Wahai kerajaan yg budiman,
di sini, aki hendak menegur,
tentang berlembut tak kena tempat.
Kali ni, mari kita lihat, sikap gomen yg berlembut dengan pesalah lalulintas;
petikan berita diambil dari web berita hairan.
BAHAU, 6 Nov (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun bayaran saman sehingga 30 peratus kepada pesalah lalu lintas sekiranya mereka membayarnya dalam tempoh kurang dari 15 hari saman dikeluarkan.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Rohaizah Mohamad Rashid berkata diskaun ini sudah dikuatkuasakan sejak dua minggu lepas.
“Jika pesalah membayar saman dalam tempoh satu hingga 15 hari saman dikeluarkan, mereka layak mendapat diskaun sebanyak 30 peratus daripada jumlah saman. Manakala selepas tempoh 16 sehingga 30 hari pula, potongan sebanyak 15 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti dan Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Orang Ramai Felda Raja Alias 2, dekat sini.
Bagaimanapun katanya, selepas 30 hari saman dikeluarkan, pesalah trafik perlu membayar saman pada kadar penuh.
Katanya pesalah boleh melakukan bayaran tersebut melalui internet.
– BERNAMA
wahai gomen,
kami ni rakyat rakyat yang patuh undang undang jalanraya ni,
dah tenat dah,
dah tahap kronik dah sakit hati kami ni,
dengan sikap segelintir pesalah pesalah jalanraya ni....
Dah la bawak laju melebihi had yg dibenarkan,
bila tersangkut dalam trafik, masuk lorong kiri - macam la dia sorang ada hal penting nak diselesaikan.
Langgar lampu isyarat - dah kuning kelip kelip nak merah pun lagi depa tekan minyak laju laju. kalau merah, lagi depa langgar semacam jugak.
Double parking toksah cerita la...suka mak bapak diorang aje - rasa nak lempar batu kat cermin kereta diorang pun ada.
Orang orang begini (pesalah pesalah lalulintas ni), Gomen tak perlu kesian kesian.
Yg bawak laju-laju ni- lebih 110kmj - bukan orang miskin. Smua pakai keta mahal mahal. Pakai Wira pun wira upgrade punye. Kalau diorang miskin, diorang tak pakai kereta. Diorang naik pengangkutan awam je pak cik gomen oiiii.
Yg potong line sebelah kiri ni - diorang kata diorang nak cepat, ada meeting bisness juta juta. orang yg sabar ikut barisan ni makan gaji je kata diorang.
Yg langgar lampu merah di simpang - mereka ni pun jenis tak reti bahasa. Nak cepat je memanjang. Kalau dah langgar orang (mati pulak tu) - kan dah menyusahkan banyak pihak.
banyakkkkk lagi kes kes kesalahan lalulintas ni. Yg pastinya, mereka mereka ni memang pentingkan diri sendiri aje sedangkan jalanraya adalah hak awam, utk kegunaan bersama.
Kalau kesalahan bawak laju tu, gomen saman aje maksimum RM300 satu kesalahan. Kalau ada 10,000 saman dikeluarkan, fuhhh kaya gomen. Makin kurang defisit negara. Makin takut orang nak langgar peraturan lalulintas. Bila kurang orang langgar peraturan, kurang la kemalangan,kurang la kematian di jalanraya, kurang la sikit maintenance kerajaan..... errr.... rasuah pun buleh kurang itu macam tok gomen.
tolong ek gomen....Pesalah pesalah ni jangan kasi muka. Diorang tak leh bayar, biar diorang duduk dalam penjara. Jangan disebabkan sikap pentingkan diri sendiri mereka, ramai yg merana. Beri pengajaran kepada pesalah pesalah ni. Padan muka diorang.
No comments:
Post a Comment