Cari Berita Menarik Di sini!

Tuesday, December 7, 2010

Barang Naik Harga

"Sudah naik bang....feeewiiittt"....
haha..lu orang mesti pernah dengar lawak tak senonoh ni kan.
Tapi hari ni aku bukan nak bawak cerita lawak tak senonoh ni.
Aku nak cerita pasal lawak tak senonoh si BN (Barang naik ni)

Baru baru ni, dalam suratkhabar disurahkan, bahawa minyak Ron 95 takkan ikut Ron 97 naik harga. Tapi tak sampai sebulan....dah naik....Mana janji janji manismu Pak Menteri. Berani kalu, berdepan la dengan rakyat.....mau kena baling dengan telor busuk dan tomato hancur (rakyat sangat marah).

Dan hari ni....dikhabarkan begini pula.......(sila baca petikan akhbar seperti dibawah)....tunggu aje la...dah tak cukup duit dipoket utk korang beli makanan nanti...baru korang sedar kenapa la ngok sangat korang pangkah pemimpin yg tak pernah pikir pasal kesusahan rakyat ni.....
Mari kita pakat pakat pangkah mereka ini keluar. Kita mahukan perubahan. Kita mahu pemimpin yg lebih perihatin pasal tembolok rakyat...pasal kebajikan rakyat...

Rakyat tak mahu projek bilion bilion.....yg mengkayakan kroni anda. Rakyat mahukan projek untuk rakyat...yg menambahkan duit dalam poket rakyat...




Tiada Kenaikan Harga Gandum, Beras Dan Minyak Masak Sekarang
KUALA LUMPUR: Harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail SabriYaakob.

Beliau berkata kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

"Setakat ini, tidak ada perbincangan untuk menaikkan harga gandum, beras dan minyak masak. Tapi kita tidak boleh kata, tidak akan ada kenaikan, bukan jaminan.

"Tapi perkara ini juga akan mengikut keadaan kerana setakat ini, kerajaan menanggung kos yang agak tinggi memandangkan gandum terpaksa diimport," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kedai harga patut 2010 di sini, Isnin.

Mengenai penyelarasan harga gula, petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) baru-baru ini, Ismail Sabri berkata siri perbincangan akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan.

"Kita akan terus berbincang dan akan dijalankan dengan secepat mungkin bagimenangani kenaikan harga barang yang melampau yang boleh membebankan pengguna,"katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak 441 premis daripada 20 kategori telah dipilih untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut merangkumi kategori antaranya barang kulit/kasut/beg, barangan elektrik dan elektronik, barang kraftangan dan antik, batik/songket, kamera dan jam tangan.

Restoran Ukhuwah Rakyat 1Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah khas Kedai Harga Patut yang menyediakan hidangan makanan pada harga RM1.

Ismail Sabri berkata anugerah dan pengiktirafan yang diberi itu boleh ditarik balik sekiranya didapati premis-premis berkenaan gagal mengekalkan prestasi mereka sebagai Kedai Harga Patut.

"Kita akan sentiasa memantau dan sekiranya didapati kedai-kedai itu tidak lagi patuh kriteria yang ditetapkan, kementerian boleh tarik balik dan batalkan sijil itu bila-bila masa.

"Sebab itu, kita menggalakkan peniaga terus kekal dan patuhi kriteria yang dimenangi. Selagi ikut kriteria, plak dan sijil akan kekal di premis mereka," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment