Cari Berita Menarik Di sini!

Sunday, December 16, 2012

Sekitar Majlis Kahwin Norliza & Nasrul

12.12.12. haritu, adik ipaq aku yang sorang ni....dah selamat menikah ngan shan dia.....Ahmad Nasrul....
Tahniah la untuk pasangan pengantin....semoga berbahagia ke akhir hayat.

Tak mau cerita banyak....ni aku post gambo gambo yang di snap oleh aku sendiri(pakai sbelah tangan je sbab dok dukung anak bongsu aku Siti Aishah) dan Aiman...anak sulung aku....(boleh tahan pandai dia ambik gambar...walaupun baru umoq 6 tahun).

Majlis sebelah lelaki 15.12.12...aku tak amik gambar.....aku sibuk makan + nak save tenaga...nak jalan balik Rawang plak lepas tu...

p/s - Seronok jadik kameramen ni...tapi jangan keluar tajuk la gambar gambar tu...(aku slalu keluar tajuk hehe...). Aku suka tangkap gambar aksi budak budak....























Thursday, October 18, 2012

Solat Dhuha

Untuk kita sama sama amalkan ya...

Doa selepas solat Dhuha:
Ya Allah Sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu
Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu
Ya Allah jika rezeki masih dilangit, turunkanlah
Jika dibumi keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala
yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh
Amin.

Wednesday, October 17, 2012

Motivasi diri #4


Tuesday, October 16, 2012

Pak Man di tahan wad.

Hari Rabu yang lepas, Ayah saya, Pak Man Bawang.....telah ditahan di wad selepas menghidap demam yang tak surut surut panasnya.

Pada mulanya, doktor mengesyaki Pak Man terkena Denggi. Tapi selepas ujian lanjut, Pak Man dikhuatiri terkena penyakit kencing tikus.

Buat masa ni, saya berulang alik dari Rawang ke Kuala Kubu Bharu dan ke tempat kerja di KLCC.
Mujur jugalah, buat masa ni, tiada projek di tengah laut yang memerlukan saya bekerja di sana.
Jadi....sebagai anak, inilah masanya utk saya menolong sedaya upaya saya...berbakti pada ayah dan ibu...dimasa mereka susah. Kalau sebelum ni, kita membantu ibu dan bapa kita semasa mereka sihat dan gembira.....di masa susah ini....kita kena lebihkan usaha terhadap mereka.

Mereka lah yg telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Walaupun jasa bakti kita takkan sama dengan apa yg mereka tumpahkan pada kita....sekurang kurangnya kita dah buat yang terbaik pada mereka. Jangan nanti, bila mereka dah takde di dunia ni, baru kita nak menyesal....ketika itu...dah takde maknanya nak menyesal.

Wassalam

p/s - Bujal...jaga pertuturan, jaga ayat yg nak keluar dari mulut....time time macam ni sensitif kena lebih

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan untuk semua...

Salam Ramadhan untuk semua,
mohon ampun dan maaf jika saya ada melakukan sebarang kesalahan, terkasar bahasa, tersilap situ, tersilap sini,

Bersama sama kita kejar dan pungut keberkatan Ramadhan yang datang setahun sekali ini.
Mari sama sama....jom....

Friday, June 22, 2012

Jiran maut dalam kemalangan

As salam,
cuma hendak menulis,
semalam saya mendapat perkhabaran dari isteri saya, jiran sebelah rumah (Abang Man) telah meniggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan dengan lori.

Al Fatihah utk arwah Azman B Shaarani.
x sampai 2 tahun lagi kita berjiran. Arwah adalah seorang anggota polis yang bertugas di Istana Negara Baru.

Takziah dari kami sekeluarga utk keluarga si mati.

Saturday, June 16, 2012

Motivasi Diri #3


bulan Jun, 2 orang saudara kami telah pergi buat selama lamanya....pergi menemui kembali pencipta kita...Allah SWT.

Al-fatihah utk Pak Long dan Makcik Non.

Wednesday, May 30, 2012

umur saya 2 bulan ;)


27/5/2012 - dah genap umur Siti Aisyah 2 bulan.
Semoga menjadi anak yg solehah; taat perintah Allah & Rasul; hormat ibu ayah...amin...

seronok tengok anak membesar di depan mata. Anak 1 dan ke 2, saya selalu sangat outstation. Anak ke-3 ni, Alhamdulillah...saya berpeluang bersama dengan ayang...menjaga si kenit ni sampai skarang (2 bulan).

