Cari Berita Menarik Di sini!

Wednesday, July 28, 2010

Diskaun 7% Bumiputera.

Malam ni, aku entah macam mana terbukak TV1.
Terdengar pasal Tony Pua mencadangkan dihapuskan kuota bumiputera dalam pembelian rumah/pusat perniagaan (berharga RM500,000 ke atas).

Petikan berita daripada Utusang:
Mansuh diskaun hartanah bumiputera

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 26 Julai - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.

Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan.

''Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.

''Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan nilai hartanah yang stabil ia juga menjadikan pasaran lebih adil.

Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan hartanah itu melibatkan penglibatan kerajaan negeri, pemansuhan diskaun memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.

Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkannya tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.

''Diskaun sebanyak tujuh peratus itu membolehkan pihak tertentu khususnya orang tengah mendapatkan hartanah dengan harga rendah kemudian dijual pada harga lebih tinggi,'' katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula pemberian tanah kepada anak syarikatnya yang dilihat tidak membantu dalam pembangunan hartanah di Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri didapati mempunyai kira-kira 50 hingga 80 anak syarikat yang kesemuanya terlibat dengan pembangunan hartanah di negeri ini.

''Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri memberi subsidi kepada banyak anak syarikat untuk mendapatkan tanah yang murah bagi menjalankan pembangunan berkenaan.

''Keadaan ini tidak akan menjadikan sektor hartanah di Selangor kompetitif," katanya.

Komen kawan:
1. Orang orang bukan bumiputera ni aku tak paham, apsal la dengki sangat ngan orang bumiputera. Lu punya nasi lu makan, wa punya nasi wa makan.... takkan nak kena karate kot.

2. Kuota bumiputera ni memang wayang je sbenarnye. Realitinya, banyak projek projek perumahan yg dibina..dan bila ada pembeli bumiputera nak beli lot lot yg dikhaskan utk bumiputera, pemaju claim dah habis dijual (walhal sebenarnya..tak terjual pun. Diorang nak mohon daripada gomen supaya lot bumiputera tu dibuka semula kepada bukan bumiputera selepas 6-7 bulan....). Lagi masyuk...tak payah kasi diskaun. Jadi, aku tak heran....memang dah lama orang orang bumiputra ni kena tibai diam diam...tak dapat diskaun. Pemimpin2x ni je yg entah entah nampak ataupun tidak

3. Harga rumah rumah dibandar2x sekarang pun dah nak cecah 500k (kot kot skarang dah lebih). Harga kedai kedai / pusat niaga lagi le...dah memang lebih punye. Jadi....jangan terperangkap le dengan cadangan ni. Mula mula 500k, lama lama...sampai rumah yg biasa biasa ni pun dia nak mintak cantas.....orang orang bumip yg tak berapa mampu tu nak duduk mana nanti? takkan le selama lama nak menyewa rumah? mesti nak beli jugak barang sebuah kan...

4. Nak hapuskan diskaun? boleh.....kuota rumah utk dijual pada bumip tu gomen tak buleh bukak kepada non bumi.30% M, 30% C, 30% I, 10% lain lain. sampai bila bila. Tak laku pun lantak le tak laku. Bila tak laku, diorang kena buat jualan Murah. Jualan Murah = diskaun. We re square now. Amacam...berani?? Kalau tak berani, dok diam diam

5. Nak hapuskan diskaun? boleh.....kami nak konsep 'buat sampai siap rumah , baru jual - (BINA & JUAL la senang kata)' di laksanakan. Kami tak mahu pemaju pemaju ni buat kerja separuh jalan aje. Kalau takde modal, toksah nak jadi pemaju....nak jadikan pembeli sebagai sandaran plak...mana buleh itu macam aaa.....

