampiran pantai Morib, di sini.

|”Polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar di tempat sama di dalam ladang kelapa sawit terbabit berdasarkan bukti awal diperoleh. Suspek dipercayai turut membuang senjata digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai sama.

“Setakat ini polis masih menjalankan gerakan memburu saki-baki dan rangkaian kumpulan penjenayah merbahaya terbabit. Polis percaya kumpulan terbabit turut bertanggungjawab dalam satu lagi kes sama awal tahun ini,” katanya.

Difahamkan empat individu turut mempunyai kaitan dan urusan perniagaan dengan peguam berkenaan dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai dibunuh dengan kaedah sama.

“Ada kemungkinan kes pembunuhan ini bermotifkan saingan perniagaan, namun polis masih menyiasat motif sebenar mangsa dibunuh kejam. Semua suspek akan ditahan reman sehingga 19 September depan untuk tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan.

“Apa yang boleh saya katakan, andaian mangsa masih hidup amat tipis. Bagaimanapun polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik mengesahkan sepenuhnya perkara berkenaan termasuk DNA bagi mengesahkan identiti mangsa dibunuh,” katanya.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu semasa keempat-empat mangsa berada di Banting untuk bertemu peguam bergelar Datuk berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar mereka dibunuh, tetapi ia mungkin antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehingga semalam.

Mengenai keluarga mangsa, beliau memberitahu, keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kes terbabit dan polis menjelaskan kepada mereka pengesahan lanjut daripada forensik dan Jabatan Kimia diperlukan mengesahkan sepenuhnya kematian semua mangsa.

“Apa yang saya boleh sahkan sekarang, pengakuan suspek menjurus ke arah itu,” katanya.

Mengenai tahap siasatan, beliau berkata, pihaknya tidak dapat menyatakan daripada segi peratusan, namun semua perkara hanya dapat disahkan dan disempurnakan selepas polis menerima laporan forensik dan kimia.

“Laporan forensik dan kimia akan mengambil masa, dan keluarga mangsa dan media akan dimaklumkan sebaik saja kami menerima semua laporan mengenai perkara ini,” katanya".

Wednesday, September 8, 2010

Kantoi main kayu 3




haha....
memang dasar mat salleh,
dah ada bini pun nak entot kat luar lagi (baca makan luar)
bini tengah sarat mengandung, ko pegi bantai jenny...

jadi apa beza mat rooney, terry dan king tiger?
Tiger woods power lagi kot....
semua dia tibai.

moral disini - yang perlu kita ambil iktibar:
Dah terang lagi bersuluh; free sex ni memang menghancurkan kehidupan korang dan orang orang disekeliling korang.

Keluarga yg dibina dari perkahwinan yg bahagia pun boleh jadi berantakan.

Islam kata; kalau entot luar nikah (2x pasangan blum kawin lagi - kena sebat 100x ; kalau dah kawin - kena rejam sampai mati) - sebab ape kena buat macam tu?(mesti ada yg kata kejam gile buat macam tu)....haaaa sebab ape? ni hukum tuhan ni...bukan buleh buat main main.....segala yg tuhan turunkan tu....ada sebab musabab utk manusia fikirkan....
yg aku dapat fikir;
1. utk menjaga salasilah keluarga; dari mana asal usul kita. Takkan le tibe tibe takde ayah, kita buleh ada didunia ni kan.....

2. Utk mengelakkan wanita wanita dari jadi mangsa penipuan lelaki.
3. Utk memelihara kehormatan keluarga - baik wanita mahupun lelaki. Korang bayangkan le, kalau mak korang pi main entot entot ngn orang lain,bukan ayah korang(yg belum nikah la..kalau dah janda,nikah plak lain cerita arr).....dapat baby, tak ke haru gitu...korang nak ngaku dia mak korang ke...adik tu adik korang ke.....fikir fikir

p/s - Di England nu...Jenny Thompson si palacur tu cas GBP 1200 1 malam kat rooney; yg kat malaysia ni....gadis gadis malaysia, kasi free kat pakwe pakwe diorang.....entah dimana martabat dan harga diri mereka. pakwe pakwe dah dapat entot depa blah gitu je....tak hirau ke makwe dah. Jadi...awek2x semua....jangan serahkan kehormatan anda pada pakwe anda....tunggu sampai sah sebagai suami isteri....itu time....tak de sape nak marah korang nak entot...suka lagi ada....

apuuuuuuuu

Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran


utk yg pulang berhari raya
berhati hati dijalanraya
ingat pesan 'hantu' tu.

utk yg masih ada ayah & bonda tu
ingat ingat le sikit
hidup bukan menongkat dunia...
berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada.
dah takde sok sok hari...menyesal pun tak guna....

7hb Sembilan - Masih bekerja



Hari ini
7/9/2010
di kala rakyat Malaysia berbondong bondong
bersama sama ahli keluarga
bersiap siap pulang ke kampung
untuk menyambut Syawal yg bakal menjelma
Aku masih disini.
di tanah tandus ini.

