Cari Berita Menarik Di sini!

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Suzuki Cup 2010.

2009 - Pingat Emas Sukan Sea Laos
2010 - Piala Suzuki AFF 2010 (Juara)

Sekalung Tahniah utk skuad bolasepak negara Malaysia.
Bak kata bidalan ciptaan aku......'klimaks tahap maksimum lepas lama tak dapat'.... hehe.

2 Penyerang Malaysia tahap super ultra dalam pertandingan ni Safee Sali & Norshahrul Idlan Talaha.... memang macam duri dalam daging utk team team lain.... good job bro.... keep it up. Boleh masuk buku lagenda bolasepak Malaysia.... Lepas Subadron Aziz, Lim Tiong Kim...hanpa plak la yg paling layak.

Tahniah jugak utk penyokong penyokong setia team bola Malaysia yg sama sama dari dulu lagi, walaupun ketika kita berada di zaman gelap / down....dan ketika kita di kemuncak sekarang.....

Shahrul.... Selamat pengantin baru.
Hari tu...lu 'tak sempat' kan... lepas sanding terus main utk Malaysia
haaa......la ni hang 'buleh main lain' la plak....
hari tu belasah Garuda....hari ni 'belaSAH' bini la pulak. Tok Kadi kata Sah dah.
awww lucasss.... hehe


p/s - contoh pakaian pengantin perempuan adalah salah disisi syarak....jangan tiru. Buat Malu aje. Ape barang kemban kemban duduk atas pelamin. Malu dowhhhhh....cukup malu.
sumber gambar: Utusan online

Tuesday, December 28, 2010

Arsenal & Malaysia Team

Tak Mau cakap banyak....
26hb - Malaysia 3-0 Indon
28hb - Arsenal 3-1 Chelsea.

Giler ah....bersorak sorai rumah aku 2 hari tu....ngan anak anak aku, aiman & maisarah pun loncat loncat suka..... (err...mula mula diorang pelik gak aku memekik GOLLLLLLL)....

Style main - dua dua team macam sama je stylo dia....tu yg aku makin suka tu....
cayalah GopalWenger.....

Masa game Malaysia-Indon tu....keeper Indon si Markus botak sibuk sangat komplen pasal laser... Macam lah dia tak biasa...Di Indon tu pun banyak dan selalu fan diorang buat... apa ada hal?? Ni hah dia orang yg pancar laser ijau tu..... :P



Sunday, December 26, 2010

Kisah Saman Sime Darby ke atas eksekutifnya

Kisah Saman Sime Darby ke atas CEO dan eksekutif2nya....

apa yg korang nampak?
aku....
1. aku tergelak guling guling bila membaca berita ni di akhbar. Memang lawak upin dan ipin paling klakar tahap tak hengat punye.....

2. Saman eksekutif2x dia sampai ratus juta.... ko ingat diorang ada duit ke nak bayar tu? memang buang masa je saman saman. Diorang dah alih harta diorang atas nama bini n anak anak dah....kalau paling abis pun...isytihar bankrupt saja.....

3. Ni semua nak kata...."pasal eksekutif eksekutif ni la SD rugi besar". Woi mangkok.....ko kena buang semua semua yg terlibat dalam projek tu...baru betul. Mana boleh eksekutif n CEO ko tu buat keputusan tanpa justifkasi dari marhaen yg dibawah tu.....

4. Lembaga Pengarah tak buat apa apa ke masa projek nak 'go ahead' duulu dulu? lu orang tido makan gaji buta ye? Tak monitor progress projek ye? bagi aku...lembaga pengarah dia pun sama 2 x 5...... patut humban sekali......

Ni la antara berita lawak yg aku baca di surat kabo meloya dan berita hairan minggu ini.... memang lawak paling bodo yg disajikan kepada rakyat Malaysia.... nak menunjukkan yg diorang buat kerja post mortem....caittttttttttt

Ni aku nak bagitau....kalau SD ni dia memang la expert dalam perladangan...tapi kalau nak masuk dunia marin ni....kena la wat JV dulu.....jangan la main taram je.... amik projek EPCIC - engineering, procurement, construction, installation, commissioning... kat Installation tu ada ka patut korang nak buat installation barge sndiri.... tak payah buat macam tu.... ko upah aje orang yg dah biasa buat installation tu.....dia siap ada barge sendiri lagi. Kepala korang pun tak sakit.

Lain kali....kalau nak buat sesuatu tu..... ko tanya la orang dulu. Guna ayat mudah paham. Tak yah bangga bangga ngan ayat mat saleh yg bombastik semua orang rasa janggal. Ishhhh..... geram aku.