Ada berani??.. REHHDA mesti bangkang habis habisan punye ni nanti....Pengurusi & AJK Rehhda ni sape....sila la google....Kalau pemimpin kita ni tak terikat tangan kaki (free man), dah lama BINA & JUAL ni dilaksanakan....kata Rakyat didahulukan........ni ape cer??

p/s - korang tak perasan ke kalau masuk TV, kes rumah terbengkalai.....yg jadi mangsa...yg merayu rayu...ramainya orang bumiputera. Pemaju pulak....orang mata sepet ni....
jadi......hati hati le.....banyak cadangan cadangan diorang ni memang berpaksikan keuntungan sebelah pihak saja....tanpa memikirkan pihak lain. Apa yg kita mahu di Malaysia ni, WIN WIN SITUATION.

p/s 2 - Tak semua orang mata sepet ni perangai dia cam badak sumbu....ada yg baik...tapi bak kata orang....ramainye yg begitu....tak habis habis bumip kena tipu....sedar la weh

p/s 3 - Kalau korang nak naik jadi pemimpin, nak menang pilihanraya, korang jangan amik duit duit tajaan dari cukong cukong ni....bila korang naik, diorang takde 'point' nak tekan korang. Selamat Jadi PM yg free dari segala tali tali boneka dibelakang nu.......

Be A Free Man - Hanya takut pada Allah, Tuhan Sekelian Alam.
Adios.....

Tuesday, July 27, 2010

"Can I Help You"


"Can I Help You", rancangan terbaru di Era. Setiap pagi jam 8.50. Kelolaan penyampai penyampai riuh pagi Era. Ulangan siaran - petang, malam (entah...ikut suka depa le ulang ulang).

Pendapat aku:
aku suka dengar. aku kasi markah 10/10 utk idea ni. Baik juga belajar Bahasa sambil gelak gelak ni. Dan orang yg kena panggilan ni pun belajar jugak sebenarnya. Walaupun diorang cakap tunggang langgang bahasa Inggeris ni, yg aku nampak...diorang dapat paham soalan yg diajukan....dan tak segan nak bercakap. Ini baik pada aku. Berani mencuba, lama lama jadi bagus la....Keep it up Malaysian.

Pak Nil....cadangan aku..kita ni kan 1Malaysia...bukannye Malaysia ni ada orang Melayu aje. Aku suka kalau korang calling calling bangsa lain juga....Messstiii lagi meriah...tak gitu???

Sunday, July 25, 2010

Pendidikan Seks di Sekolah?

Pendidikan seks disekolah:

Hari ni,dalam NST edisi hari ahad yg aku slalu beli (sbab nak baca CBT je).... dipaparkan mengenai cerita budak jalanan di KL dan dibahagian tengah, ada cerita pasal perlunya pendidikan seks dilaksanakan disekolah.

Pendidikan seks tu akan dibahagikan kepada 3 modul; modul 1- mengajar budak budak sekolah mengenai tubuh badan, sistem reproduksi...bla bla. Modul 2 - mengajar utk menolak ajakan seks dari awek/pakwe. Modul 3 - safe seks.

hmmmm...pendapat peribadi aku (biasa la kan...bila hati aku nak berkata kata....)
1. Pelajaran ni jadi baik kalauuuuu diajar dengan jalan yg betul.

2. Banyak sangat berlaku kes kes zina sekarang....dah jadi macam "suka sama suka, boleh on belakang kerete je....". Kalau setakat ajar dalam kelas je....nanti budak budak ni pegi buat praktikal sesama sendiri dalam tandas sekolah pulak. Lagi haruuuu...

3. Perlunya mekanisma utk menghukum penzina penzina nih....cara yg ada sekarang memang dah terbukti 100% tak berkesan langsung. Makin dikuatkuasa, makin berleluasa makin banyak kes kes buang anak yg berlaku, makin banyak zina, makin banyak sekedudukan...

Dah tu, apa mekanisma nak guna? (kalau la soalan ni pak pak menteri 'terlampau bijak' kita ni tanya)
jawapan aku:
Pak/Mak menteri yg bijak bistari....bukan ke tuhan dah tunjuk cara camner nak mengatasi masalah zina ni? Apa pak/mak menteri tak baca tafsir Quran ke...ni ringkas je la ye..Kalau penzina, kena hukum sebat pak/mak...kalau yg berzina tu dah pernah kawin...kena rejam sampai mati...

soklan lagi: Kalau buat macam tu nanti aktivis hak asasi manusia cakap apa pulak?
jawapan: aktivis hak asasi tu lagi suka ke tengok tiap tiap hari ada baby dalam tong sampah? tak suka kan....(mesti punye tak suka tu). Kalau tak suka, diam saja sudah...biar kami laksanakan hukum dan jalan yg tuhan dah anjurkan ni. Kita lihat nanti...orang nak buat zina pun takut....kalau kita tayang live lagi kat tv1,2,3 hukuman sebat ke atas penzina ni dijalankan.....
mesti drastik punya penurunan kes kes macam ni.