Hari ini
7/9/2010
aku bersama rakan rakan lain
masih bertungkus lumus disini
bersama sama cuba menyiapkan kerja
yg sudah kapan pasti perlu dilakukan hari hari..
habisnya tidak, tambah lagi ada...

Aku cukup pelik,
di kala orang sibuk untuk merayakan hari kemenangan
hari kebesaran umat Islam,
tapi si perancang projek
masih dungu dan dangkal
mana letak akalnya...
di kaki kah atau dilututkah?
mahu meneruskan projek di hari raya.

Ini semua buatan manusia
boleh di ubah dan diolah
asal saja ada kemahuan
apalah salahnya,
cuti 1hari
untuk manusia manusia gersang ini
merayakan kemenangan
bertarung sebulan dibulan puasa
menahan lapar dan dahaga
diasak panas mentari dan kerja berat
merayakan hari raya bersama keluarga
dan sahabat handai.
ini juga menjadi 'moral booster' untuk mereka

aku boleh paham
kalau kerjanya ditengah lautan
aku boleh faham
kalau kerjanya mengejar pengganas di tengah hutan
tapi aku tak boleh paham,
di kala engkau mengatur jadual
tidak kau masukkan cuti cuti penting umat islam sedunia
sedangkan engkau islam agamanya
sedangkan engkau tinggal
dalam ruang lingkup manusia
yg majoritinya islam.

buat perancang projek
nota saya untuk anda
otak anda letak dimana?

Monday, September 6, 2010

Aku Hairan...yg amat hairan




Akhir akhir ni,
kat Malaysia ni...heboh dok cerita pasal rasis, anti perkauman, kaum aku lagi baik dari kaum kau, kau bodoh aku pandai..bagai bagai....itu aki tak mau komen banyak...sama je dua dua belah....tapi yg aki tak bley blah....bila orang persendakan agama aki....agama Islam

naik sesak kepala otak aki....
apa smua ni?

Aki tak tahulah...ada orang bukan islam menyamakan tuhan yg disembah orang Islam sama dengan babi...
aduiiii......
berani sungguh ye.....
ape tak takut jadi "sebab mulut badan binasa ke?"

Aki tak terkejut atau sedih kalau orang orang macam ni....kelak dijumpai dalam longkang / kandang babi, dalam keadaan yg cukup menyayat hati.....nyawa terpisah dari badan..(ini bukan ugutan atau apa pun...cuma lesson learnt dari suratkabar massa yg aki slalu baca - after effect yg terjadi bila orang buat onar atas agama orang lain)

Sedangkan orang Islam di Malaysia ni baik baik adanya (takde nak buat rusuhan, buat bom letup letup diri sendiri macam dinegara lain, orang bukan islam nak naik lemak...sedap sedap nak kutuk agama orang..)...apa agama anutan korang tu mengajar korang utk kutuk agama lain ke? - yg aku tau agama korang takde suruh minum arak;tapi korang minum jugak. Agama korang tak sebut suruh pasang gundik;korang buat jugak. Agama korang tak suruh pun korang berjudi;korang buat jugak sampai pinjam pinjam along...aih...kalau aku tulis tak habis onar yg korang buat kat Malaysia ni yg menyusahkan mak bapak tok nek tok cik semua.....

Jadi, macammana korang boleh sedap sedapppppp aje nak kutuk agama aki?

p/s - Babi ni diketahui umum makan ape saje termasuklah makan tahi dan makan sampah...orang orang yg makan babi ni sama lah jua macam makan tahi dan makan sampah. jadi otak mereka ni dipenuhi tahi dan sampah agaknya sampai nak mencela agama agama yg lain.

p/s 2 - korang nampak ke Allah tu rupa dia macam mana sampai korang nak samakan Allah dengan b.a.b tu???

p/s 3 - Kalau cakap dalam fb tu berani la kot...naik pentas debat la tengok.....ada telor ke takde.....

p/s 4 - duit harta kekayaan korang tu tak kemananya.....semua korang pinjam dari Allah yg korang kata b.a.b tu......

p/s 5 - kalau orang islam bakar gereja..kena penjara bertahun tahun; kalau orang bukan islam rosakkan masjid surau,.....kena penjara jugak ke (dalam sotkabar nampak mintak maaf aje.....) - mana adil ini macam....ewah ewahhhhh sedap ko ek.. harap harap mahkamah jatuhkan hukuman sama timpal macam orang yg rosakkan gereja tu...baru adil dan saksama.....jadi pengajaran kepada yg lain lain...

....aki memang tak boleh blah ngn orang yg persendakan agama aki; sebab aki boleh hormat agama anutan kawan kawan aki yg bukan Islam...

Ucapan selamat hari raya

Saya dengan rasa rendah hati,
ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,
Mohon Maaf jika ada salah dan silap.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

p/s - amatlah sibuk saya ni sejak akhir akhir ni.....sampai nak update blog pun tak sempat...