Sime Darby sues Zubir and two others over Bakun Dam project
By NURBAITI HAMDAN
nurbaiti@thestar.com.my


KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd and its three subsidiaries have filed another civil suit against its former group chief executive Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid and two others for restitution of RM90.5mil relating to the Bakun Dam project.

The other two defendants are former head of the group’s energy and utilities (E&U) division, Datuk Mohamad Shukri Baharom, and former E&U division chief financial officer Abdul Rahim Ismail.

This is the second suit brought against the three men after an RM338mil suit was filed against them and two other defendants on Thursday by the group, which has diverse business interests including in the plantation, property and energy sectors.

Sime Engineering Sdn Bhd, Sime Darby Holdings Bhd and Sime Darby Energy Sdn Bhd are the subsidiaries named as plaintiffs in the suit.

The suit was filed through the firm Messrs Zaid Ibrahim & Co at the new commercial court registry here yesterday.

The suit claimed that in September last year, the board of directors realised there were cost overruns in four projects executed by the E&U division including the Bakun Dam project.

The Bakun Dam is the largest hydro-power project in the country that can generate 2,400MW of electricity.

In the statement of claim, Sime Darby is seeking for, among others:

> Orders for the three defendants to make restitution in the sum of RM74mil and RM16.5mil that were wrongly paid out in the dam project.

> An order that the damages be assessed and be paid by the three defendants for wrongly giving away plants to Sinohydro.

> Aggravated and exemplary damages to be paid by each of the defendants.

> Alternatively, an order that damages be assessed on the basis that each of the defendants acted in breach of trust and fiduciary duty and an order that such payment be made.

> An order that Mohamad Shukri and Ahmad Zubir each make restitution in the sum of RM851,313.49.

On Thursday, Ahmad Zubir, Mohamad Shukri and Abdul Rahim together with former oil and gas head of E&U division Abdul Kadir Alias and former Sime Darby Engineering senior general manager Mohd Zaki Othman were sued for restitution in the sum of at least RM338mil plus general and aggravated damages and other relief.

In a statement to Bursa Malaysia, the group said the suit against the five men was in connection with its loss-making Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar and marine projects
.

Saturday, December 25, 2010

Cerita Saham ( Saham Petronas)

emmm... camne nak mula....
ok... kalau korang nak beli saham..... aku cadangkan korang beli saham saham syarikat Petronas.
ada...

1. Petronas Gas (Petgas)
2. Petronas Dagangan (PetDag)
3. MMHE
4. MISC
5. PetChem.

Saham saham ni sangat bersangkut paut dengan oil & gas. Naik rega minyak, naik jugak la rega rega saham ni. Merudum rega minyak...merudum gak kot...
saham saham lain yg aku rasa stabil.....adalah saham saham berkaitan pelabuhan....

Bintulu Port, Johor Port......

Kalau korang tanya aku....apa medium investment yg aku gunakan? Nanti aku hurai lagi.... (yg pasti aku ada saham PetChem tu.....sbab dapat skim belian saham utk kakitangan - harga sama je macam pasaran takde beza pun)

Teguran Terbuka utk Makcik Rosmah




Assalamualaikum,
makcik Rosmah...
apa khabar.... sihat?

Makcik, kat ruangan blog saya ni, saya nak menegur makcik.
Harap makcik dapat berlapang dada dengan teguran saya ini.

Makcik orang Islam kan?
Tuhan kata, orang perempuan kena selalu tutup aurat bila keluar dari rumah kan?Kalau depan bukan mahram tu, kena tutup aurat kan?
Makcik tak tahu ke bahawa rambut tu jugak adalah aurat seorang perempuan?

Makcik jugak adalah isteri seorang pemimpin negara so called 'negara Islam' kan?
Makcik jangan lah buat malu kami....umat umat Islam ni....mengaji Quran pun tak tutup aurat. Nampak sangat jahilnya... Makcik, kalau kita tak tahu, bertanyalah dari yg tahu.... ramai ustaz ustaz di luar sana tu yg sudi mengajar. Boleh ajak Pak Najib mengaji ilmu agama sekali.....
memanjang asyik dengan hal ehwal negara.... dunia belaka tu.....
luangkan la masa sejenak utk mendalami ilmu agama.
Makcik....kalau boleh...cuba cuba la tengok penampilan Permaisuri Agong sekarang ni (yg dari Terengganu tu)

Makcik..... mintak tolong dengan makcik....utk tegur makcik Shahrizat tu sekali keh..... jambul tu kasi sorok.

