Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak
perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"
Kami amat
bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang
tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila
berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di
sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan
beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku
berbaring di katil mendengar muzik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan
dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui
bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap
agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang
bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmatakumencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan
melutut dikatil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah
bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang
rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu
suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu
tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun
sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati
hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan
senang-senang mendapat
pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita
tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan
sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita
kepada kerja, melebihi
keluarga kita,
adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah
anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE
(Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
No comments:
Post a Comment