Bila turun dengan drastik kes kes zina dan skedudukan ni, automatik turun kes buang anak,automatik kurang kes anak lari dari rumah, automatik jadi kurang rumah rumah persundalan yg bersepah kat Malaysia sekarang ni.

Ada berani ke Pak/Mak menteri? Jimat banyak wooooo kalau buat ikut hukum tuhan ni.....banyak boleh jimat..duit mahkamah(kurang kes zina kes khalwat, kes buang anak,kes mengandung luar nikah etc) , duit spital (yg buat post mortem bayi mati, yg bersalin luar nikah di spital kerajaan etc), duit penjara (tanggung makan minum berak penjenayah, bawak pergi balik mahkamah)...ahhh memang banyak lah boleh 'save'...boleh buat subsidi utk rakyat lagi tuuuu....

Aku amat yakin orang bukan islam pun mesti sokong punye mende ni...baik utk depa jugak. (kita bukan nak buat kat non muslim. Special hukuman ni utk orang Islam aje...nanti kalau non muslim dah nampak kesan baik nya kat umat islam....automatik dia agree punye....)


Saturday, July 24, 2010

Bila Penat

Petang petang ke Kedai Cik Leha
pekena segelas kopi halia
bila penat datang menyapa
moh la kita rehat seketika

apa guna wang berjuta
kalau dihati ikhlas tiada
bila kualiti dah takde dalam kerja
bos, ko tak tau kasi aku cuti ka

Kadang-kadang aku terfikir,
aku ni kesana kesini kerja kerja kerja kerja....lain takde.
nak pergi bercuti cuti Malaysia....
asyik asyik Kampung Bahagia - KKB, Kg Bahagia-KKB
(errr nama kampung bini aku tu KKB juga asalnya...Kampung Kubang Busuk)
hmmmm bile le aku nak berjalan jalan makan angin nih....
dari tahun lepas tertunda.
bini aku pun....dah start komplen....janji aku yg dulu tu tak tertunai tunai laie (nak bawak dia naik kapal terbang)...
Enrich point aku pun banyak nak expired tahun ni...

ahhhhh aku tak kira....tahun ni, abis je projek TBCP ni...aku nak amik cuti 10 hari straight....jalan jalan.....off henpon utk opis(tapi mak ayah mesti angkat punye kalau diorang call).....

tapi......
nak pergi mana ek.....
1. Lokasi
2. Belanja
3. Aktiviti disana

haruskah aku mengambil jalan senang....pergi dengan pakej tourist aje...abis cerita...
hehe.....
kasi le cadangan ye...

Friday, July 23, 2010

CPI - consumer price index


Kenaikan yang ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+ 2.0 peratus)...

Antara subkumpulan makanan di rumah yang mengalami kenaikan signifikan pada tempoh ini ialah gula, jem, madu, coklat dan manisan (+7.2 peratus ), sayur-sayuran (+5.6 peratus), daging (+ 2.4 peratus), buah-buahan (+ 1.6 peratus), ikan dan makanan laut (+ 1.4 peratus) dan beras, roti dan bijirin lain (+0.8 peratus).

bende ape CPI ni. Sape yg dok kira CPI ni?
Jawapan : Consumer Price Index ni adalah indeks pengukur harga barangan pengguna (barang yg kita guna sehari hari). Sape yg kira -> statistik ni dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan.(ye ke...entah betul entah idak)

Apa signifikan CPI ni dalam hidup kita sehari hari ni?
Jawapan: meningkat nilai CPI = meningkatnya harga barang yg perlu pengguna bayar utk mendapatkannya. Contoh, dulu beli air tin RM1 setin, skarang dah 1.80...jadi peningkatan 80sen atau dalam bentuk peratus, naik 80%.

