Cari Berita Menarik Di sini!

Tuesday, September 7, 2010

7hb Sembilan - Masih bekerja



Hari ini
7/9/2010
di kala rakyat Malaysia berbondong bondong
bersama sama ahli keluarga
bersiap siap pulang ke kampung
untuk menyambut Syawal yg bakal menjelma
Aku masih disini.
di tanah tandus ini.

Hari ini
7/9/2010
aku bersama rakan rakan lain
masih bertungkus lumus disini
bersama sama cuba menyiapkan kerja
yg sudah kapan pasti perlu dilakukan hari hari..
habisnya tidak, tambah lagi ada...

Aku cukup pelik,
di kala orang sibuk untuk merayakan hari kemenangan
hari kebesaran umat Islam,
tapi si perancang projek
masih dungu dan dangkal
mana letak akalnya...
di kaki kah atau dilututkah?
mahu meneruskan projek di hari raya.

Ini semua buatan manusia
boleh di ubah dan diolah
asal saja ada kemahuan
apalah salahnya,
cuti 1hari
untuk manusia manusia gersang ini
merayakan kemenangan
bertarung sebulan dibulan puasa
menahan lapar dan dahaga
diasak panas mentari dan kerja berat
merayakan hari raya bersama keluarga
dan sahabat handai.
ini juga menjadi 'moral booster' untuk mereka

aku boleh paham
kalau kerjanya ditengah lautan
aku boleh faham
kalau kerjanya mengejar pengganas di tengah hutan
tapi aku tak boleh paham,
di kala engkau mengatur jadual
tidak kau masukkan cuti cuti penting umat islam sedunia
sedangkan engkau islam agamanya
sedangkan engkau tinggal
dalam ruang lingkup manusia
yg majoritinya islam.

buat perancang projek
nota saya untuk anda
otak anda letak dimana?

No comments:

Post a Comment