Cari Berita Menarik Di sini!

Saturday, November 7, 2009

Setenang Wajah Wanita Itu

Oleh:HambaAllah

Kakak ada masalah tak dalam hidup?” Tanya seorang ustaz yang biasa berbicara dengan saya.Saya jawab, “Manalah ada manusia yang tak punya masalah.”“Agaknya orang pandang saya macam ada masalah tak?” Tanya beliau lagi. Beliau yang saya kenali suka menolong orang sering menerima dugaan.Belum sempat posting ini saya masukkan ke dalam blog, beliau diduga lagi dengan kematian anak.
Soalan yang aneh, tetapi ia membawa kepada suatu perbualan panjang tentang bagaimana manusia menghadapi dugaan dengan cara yang berbagai2. Masalah ustaz berkenaan terus disimpannya tanpa diceritakan.

Pada penghujung perbualan rakan saya itu menceritakan sebuah kisah zaman dahulu tentang kesabaran seorang wanita. Saya kongsikan di sini ceritanya yang mungkin boleh menjadi panduan kepada kita.
Beginilah cerita yang diceritakan pada saya….. Sorang wanita sedang tawaf mengelilingi kaabah dengan penuh khusyuk. Wajahnya yang tenang seolah2 tidak ada sekelumit pun masalah dalam hidupnya.

“Tidak pernah aku melihat wajah setenang itu.” Kata Abdullah Al-Mabruk.
Dalam kesempatan yang ada selepas wanita itu menyelesaikan tawafnya, Al-Mabruk bertanya, “Wajahmu sangat tenang. Tidak pernah saya melihat wajah setenang wajah puan. Apakah rahsiamu wahai puan? Apakah kamu tidak pernah dilanda masalah?”

“Wahai tuan, ujian Allah pada ku lebih besar dari sesiapapun yang ada di sini. Dahulu aku punya 3 orang anak yang masih kecil. Suatu hari suamiku menyembelih seekor kambing untuk makanan kami sekeluarga. Melihat ayahnya menyembelih kambing, anak sulungku mengambil pisau dan meniru perbuatan ayahnya lalu menyembelih adiknya. Anakku mati ditangan abangnya sendiri. Anak ketigaku ketakutan lalu berlari menyelamatkan diri. Di jatuh ke gaung dan terus mati.

Melihat adiknya mati selepas disembelihnya, anak pertama ku lari ke hutan kerana takut dimarahi. Suamiku cuba mencari anakku itu untuk dibawa pulang. Tetapi sehingga sekarang anak dan suamiku terus hilang.”
“Sekarang aku tinggal sebatang kara. Apalagi yang harus aku lakukan selain menerima ujian ini dengan penuh redha.”
Semoga cerita ini menjadi motivasi untuk kita meneruskan hidup dalam apa jua keadaan. Kepada ustaz berkenaan sekiranya membaca posting ini, saya doakan ustaz tetap tenang dan terus bersabar dan terus menolong orang

No comments:

Post a Comment