Makcik....kami bukan buta makcik...tak perlulah makcik nak rawat rawat muka makcik tu... Tua tu pasti....kami ok je walau muka makcik kedut.... tapi kalau muka makcik tu tegang sampai nak tersenyum pun susah tu.... apa kes tu makcik????

Harap makcik berlapang dada menerima teguran ni dan berubah ke arah seorang muslimah sebenar, mengikut syariat yg ditetapkan......

Adios


Thursday, December 9, 2010

Surau Al-Falah Kg Kerinchi

hai gomen,
makin lemak pulak ko ye....
sampai surau/masjid ko nak robohkan atas nama 'development'.
Nama saja Negara Islam, tapi surau/masjid umat Islam sendiri ko robohkan.

nak dijual tanah tapak surau tu...bagitau saja berapa harganya...akan kami kumpul dana utk menebusnya.
Roboh surau itu....makin tambah kemarahan rakyat, makin cepat kerajaan kau rebah.
Makin cepat kami dapat kumpul bukti kepincangan kerajaan sekarang, mana korupnya dan sebagainya....
Siap siap la....
ayuh kawan kawan...kita pertahankan rumah Allah itu.
Sedangkan di Baitulmaqdis orang sanggup sabung nyawa pertahankan rumah Allah.
Jangan kita kalah dengan bangsat bangsat nak meruntuhkan rumah Allah yg dah tertegak lama ni.


Another surau crisis brewing in Kampung Kerinchi
By Asrul Hadi Abdullah Sani December 09, 2010
KUALA LUMPUR, Dec 9 — Days after a surau initiated legal action against the Federal Land Commissioner and Kuala Lumpur City Hall (DBKL), Surau al-Falah in Kampung Kerinchi here is fighting for its survival.

Last Wednesday, Taman Setiawangsa’s Surau An-Nur’s management committee filed an action against DBKL to prevent its officers from demolishing their place of worship.

They are not the only one. Hidden on the hill near Pantai Hillpark, those worshipping at the 12-year-old Surau al-Falah were shocked when they found a notice last month ordering them to vacate the premises to make way for a development project.

Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar (picture) visited the surau this morning and told reporters that surau members were still waiting for an explanation for the planned demolition.

“The excuse is development purposes and they have not been willing to disclose more information and I think that is why there are very upset considering this is one of the very active surau and of course a lot of PAS members frequent this place.

“Yes, it is in black and white from DBKL that they are going to demolish the surau. It is quite a surprise because DBKL’s director-general has always been supportive of the activities of the surau up to last month.

“So suddenly there was an order from higher up to demolish the surau and the Federal Territories Minister (Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin) is not responding to any queries,” she said.

She added that notice gave the residents 30 days to vacate and the deadline was today.

“An order was given by the federal territories minister for this building to be demolished. So I asked the surau committee to contact DBKL and the minister but none of their letters were replied. The exact date of the demolition is today but they (DBKL) have given verbal assurance to the surau chairman that that the building won’t be demolished today.

“Before this, DBKL themselves have given financial assistance to maintain the surau. This surau is very active and has been labelled a PAS surau so I think there are political elements in here,” she said.

While members of Surau al-Falah have decided to resolve the matter diplomatically, Nurul said she was willing to give legal assistance if needed.

“I will definitely do my best to provide them any with assistance including legal assistance that they may require; however, certainly it is up to them to pursue whatever actions necessary.

“Even though the land belongs to DBKL and the surau was built by DBKL, the committee members have the right to actually find out more about the development plans. Usually they don’t give shocking letter or notice and they have been supportive of the surau in the past,” she said.

Surau committee chairman Jasni Abdullah confirmed that it received verbal assurance two days ago that DBKL would not demolish the surau.

“They did not give any reasons why they want to abolish the surau but they have given verbal assurance that the surau will not be demolished today but we do not know about tomorrow or the day after.

“I was shocked when I saw the notice plastered on the wall because the surau was only repainted two months ago. We tried contacting the federal territories minister but did not get any response so we will send a memorandum soon,” he said
.