Jadi...makin ramai le rakyat Malaysia yg kurang wang dalam poket. Sebab nak kena keluar duit lebih utk beli bahan makanan......

Camne nak turunkan CPI ni? korang ada idea ? (aku tak pernah nampak gi CPI ni merosot....makin meningkat setiap tahun ada le....) kalau korang ada idea....kemukakan disini




Wednesday, July 21, 2010

Kawasan Perumahan Baru di Rawang

Di Rawang sekarang banyak kawasan perumahan baru yg dah dibina.
Yang aku sempat usha masa tahun 2008 dulu - Taman Desa Mas dan Saujana Rawang.

Dulu harga rumah di Desa Mas masa belum siap - antara 120K- 160K. Sekarang minimum je dah 180K

Di Saujana Rawang - dulu minimum 157K - sekarang dah 211K
fuhh memang cepat betul harga rumah ni naik. Sape yg beli rumah Desa Mas tu dulu memang untung ler. Dah la bukaan luas, rumah pun lawa..... Saujana Rawang pun sama (walaupun kureng sikit la pada mata aku ni)

Nanti aku upload gambar rumah rumah desa mas dan saujana Rawang tu....

Kenduri Kawen Adik Bongsu



Tarikh Kenduri : Sabtu lepas (dah sudah dah)

Yang Best:
1. Adik aku dah kawen
2. Aku n Famili dapat saudara yg baru (ye la.....dah ada ipar yg baru kann)
3. Kenduri yg ramai orang banget
4. Banyak yg best sampai aku pun tak ingat (oh ye...dua dua pengantin ni hafiz, alhamdulillah...boleh la korang bimbing abang korang nih)

Yg Tak Best:
1. Pencuri dalam kenduri.....(duit n purse mak aku lesap....gone RM400. Duit wife aku gone RM300)

Moral: Kunci bilik korang bila ada kenduri. Diorang ni memang pantas betul bila buat kerja kerja tak berfaedah cam ni....kat akhirat nanti tau le nasib korang......Tuhan tu Maha Adil....

Ape daaaa....kenduri dah dijemput...makan sudah,minum sudah, barkat pun dah ambik....abis ngn purse tuan rumah pun ko copet....
kalau ko baca entry ni....ko pulangkan la balik ye....mak aku tu pemaaf orangnye....cuma ko tahan je ar kena khutbah dia nanti.....

Tuesday, July 20, 2010

Bila cerita nak berpadu ni timbul balik

Aku rasa nak tergelak je bila membaca suratkhabar berita heran, utusang....cerita pasal perpaduan PAS n UMNO...

dulu dulu.....diceraikan
skarang dah gila talak balik....
hahahaha
dulu cerai talak tiga....
la ni sibuk cari cina buta nak kasik buleh nikah balik.....
wakakaka

aduih....pak pak menteri oi....
aku tau la korang ni semua dah lama dok atas, dan dah nampak tanda tanda nak terjunam,
tapi toksah la menampakkan sangat 'cerdik' tahap komolunimbus tu....
buat ulasan tah hape hape....
saranan pelik pelik.....

tapi...tak salah nak mencuba kan....
orang tu dah bagi syarat (mudah je pun bukan susah sangat.....terima Islam yg sebenar benarnye aje)
ada berani???
ke takut bila terima islam yg sebenar benar, maka terbongkar segala mungkar dibuat dahulu kala?
sendiri la mau fikir...sapa buat salah dia la takut......ya ampunnnnnnn

Monday, July 19, 2010

Mencecer mencecer...

ooooo oooooo
mencecer mencecer mencecer...
ooooo ooooo
mencecer mencecer mencecer...

bujag lapok tak ada rokok
naik basikal jalan bertiga
hai pagi isnin ayam dah kokok
marilah kita pergi bekerja

oooooo
mencecer mencecer mencecer..

makcik limah bangun pagi,
pagi pagi gosok gigi
sblum gi kerja jangan lupa mandi
kalau taknak rupa macam badak bangkit kubang padi.

oooo
mencecer mencecer mencecer

(sila la alunkan lagu ni ikut skill cerita bujang lapok - P Ramlee)

Sunday, July 18, 2010

Seloka Hari Minggu

Hari ini hari Minggu,
hari ini warga nepal warga urdu berpusu pusu,
turun bas dekat pudu,
menghala petaling street mencari sesuatu.

