Cari Berita Menarik Di sini!

Friday, September 17, 2010

Adakah dia salah seorang ketua gengster di Malaysia?



ini gambar si Putar Alam - kalau berjumpa,sila baling telur busuk kat muka dia hahaha

Umumnya, kita mengetahui kegiatan gengster ni amat berkait rapat dengan;
1. Peras ugut - tokey tokey buat bisnes ni memang tau sangat pasal ni
2. Pelacuran - yg bawak masuk china doll reramai mai malaysia ni sape...
3. Jual/Beli dadah - ni pun depa jugak
4. Jadi pembunuh upahan
5. Kegiatan jenayah terancang - setup rompakan besar besaran, lawan tembak dengan polis etc..
6. Culik orang orang kaya, mintak tebusan RM tak terjangkau fikiran
7. Penipuan terancang - huh...yg ni baru terbongkar kat Malaysia....palat ni la mastermind dia rupanya.

Banyak lagi nak disebutkan...
pendek kata...perlu ke kita ada makhluk makhluk gengster ni di negara kita? bukan makin menyenangkan rakyat...makin merosakkan dan menyusahkan lagi ada la.

Sebagai orang kebanyakan, yg ada anak anak dan isteri, aki bertanggungjawab utk memastikan anak anak aki tidak mengikut jalan yg gengster gengster sedia ada ni lalui.
Apa yg aki rasa dan dapat fikirkan, si gengster gengster ni adalah mangsa mangsa keruntuhan institusi kekeluargaan. Mak Ayah tak peduli kat anak anak, salah didikan oleh mak bapak, kurang didikan agama dan moral, dan macam macam lagi.

Bila rumah porak peranda, si anak akan keluar mencari kedamaian mereka sendiri. Alhamdulillah, kalau mereka keluar dan berjumpa dengan kawan kawan yg membawa kepada kebaikan. Dalam kes gengster gengster ni, mereka mungkin keluar dari rumah dan ter berjumpa dengan kawan kawan yg makin menyesatkan (dan memang inilah yg selalunya terjadi pun)
Bila mereka dah berkumpul gaul, macam macam aktiviti ler yg diorang rancangkan utk mengisi masa mereka. Nak main bola, padang dah takde- sbab kena rompak dek cukong utk buat projek perumahan. Nak main basikal, jalan penuh dengan kenderaan, bersimpang siur sampai takde ruang utk mereka berbasikal. Nak tangkap ikan di sungai, ikan pun dah mati...sungai tercemar dan bau busuk. Dah tu nak buat ape lagi.....

Sorang bawak rokok....pancung pancung sama member member. Dah tak feel rokok, try lain pulak....gam ke dadah ke....pastu tak cukup duit nak dapatkan supply, merompak, peras ugut etc. Maka dapatle mereka gelaran gengster. Makin mendada dan berkepak le mereka bila dapat 'title' ( macam dapat title DATOK jugak la kan kepaknye gituuuu gitu). Dipendekkan cerita, mereka dah terjebak jauh. Dapat pulak dengan kaki putar alam, mereka jadi orang suruhan si putar alam ni. Sampai sanggup melaksanakan pembunuhan utk menutup kegiatan jahat siputar alam.

Tapi, sepandai pandai tupai melompat, si putar alam sudah terputar tangan sendiri. Dia sudah buat silap, deal dengan orang famous, sudah silap tipu, sudah silap bunuh, silap bakar. Keadilan bakal tertegak jua.

Kita sama sama saksikan babak drama seterusnya di mahkamah nanti... Aki tak mau tengok kejadian sama berulang seperti kes Altantuya dimana perancang utama terlepas begitu saje, sedangkan balaci dia dihukum gantung (tapi sampai sekarang tak tau rupa mamat 2 orang tu - diorang buleh dengan senang hati keluar dari penjara kalau ada konspirasi peringkat tertinggi sebab rakyat tak pernah kenal muka mereka berdua dan tak buleh nak cam muka mereka)

Semoga titik keadilan yg dicari akan ditemui. Aki tak mahu lah rakyat beri keadilan sendiri kepada si putar alam ni...kena sula ke, baling dengan batu ke, tembak depan pintu mahkamah ke, kena rejam lembing ke.....hishhh tak dapat aki bayangkan. Yg pastinya, memang rakyat marah dan benci dengan si putar alam ni. Jadi, tegakkan keadilan. Jgn takut pada ugutan dan tekanan ye tuan hakim yg bijaksana.....

nota utk siputar alam ; ada guna ke lagi duit lu yg ratus ratus juta dalam bank tu skarang? boleh selamatkan lu dari tali gantung ke? kalau boleh pun, lu tunggu je pembalasan dari rakyat nanti.

nota utk kerajaan ; hoi gomen, lu kan dah takde duit....fulus sudah kurang dalam akaun. Tiap tiap tahun defisit. haaa ni wa kasi rekemen mana lu nak dapat duit senang. Itu gengster gengster semua banyak duit haram. Lu kasi licin ini gengster dari Malaysia, lu kasi freeze akaun diorang, masuk dalam kantung negara. Wa ingat senang senang lu buleh dapat puluh billion. Buleh tulung rakyat yg makin melarat ni.....takkan itu pun nak kena ajar wehhhhh. Jadi le Robin Hood moden sikit... tolong rakyat.

No comments:

Post a Comment