Wednesday, December 8, 2010


Subsidi: Langkah Putrajaya bakal keringkan saku rakyat, ramal The Economist
Oleh Boo Su-Lyn December 08, 2010


Penyokong protes kenaikan harga minyak mengambil bahagian dalam sebuah demonstrasi di Kuala Lumpur, 13 Jun 2008. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 8 Dis — Harga barangan dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan mulai 2011 hingga 2015 ekoran langkah pentadbiran Najib memutuskan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat dan merapatkan jurang defisit bajet, demikian menurut laporan The Economist di sebalik spekulasi pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.
The Economist sendiri menolak cakap-cakap bahawa pilihan raya umum awal meskipun ia meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 ekoran kemerosotan sokongan orang Melayu muda dan moderat.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mac 2013.

“Usaha kerajaan untuk merasionalkan skim subsidi negara yang dikatakan terlalu besar akan menyebabkan pengaruh kenaikan dalam harga sepanjang tempoh ramalan (2011 hingga 2015),” kata laporan Intelligence Unit majalah itu mengenai Malaysia dalam edisi terbaru Disember.

Harga bahan api dan gula mengalami kenaikan mulai 4 Disember lalu — kali kedua selepas Julai lalu ekoran dasar pelarasan subsidi oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berperingkat-peringkat mesipun sebelum ini seorang menteri Kabinet mengatakan bahawa tidak akan ada kenaikan harga sehingga hujung tahun ini.

Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai lalu apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Putrajaya berkata rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan, pada waktu yang sama, mengurangkan perbelanjaan.

Program Transformasi Ekonomi (PTE) bertujuan meningkatkan per kapita pendapatan kepada AS$15,000 (RM46,500) menjelang 2020, kata Putrajaya.

Semalam, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kenaikan harga bahan asas ini pasti akan membawa padah terutama kepada kaum pekerja yang berpendapatan rendah. “Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun.

“Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun,” katanya.

MTUC juga berkata, harus disedari bahawa walaupun yang dinaikkan hanya harga hanya gula dan bahan bakar petroleum tetapi yakinlah barangan lain juga akan turut sama naik.

Laporan itu juga menjangkakan bahawa kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam beberapa tahun lalu dan meramalkan inflasi tahunan sebanyak 3.4 peratus antara 2011 hingga 2015.

“Risiko inflasi juga akan diakibatkan oleh GST, di mana kerajaan akan berusaha untuk memperkenalkan di bahagian awal tempoh itu,” kata laporan tersebut.

“Tetapi pengaruh-pengaruh bukan inflasi juga akan kuat,” kata laporan itu dengan merujuk kepada pemansuhan halangan-halangan perdagangan dan integrasi ekonomi serantau yang lebih kukuh.

Malah laporan itu juga meramalkan pertumbuhan lima peratus bagi Malaysia dari 2011 hingga 2015, yang seiring dengan jangkaan Bank Pembangunan Asia sebanyak lima peratus bagi tahun depan.

Bagaimanapun matlamat Najib mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 memerlukan pertumbuhan enam peratus.

Penganalisis-penganalisis mendakwa Model Baru Ekonomi, yang bahagian kedua diumumkan Jumaat lalu kurang memperlihatkan pendekatan-pendekatan khusus untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Laporan itu juga menambah, suku ketiga tahun ini menyaksikan pertumbuhan perlahan, yang dijangka akan berterusan pada suku keempat.

Ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini selepas suku kedua yang lebih kukuh ekoran permintaan luaran yang lembab dan pengurangan perbelanajaan kerajaan.

Ekonomi bertumbuh 10.1 peratus pada suku pertama dan 8.9 peratus pada suku kedua.

Laporan itu meramalkan pertumbuhan 6.8 peratus bagi Malaysia tahun ini iaitu kadar enam hingga tujuh peratus yang dianggarkan oleh kerajaan.

Ia juga menekankan pelaburan dan penggunaan swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam lima tahun akan datang.

Malah laporan itu juga meramalkan ringgit akan mengalami peningkatan nilai hampir 10 peratus pada kadar purata tahun 2010.

“Perbezaan kadar faedah positif dengan Amerika Syarikat akan wujud di peringkat awal tempoh kajian (2011-2015), yang mana secara berterusan akan menyediakan sokongan kepada ringgit.

“Oleh itu, kami menjangkakan kadar pertukaran akan kekal sama, mencecah purata tahunan RM2.95:AS$1 pada 2015,” kata laporan itu.