Kentut kemain kuat, kalau mandi....wahhhhh suara dia....macam ada penderaan kanak kanak sedang berlangsung....(tajam sangat kut air tu bila mandi) hehe.... tak kisah la aisyah oi....ayah n emak ok aje....

lagi satu, umur dah 2 bulan pun....masih ajak mak n ayah sembang pukul 3 pagi ke....udah udah le tu....tukar le mode siang tido malam berjaga tu....tukar channel....siang main, malam tido...baru cun...

ok nanti sambung lagi.

Tuesday, May 29, 2012

Cerita Hujung Minggu Lepas

Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga pulang ke rumah ibu ayah di Kedah (Kg Bahagia, Kota Sarang Semut).
Dah lama benar rasanya aku tak ke sana. Sibuk dengan kerja. Rasanya...last skali...Hari Raya Aidilfitri yang lepas (memang la lama...huhu). Tapi aku takde lah sampai mengabaikan tanggungjawab aku....(slalu aku pos anak n isteri aku balik Kedah hehehe...tektik mesti mau ada).

Hari Ahad, adik ipar aku (Mak Lang Aiman & Maisarah) dah pun slamat bertunang. Bertunang dengan jejaka idaman hati dia la sapa lagi kan kan.... (sempat gak aku usik dia....pilih punya pilih, sangkut yg kelam kelam jugak) - ehem...nampaknya, lelaki lelaki yg kulit gelap ni mendapat tempat istimewa di hati gadis gadis...hot item maaa.... hahahaha.

aku dok berharap la kot kot pihak sebelah lelaki tu hulur sedas dua pantun pembuka kata...baru meriah sikit acara bertunang ni....(aku suka je kalau ada bab pantun pantun ni)....Mau kalut seblah pihak pompuan kalau geng geng lelaki bawak pantun nak masuk meminang...

Tapi tu lah...budaya berpantun ni dah makin hilang di telan arus zaman. Aku ingat, nanti...bila anak aku dah beso beso, nak kawen...aku nak siap siapkan pantun kot serangkap dua....kasi meriah sikit majlis....chewahhhh.... (tengok tengok...aku yg gagap time tu huhu)...

Hari Isnin, aku balik ke KL berseorangan...naik bas. Aku kasi can kat anak anak aku nak main di kampung....(confirm balik KL ni nanti, dan ada bunyi bunyi bahasa kedah dalam bahasa anak anak aku ....jeng hehe).

layan gambar gambar majlis bertunang tu sikit....
rewang...

sembang sembang tetap tarikh nikah etc

hantaran tunang pihak lelaki

tatai 2 orang...

with mama...

Sunday, May 13, 2012

5 Perkara yg orang sesalkan bila nak mati..

Himpunan senarai penyesalan paling top di bawah dicatitkan oleh seorang nurse yang kerjanya menjaga para pesakit yang tidak ada harapan dan hanya menunggu saat-saat kematian mereka. Hasil dari kerjanya tersebut dia sering berkesempatan melayan keluhan para pesakit dan cuba memahami segala luahan isi hati mereka dan mendengar segala penyesalan mereka.

Mungkin bagi mereka yang dah nak meninggal nampak macam tiada lagi harapan berpatah balik. Tetapi bagi kita yang secara adatnya nampak masih segar, muda dan ada harapan untuk hidup lebih lama lagi dari segi biologinya perlu menjadikan senarai di bawah sebagai 'check-list' peringatan, moga-moga kita tidak menjadi salah seorang yang akan mengeluhkan perkara yang sama satu hari nanti. Lihat senarainya di bawah.