Hari ni hari Minggu,
warga kerja dapat cuti 1 hari dalam seminggu.
untuk tolong bini bancuh anak punya susu,
dodoi dodoi si anak bongsu.

Hari ni hari Minggu,
orang cuti semua membisu,
tiada sms, tiada panggilan kerja di hari minggu.
tapi aku???

Hari ni hari minggu,
kala orang semua membisu...
aku telah kesitu...
Demi negara aku keraskan hatiku....
Bekerja di hari minggu utk 6 turutan minggu!

yeargh.....i love my life....full of uncertainties

Saturday, July 17, 2010

Subsidi Kena Potong lagi!

Nama kenaikan harga barangan keperluan dah diganti dengan penyelarasan subsidi
Ron 95,Ron 97, Diesel - naik 5 sen
Gula - naik 25 sen
Gas - naik jugak

Lepas buat pengumuman tu,
1. Rakyat pun berbondong bondong penuhkan tangki minyak kereta/motor utk dapatkan rega RM1.80/liter sblum 12tgh malam....(macam la buleh tahan setahun setangki penuh tu...last last kena gak isi RM1.85/liter).

2. Besoknya, di dada dada suratkhabar utama Malaysia, Utusang,Hairang, Star, NSTeh.....semua dok cerita pasal subsidi.....utk kebaikan negara lah, utk kesihatan rakyat lah....apa lah...semua wayangggg

3. Lepas tu reporter mintak pendapat pendapat dari persatuan pengusaha lori, tokey roti canai, tokei kedai air teh tarik, kedai mamak dan yg seangkatan dengannya.... Semua dok cakap...akan study dulu kenaikan harga barang barang ni sbelum buat adjustment dalam harga jualan mereka (cit pooodaahhhh memang naik punya....ini kesan teori domino maaaa....lu tak payah kasi ayat berlapik...sakit mata wa membacanya)

4. Lepas tu takde la plak dalam suratkhabar dilaporkan rakyat keluar ke jalan jalan raya bersorak gembira bilamana mendengar berita 'gembira' kenaikan harga barang nih.....

Pandangan peribadi:
1. Famili aku tak kuat makan gula dari dulu dulu lagi. Sampai skarang pun tak kuat gula. Skampit 1kg tu buleh tahan 2 bulan +/-. Jadi aku tak de la rasa sangat gula tu naik ke tidak rega nya.

2. Aku pun takde la suka sangat lepak kedai mamak pekena teh tarik etc. Aku beli roti canai pun skali skala je (tokey kedai roti canai sah tak leh jadi kaya kalau smua customer dia macam aku...berjanggut nak tunggu beli next roti dia). Jadi kalau diorang tokey kedai mamak ni nak naik rega teh tarik dia sampai RM100/ cawan pun....aku memang tak lepak kedai mamak...jadi aku tak terasa. Lantak pi la. Korang yg slalu lepak mamak, lepak mapley tu yg kena berubah...sayangi sikit wang di poket tu.Korang pikir macam ni sudah...1kg gula naik 20sen je..1kg gula buleh buat berapa puluh cawan teh, kopi bagai....kalau secawan tu pun depa naikkan 20sen ikut rega gula....agak agak, baik dan tak berdosa tak korang kalau korang karate otak owner kedai makanan nih.....korang pikir sendiri. BOIKOT. masak kat rumah....air tangan bini sendiri...kalau bujang lagi...pakat ngn aweks korang or kawan serumah korang lewww....

