Cari Berita Menarik Di sini!

Monday, September 13, 2010

Sosilawati & Rakan mati dibunuh


Umat Islam di Malaysia masih dalam mood berhari raya,
tapi, bagi keluarga 4 mangsa bunuh yg amat kejam ini,
berita ini amatlah mengejutkan, menyedihkan. Itu tak masuk perasaan geram dan benci kepada si suspek pembunuh.

Tahniah kepada pasukan polis, kerana berjaya menjalankan kerja kerja mengesan mangsa dengan cekap dan pantas sehingga membawa kepada penemuan lokasi kejadian jenayah tersebut.

Diberitakan bahawa, mangsa2x ini telah dipukul,bunuh,bakar hingga rentung jadi abu dan abunya dibuang kedalam sungai/laut dengan tujuan utk menghilangkan bukti.

Dikisahkan juga, bahawa Susilowati ada membuat transaksi bernilai jutaan RM dengan salah seorang suspek utk tujuan jual/beli hartanah.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Bersabarlah di atas musibah yg menimpa kerana setiap satu ujian tuhan itu ada hikmah tersembunyi disebaliknya yg tak mampu akal manusia utk menafsirkannya (utk masa ini).

Buat Polis,...harap dapat kumpul sebanyak mana bukti yang boleh. Jangan biarkan 8 penyangak (atau mungkin lebih) ini terlepas dengan tipu muslihat peguambela dimahkamah kelak. Kasi belasah penyangak2x ni dalam lokap. Kalau agak2x takmau kena cass tak beri keadilan bagai gitu...bagi banduan banduan tu yg tolong belasah....

p/s : terbayang macammana ngerinya mangsa semasa disiksa dan dibunuh sebelum dibakar.
p/s 2 : kalau bakar 8x orang ni hidup2x pun bagus....
p/s 3 : Sepandai pandai tupai melompat, jatuh ketanah jua suatu hari....

"KUALA LANGAT: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu hilang bersamanya melalui detik ngeri diseksa, dibelasah selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin, selepas anggotanya melakukan soal siasat lapan suspek ditahan selepas dipercayai ada hubung kait kes kehilangan jutawan berkenaan sejak 12 hari lalu.

Menurutnya, hasil siasatan, polis memberkas seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun disyaki dalang utama merancang kes penculikan dan pembunuhan kejam selain adik suspek berusia 38 tahun.

“Polis mengesan lokasi mangsa dipercayai dibunuh berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, di sini, selepas menahan adik-beradik terbabit selain enam lagi suspek turut terbabit. “Lima suspek awal diberkas Jumaat lalu sebelum peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas kelmarin. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun turut dikaitkan kes pembunuhan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, semua suspek berusia 19 hingga 45 tahun berkenaan dikenal pasti pekerja kepada Datuk berkenaan termasuk ada antara mereka pekerja di ladang tempat mangsa dibunuh “Polis setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa dibawa ke ladang itu sebelum dibunuh dengan kejam, Ada kemungkinan mangsa dipukul sehingga mati menggunakan senjata sebelum sengaja dibakar hingga menjadi debu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, petang semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa yang bertukar menjadi debu dicampak ke sungai berhampiran dan dihanyutkan ke laut berhampiran pantai Morib, di sini.

|”Polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar di tempat sama di dalam ladang kelapa sawit terbabit berdasarkan bukti awal diperoleh. Suspek dipercayai turut membuang senjata digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai sama.

“Setakat ini polis masih menjalankan gerakan memburu saki-baki dan rangkaian kumpulan penjenayah merbahaya terbabit. Polis percaya kumpulan terbabit turut bertanggungjawab dalam satu lagi kes sama awal tahun ini,” katanya.

Difahamkan empat individu turut mempunyai kaitan dan urusan perniagaan dengan peguam berkenaan dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai dibunuh dengan kaedah sama.

“Ada kemungkinan kes pembunuhan ini bermotifkan saingan perniagaan, namun polis masih menyiasat motif sebenar mangsa dibunuh kejam. Semua suspek akan ditahan reman sehingga 19 September depan untuk tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan.

“Apa yang boleh saya katakan, andaian mangsa masih hidup amat tipis. Bagaimanapun polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik mengesahkan sepenuhnya perkara berkenaan termasuk DNA bagi mengesahkan identiti mangsa dibunuh,” katanya.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu semasa keempat-empat mangsa berada di Banting untuk bertemu peguam bergelar Datuk berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar mereka dibunuh, tetapi ia mungkin antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehingga semalam.

Mengenai keluarga mangsa, beliau memberitahu, keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kes terbabit dan polis menjelaskan kepada mereka pengesahan lanjut daripada forensik dan Jabatan Kimia diperlukan mengesahkan sepenuhnya kematian semua mangsa.

“Apa yang saya boleh sahkan sekarang, pengakuan suspek menjurus ke arah itu,” katanya.

Mengenai tahap siasatan, beliau berkata, pihaknya tidak dapat menyatakan daripada segi peratusan, namun semua perkara hanya dapat disahkan dan disempurnakan selepas polis menerima laporan forensik dan kimia.

“Laporan forensik dan kimia akan mengambil masa, dan keluarga mangsa dan media akan dimaklumkan sebaik saja kami menerima semua laporan mengenai perkara ini,” katanya".

No comments:

Post a Comment