  1. Paling ramai orang menyesal bila dah tua atau dekat nak mati adalah disebabkan sepanjang hidupnya dia mencuba sedaya upaya memuaskan hati orang dengan melakukan apa yang orang jangkakan daripadanya sedangkan dia tidak pernah ambil peduli apa kemahuannya sendiri. Jika anda masih muda buatlah apa yang anda ingini dan jangan tak buat semata-mata takut nanti apa orang kata. Asalkan halal.
  2. Paling ramai orang terutamanya lelaki menyesal sebab selama hidupnya dia terlalu kerja kuat sampai tak ada masa bersama dengan anak-anak, isteri, ibu-bapa dan lain-lain keluarga. Kadang-kadang kita rasa kita perlu ada jumlah duit tertentu, rumah yang besar, kereta hebat dan lain-lain membuatkan kita pulun tak paling lagi ke belakang sedar-sedar dah tua, nak mati dan tak ada seorang anakpun menziarahi kita.
  3. Ada juga yang menyesal sebab tak pernah berani menyatakan perasaan mereka semata-mata takut mengecewakan orang lain. Jadilah kita seorang yang memendam rasa dan kalau orang Melayu akan berlaku amok bila dah teruk sangat. Luahkan saja apa rasa anda dan belajar terima reaksi negatif orang.
  4. Ramai juga yang menyesal sebab tak berhubung dengan rakan-rakan lama. Mereka membiarkan saja kesibukan menghimpit mereka sehinggalah semau kawan meminggirkan diri dan perhubungan silaturahim sesama kawan menjadi kendur.
  5. Penyesalan yang agak biasa berlaku pada mereka yang dah nak mati adalah menyesal kerana selama ini dia tidak membiarkan dirinya bahagia. Ramai yang tak sedar sehinggalah tua nak mati bahawa bahagia atau merana adalah pilihan kita sendiri. Kebanyakan masa kita meletakkan syarat untuk bahagia seperti, aku akan bahagia bila duit aku ada sejuta, aku akan bahagia bila pasangan aku sentiasa puji dan memahami aku dan lain-lain sumpamannya. Sebelum terlambat pastikan anda jangan berikan syarat untuk bahagia. Bahagia sebenarnya tak perlu ada syarat. Bisik dalam hati anda aku pilih untuk bahagia bukan untuk merana dan murung.

Monday, April 30, 2012

Ajarlah mereka tentang tiang agama - Sembahyang!

Rukun Islam 5 Perkara...
1. Mengucap 2 kalimah shahadah
2. Sembahyang 5 waktu sehari semalam
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan Zakat
5. Mengerjakan haji bagi yg berkemampuan.

Ajarlah anak anda sembahyang...Ramai orang Melayu Islam zaman la ni, yg pakai tudung, tutup aurat tapi liat nak sembahyang....sebab ape? adakah diorang tak de kesedaran tentang sembahyang?

aku rasa dan syak, dari kecik...mak dan ayah diorang tak tekankan tentang tiang agama yg satu ni - Sembahyang.

Sembahyang adalah salah satu cara dan channel utk kita tunjukkan yg kita ni hamba tuhan, channel utk kita memohon sesuatu dari tuhan (lepas sembahyang kan kita selalu berdoa....doa tu adalah request hamba kepada tuhan....selalu tuhan makbulkan doa doa dan request tu....cepat atau lambat, ikut jalan yg kita tak sangka sangka....atau dia beri lain...yg lebih baik dari yg kita minta)

Ajarlah anakmu tentang sembahyang, rukun rukun sembahyang, bacaan dalam sembahyang...mula mula memang susah nak ajar sembahyang ni....tapi lama lama dah jadi 'habit', mereka akan biasa, rasa tak sempurna hidup selagi tak tunaikan solat.....rasa berdosa kalau tak sembahyang, hidup tak tenang...

doakan aku agar jadi ayah yg berjaya bentuk anak dengan jalan agama yg aku anuti ni. Agama Islam.

Sunday, April 29, 2012

Betapa Kecilnya Mereka

Speechless....
tak tahu nak cakap apa,
bila terbaca dalam suratkhabar.....ada orang buang anak yg baru dilahirkan...ke dalam tong sampah, dalam sungai dan bagai bagai....

Anak kecil yg baru lahir tu, tak mengerti apa-apa. Apa dosa dia si ibu dan ayah lakukan begitu pada mereka.
lihat gambar....beza tangan mereka dan tangan kita....memang mereka memerlukan kita (si ibu dan ayah) utk memberi perhatian kepada mereka.

Tolong...jangan sia siakan mereka

Saturday, April 28, 2012

Aisyah - 1 bulan sudahhhh

Semalam, 27/4/2012 - Siti Aisyah sudah satu bulan..
hari hari rutin dia -
Tido, nenen, uuk, liau liau lidah, sengih sengih, tengok dunia....

semoga menjadi anak yg solehah, taat perintah Allah dan Rasul, hormat ibu dan ayah, jadi anak yg berguna utk agama dan masyarakat...amin.