3. Minyak naik...semua barang keperluan lain akan turut naik...yg ni memang BIG PROBLEM. bukan utk aku je, tapi utk semuaaaa rakyat Malaysia. Nak bergerak ke sana sini, nak kena pam minyak dalam tangki keta motor korang. Sama gak la ngn penghantar beras penghantar ayam etc. Tapi yg aku heran......kalau hitung congak, naik 5sen/liter. Korang kalau guna 2o liter minyak utk drive dari JB-KL...tambahan kos baru je RM1. Yg diorang ni SEMUAAAAA ambik kesempatan....semua barang yg dia hantar tu naik 20-30sen....dah kalau dalam lori tu ada 1000 item (biasa memang lebey...mana ada lori angkat 1000ekor ayam satu satu masa....slagi tak roboh lori tu dia angkut...tak caya, korang tengok sendiri atas jalan nu) 1000 x 30sen...dah RM300 dia naikkan rega barang....

sape yg rugi?
kita la PENGGUNA.

mana nak cari penjual yg tak ambil kesempatan atas perubahan kecik macam ni?
Mana nak jumpa bro....selagi dalam sistem perniagaan di Malaysia ni ada istilah monopoli dari kaum tak mandi mata sepet ni.....
nak atasi masalah ni? - buka sistem ekonomi Malaysia, No Rasuah. Dia try sogok, gari dia...bawak pegi mahkamah, potong anu dia....haha.....jangan main main....

Masalah skarang ni....diorang survive sbab penjawat awam ni masih main 'tumbuk rusuk'. Kalau ikut jalan straight....diorang ni samaaa je ngn orang orang Islam. Sape rajin sapa berjaya....tapi kalau ada main konar konar.....susah la.....Jemm

Ramainya pencuri...

Nak kata apa...
di Johor, tibai pasir...bawak lari singapore, Jual.
di Selangor, tibai pasir, bawak lari mana pun tatau, Jual.
di Pahang,Sarawak,Sabah,Kelantan,Terengganu,tibai balak, Jual.
di Cameron Highland, tibai tanah rizab jalan...pastu marah bila orang nak ambil tindakan.
semua kes kes ni dah masuk TV3, dah masuk aduan rakyat, dah masuk 999 dan macam macam rancangan bongkar lagi...jadi mende mende ni adalah fakta...tadak auta auta dah...

sebenarnya banyak lagi kes kes tibai barang orang tanpa kebenaran ni (MENCURI la senang kata)....
cara membenteras mende mende ni dari berlaku (pada pandangan peribadi aku le)

1. Orang awam/tempatan kena peka dengan persekitaran mereka. Apa apa projek yg nak dijalankan...korang siasat (melalui JKKK ke apa ke...)adakah projek tu ada permit ke takde ke. Kalau diorang tak dapat tunjuk....haaa REPOT ke POLIS atau pihak pihak berwajib supaya tindakan segera dapat diambil

2. Kalau pihak berwajib tak ambil tindakan (sbab sudah kaw tim baikkk punye)...sbagai penduduk tempat tu...jangan berdiam diri. Pertahankan kawasan anda....ini tempat anda. Ambil tindakan sewajarnya.Blok jalan masuk ke apa ke..janji projek mencuri ni tergendala....

3. Kalau diorang bawak samseng? aduh.....abang abang kakak kakak....samseng ni dia berani bila dia ramai....tapi kalau samseng datang nak pukul 1 kampung yg ada 400-500 orang....aku ingat kalau korang pukul samseng tu balik.....lari cawat ekor tobat takmau jadi samseng dah pastu....(tu pun kalau nasib baik tak mati la kena hentam ngn senduk n sudip makcik lemah....)

4. Ni ingatan utk penjawat awam la....korang ni takkan la tak nampak apa 'after effect' kalau korang dapat benteras kes kes curi ni....pendapatan negara bertambah...hasil bertambah, no more defisit.. makin banyak la bonus korang.....makin tinggi le peratus kenaikan gaji.....aduhhhhhh takkan itu pun tak nampak.

5. Penjawat awam...kalau korang tahu ada atara rakan rakan korang yg rasuah...sila lempang dia depan orang ramai (beramai ramai lempang dia lagi bagus). Lempang dan sebut..."Kami tak suka orang yg ambil rasuah macam kamu". Malukan dia. Memang layak dia dimalukan begitu. Mereka mereka ni memang pengkhianat negara....