Di samping itu laporan tersebut juga menekankan bahawa Bank Negara Malaysia dijangka membenarkan ringgit didagangkan di luar pesisir pada tempoh terkemudian sepanjang 2011 dan 2015, ekoran perkembangan susulan ke arah integrasi ekonomi serantau.


ehem ehem
Pakcik Najib yg tak berapa saya nak kasihi,
Rakyat tak mahu dengar KDNK naik ke apa ke....
Rakyat tak mahu dengar pertumbuhan berkembang pesat ke apa ke...
Rakyat tak dapat rasa kesan pertumbuhan bla bla bla tu secara langsung
Yg rakyat rakyat negara dibawah pimpinan awak ni rasa sekarang ni....
Kuasa beli mereka semakin kecik....nak makan pun kena ikat perut.
Jangan sampai dek kerana gila duit, gadai negara, tak pedulikan rintihan rakyat.
Sabar Rakyat ada batas nya pak Najib.
Kami tidak dapat bersabar lagi sekarang....
Adakan saja pilihanraya.....akan kami sama sama tombangkan kerajaan Pak Najib,
Ayuh rakan rakan.....kita tolak kerajaan temberang rakyat ini....

Tuesday, December 7, 2010

Barang Naik Harga

"Sudah naik bang....feeewiiittt"....
haha..lu orang mesti pernah dengar lawak tak senonoh ni kan.
Tapi hari ni aku bukan nak bawak cerita lawak tak senonoh ni.
Aku nak cerita pasal lawak tak senonoh si BN (Barang naik ni)

Baru baru ni, dalam suratkhabar disurahkan, bahawa minyak Ron 95 takkan ikut Ron 97 naik harga. Tapi tak sampai sebulan....dah naik....Mana janji janji manismu Pak Menteri. Berani kalu, berdepan la dengan rakyat.....mau kena baling dengan telor busuk dan tomato hancur (rakyat sangat marah).

Dan hari ni....dikhabarkan begini pula.......(sila baca petikan akhbar seperti dibawah)....tunggu aje la...dah tak cukup duit dipoket utk korang beli makanan nanti...baru korang sedar kenapa la ngok sangat korang pangkah pemimpin yg tak pernah pikir pasal kesusahan rakyat ni.....
Mari kita pakat pakat pangkah mereka ini keluar. Kita mahukan perubahan. Kita mahu pemimpin yg lebih perihatin pasal tembolok rakyat...pasal kebajikan rakyat...

Rakyat tak mahu projek bilion bilion.....yg mengkayakan kroni anda. Rakyat mahukan projek untuk rakyat...yg menambahkan duit dalam poket rakyat...




Tiada Kenaikan Harga Gandum, Beras Dan Minyak Masak Sekarang
KUALA LUMPUR: Harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail SabriYaakob.

Beliau berkata kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

"Setakat ini, tidak ada perbincangan untuk menaikkan harga gandum, beras dan minyak masak. Tapi kita tidak boleh kata, tidak akan ada kenaikan, bukan jaminan.

"Tapi perkara ini juga akan mengikut keadaan kerana setakat ini, kerajaan menanggung kos yang agak tinggi memandangkan gandum terpaksa diimport," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kedai harga patut 2010 di sini, Isnin.

Mengenai penyelarasan harga gula, petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) baru-baru ini, Ismail Sabri berkata siri perbincangan akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan.

"Kita akan terus berbincang dan akan dijalankan dengan secepat mungkin bagimenangani kenaikan harga barang yang melampau yang boleh membebankan pengguna,"katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak 441 premis daripada 20 kategori telah dipilih untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut merangkumi kategori antaranya barang kulit/kasut/beg, barangan elektrik dan elektronik, barang kraftangan dan antik, batik/songket, kamera dan jam tangan.

Restoran Ukhuwah Rakyat 1Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah khas Kedai Harga Patut yang menyediakan hidangan makanan pada harga RM1.

Ismail Sabri berkata anugerah dan pengiktirafan yang diberi itu boleh ditarik balik sekiranya didapati premis-premis berkenaan gagal mengekalkan prestasi mereka sebagai Kedai Harga Patut.

"Kita akan sentiasa memantau dan sekiranya didapati kedai-kedai itu tidak lagi patuh kriteria yang ditetapkan, kementerian boleh tarik balik dan batalkan sijil itu bila-bila masa.

"Sebab itu, kita menggalakkan peniaga terus kekal dan patuhi kriteria yang dimenangi. Selagi ikut kriteria, plak dan sijil akan kekal di premis mereka," katanya. - BERNAMA

Sunday, December 5, 2010

Hentikan fesyen ini

ayuh saudara saudara Se agama dengan ku.....
Mari kita pakat ramai ramai,
Jaga ahli keluarga kita.
Bimbing mereka, Tegur mereka dan beri pengajaran kepada mereka jika perlu.
Keluarga kita, tanggungjawab kita.
Ayuh!