Wednesday, April 11, 2012

Yang Mana Satu.....

Hati berbelah bagi, antara ER6, Ninja 250R dan CBR 250R.
apa apa pun, aku layan dulu youtube pasal motor motor ni.....


ER6-F
Ninja 250R

Sekarang ni, aku pakai motor KRZ 150. Usia motor KRZ 150 kesayangan aku ni,dari aku beli tahun 1998-2012, dah berapa tahun tu.....13 tahun (kalau ikut surat beranak dia 1996 - 15 tahun). aku rasa....dah sampai ke akhir life cycle barang buatan manusia kot. Motor EX-5 pun senang senang je potong KRZ aku ni kat highway. Jadi, nak tak nak, aku terpaksa la mencari pengganti untuk 'bekas bini kesayangan' aku ni.

Sebelum Kita Turun Bersih 3.0

Dipetik dari laman Facebook (link kawan saya). So true.Soalkan soalan ini kepada diri kita dahulu.
"Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri.
Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?
Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.
Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.
Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)
Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."
Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.
“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)
Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)
“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)
“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).
Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya
*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?
1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam
Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?"

Wednesday, April 4, 2012

Kisah bibik...

Hari ini,
aku mendengar celoteh pendengar radio Hotfm, mengenai bibik mereka (topik hari ni mengenai bibik).
Ada 1 kisah yg diceritakan, bagaimana baiknya bibik si polan ini - membawa sinar agama kedalam keluarga mereka!. Oh bahagianya....

Anak anak diajar mengaji...
Kalau nakal nakal dia tolong tegurkan...
dah 10 tahun bibik berkhidmat dengan si polan itu.

beruntung sungguh si tuan besar itu.
(dalam hati, bagaimana agaknya layanan si polan itu pada bibiknya....gajinya, faedah2x sebagai pekerja,kemudahan bibik....10 tahun tu...bukan jangka masa yg singkat).

Tahniah pada pemanggil tersebut.

Motivasi Diri # 2


it's the power of belief.
Jika kau katakan kau boleh...kau yakin boleh melakukan.
Jika kau ragu ragu, hidupmu jadi tak menentu...

Friday, March 30, 2012

Motivasi Diri # 1


gambar adalah daripada sumber internet.

Bila dah mula melangkah ke arah itu, jangan berhenti separuh jalan...... teruskan hingga dapat mencapai sesuatu. Sebelum melangkah tu, sediakan plan dan perancangan.... jangan terus melulu saje ok!

sekian,
Shah.

Anak ke-3 saya, Siti Aisyah

Assalamualaikum,
mengumumkan dengan hati yg penuh gembira dan penuh kesyukuran pada Allah,
isteri saya telah selamat melahirkan anak ke-3 kami, Siti Aisyah pada hari Selasa 27/3/2012 jam 945 malam.

Kedua dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat walafiat.
Anak ke-3 ni terpaksa dilahirkan ikut 'tingkap' sebab dia lasak dalam perut mama....sampai terbelit leher,badan dan kaki dengan tali pusat.Rajin bersenam anak ayah yg sorang ni dalam perut mama yeeee.....

Selamat datang anakku...semoga menjadi anak yg solehah, taat pada perintah Allah & Rasul, taat pada ibu dan bapa...dan menjadi manusia berjaya di dunia dan di akhirat....


sekian. 

Sunday, January 29, 2012

Hamba Abdi Zaman Moden

Aku terdetik nak menulis tentang penghamba abdian zaman moden ni, selepas terperasan satu iklan di CNN (iklan antislavery.org).

Ok. Di Malaysia, ramai daripada kita, si suami dan si isteri bekerja, dan terpaksa mengambil pembantu rumah untuk membantu mengurus hal-ehwal rumah. Soalan saya, ketika kita mengambil pembantu rumah itu, pernahkah kita terfikir untuk menjadi seorang majikan yg baik?

Apa kriteria Majikan yg baik bagi anda?
Bagi saya, majikan yg baik -
1. Beritahu pekerja dengan jelas, apa skop kerja dia.
2. Beritahu daripada awal, berapa gaji/upah pekerja tersebut.
3. Beritahu syarat dan terma (yang adil) antara majikan dan pekerja - termasuklah masa bekerja. Dapatkan persetujuan kedua belah pihak.
4. Menjaga kebajikan pekerja. Ini termasuklah sakit pening, cuti, etc etc.
5. Bertimbangrasa - bagi bonus kalau kerja outstanding...dan buat kita sebagai majikan rasa senang hati.

Saya melihat, di Malaysia, RAMAI majikan...(bukan semua, tapi kebanyakannya), menggaji pembantu rumah, dengan aggapan, pembantu rumah ini boleh di arah bekerja 7 hari seminggu, 24 jam sehari...non stop. cukup bulan bayar RMxxx seperti yg dipersetujui. Hello......akak akak, abang abang, ah beng, ah soo.....sebelum anda berbuat begitu, anda kena lah ingat.....pembantu rumah itu juga adalah makhluk yg ber'title' manusia.

Manusia ini, fitrahnya, perlukan rehat. Oh...saya terdengar..ada orang berkata..."eleh, kerja jadi pembantu rumah penat apenye - mesin baju kotor, sidai/angkat jemuran,lipat baju, Kemas rumah, mop lantai,mandikan budak,jaga budak,bagi makan,masak..bla bla bla". OK OK, saya nak cabar orang yg kata tu....cuba la buat utk satu hari saja. lepas tu, jumpa saya dan kata dengan ikhlas...penat atau tidak? Saya dah cuba sendiri, dan penatnya memang bukan kepalang(tu tak termasuk memasak).Nak jadi haru lagi, kalau askar askar kecik tu ada 2-3 orang. Kalau lagi gila...majikan ada 10 orang anak, perghhhh....(tak dapat kubayangkan).

Jadi utk jadi majikan yg baik...salah satu kriterianya, mesti kasi rehat kat bibik anda!
Nak kasi diorang 1 day off dan diorang nak jalan jalan pun boleh. Saya tahu, ramai yg dok hangin, bila kasi bibik jalan sorang, dia cepat terpengaruh dengan rakan rakan senegara, dan tendency utk melarikan diri jadi tinggi. Senang saje caranya tuan tuan & puan puan.... Tuan& Puan kan boleh memilih semasa nak mengambil bibik dulu? Pilihlah yg baik. Layanlah bibik anda itu sebagai manusia. Setiap minggu, buatlah tazkirah bagai....beri kesedaran, beri pendedahan, beritahu mereka bahawa kerja mereka adalah lebih baik dari kerja dikilang...lebih baik daripada dikedai makan. Mereka yg datang dari seberang ini memang akan 'culture shock' bila sampai ke Malaysia. Sama saja seperti anak anak kita bila keluar dari rumah,lepas kongkongan ibu bapa, akan culture shock. Salah bawakan....kecundang lah mereka. Betul bawakannya....menjadilah dia. Jadi, anda sebagai majikan....bimbinglah bibik bibik ni....Insya Allah, mereka juga akan mengenang budi anda. Gaji mereka, masukkan dalam 1 akaun,dan anda simpanlah buku itu. Beri bila diorang nak belanja saja. Mereka pun nak merasa pegang gaji sendiri kan?

Seperti yg saya kata, ramai yg jadi majikan kejam, tapi ramai juga yg saya jumpa, menjadi majikan yg sangat baik. Bibik dah jadi sebahagian daripada famili mereka....sungguh harmoni. Belajarlah daripada majikan majikan yg baik ini.....

Jadilah majikan yg baik ye!.

Wednesday, January 11, 2012

Project Engineer | Project Manager

What is Project Engineer & What do they do?

Answer (copied from internet)
In simple terms, a Project Engineer usually works under the Project Manager. The PE is more involved with the technicalities of the project (such as materials, assigning tasks to workers, etc). The PM needs to be sure that the project is completed on schedule and within the budget and corresponds with the client. On smaller projects the PE and PM is the same person. In more simple terms, the Project Engineer is normally at the job site manging the workers, and the Project Manager is normally in the office managing the paper work.

corporate h.r. definition - Responsible for overseeing all engineering aspects of the firm's smaller to mid-size projects, or portions of larger projects. Usually involves the planning and scheduling of the work of engineers and their support personnel. Has a general to broad knowledge of many aspects of engineering. Also, involves the purchasing, start-up and construction of projects that are low to moderate in complexity. Project budget accountability.

In reality they assist a project manager with any/all aspects of design. The project manager is ultimately responsible for the quality of the work done by the project engineer.