6. Pencuri pencuri yg didapati bersalah ni...jangan hukum penjara dan denda RM. memang diorang buleh bayar....haaa....hukum potong tangan.....baru dia tau...langit tinggi rendah. curi hak rakyat,bukan 1-2 orang suffer....28juta orang beb suffered.....ko tengok la barang semua naik rega....kalau ko tak mencuri,gomen pun banyak duit utk bagi subsidi kat rakyat....

nanti sambung lagi....kita bincang bincang cara cara menangani masalah pencuri penyamun tarbus ni. wa memang hangin ngn orang macam ni...(tapi maaf cakap...ni smua ada komplot di pihak atasan ni...curi makan puluh ratus juta nih.....)

Wednesday, July 14, 2010

The Great Goals.

Himpunan gol gol menarik utk kita ulang, ulang dan ulang...(yg pelik tu...kaki bola tak jemu jemu tengok termasuk la aku ni hah hahaha)

Gangster Tamil vs Hero Tamil

Kat Malaysia, gengster gengster ni macam gengster gengster ni lah....
ramai ramai berani...cuba 1 to 1.....
cawat kote wa cakap lu....
enjoy ini klip....memang sama je perangai gengster ni....becawat kote..

Tuesday, July 13, 2010

En Sivaji @ Padayappa

Aku ni bukan le mamat kaki tengok hindustan (amat kontra skali dengan wife aku yg suka hindustan).

Tapi kalau mamat ni blakon filem hindi...haha....aku memang tak berganjak dari depan tv. sbabnye, cerita dia...ammahhh....memang kelakar tahap sampai keluar air mata. Serius...tak de chong or angkat bakul....

Try le usha kat Youtube...cari mamat ni, Rajnikandh nama dia...
Kira tahap dia lagi tinggi dari Shah Rukh Khan le (ye ke ??)

Kenapa perlu bersedih & menangis?

"kita gembira tepuk tangan,plap plap
kalau kita gembira hentak kaki, plap plap
.....
kalau kita gembira beginilah caranya...kalau kita gembira tepuk semua...plap plap plap"

itu kalau kita gembira...
kalau kita sedih ?

Entri ni bukan le nak kondem kalau orang sedih je mesti nak nangis..(biasa budak budak je yg buat cam tu sbab nak tarik perhatian...minta orang pujuk)

Aku cuma nak luah rasa sedih aku kat dalam blog ni je....salah sorang yg aku sayang terpaksa dimasukkan ke spital....sakit kuat.
dah tu, dia boleh tak bagitau kat kitorang...tau tau je skarang tengah recovery.

aku amat terhutang budi dengan insan ini. walaupun takkan terbalas jasa dia, tapi sekurang kurangnya sebagai seorang insan yg dah jadi 'anak' dia...aku nak cuba jadi anak yg berbudi. benarkan aku, benarkan kami....

Monday, July 12, 2010

Kapal Selam yg tak menyelam

oh...benarkah Kapai Slam Tnku Abdul Rahman tu tak menyelam nyelam sampai ke la ni lepas balik dari Perancis....
Cis betullah....ape da punye teknologi...
adakah kita yg tertipu dek mat saleh....
atau kita yg merelakan diri ditipu dengan teknologi yg konon konon canggih?

Inilah contoh contoh bahana RASUAH...bila sogokan diterima....kelulusan utk sesuatu penilaian dengan mudah diberi tanpa usul periksa yg cukup teliti...
apa nak jadi dengan Warga Malaysia yg memegang jawatan ni.....mata duitan ke apa...kalau nak kaya, usaha lah..meniagalah...bukan amik rasuah.

Rasuah ni bukan buat kita makin senang...makin menyusahkan lagi ada....

p/s - Laut kat keliling Malaysia ni tak le dalam macam laut pasifik / atlantik nu.....

Bila bosan....

1. Kerja sudah,
2. Balik ke rumah sudah
3. kemas rumah sudah...
4. Tuntutan agama sudah...
5. Anak & Isteri tiada dirumah...
6. Piala Dunia pun dah tamat....
7. Nak baca kontrak malas....

jadi, aku pun mengupdate blog ni...menukar wajah dia....nak kasi lagi kemas dan supaya aku semakin rajin menulis.....

Orang kata, menulis ni menajamkan minda (ikut apa yg kita tulis lah...). Kalau mendengar tu...input..menulis pulak kira macam output lah....

Kawan Kawan sekolah lama aku pun sekarang ni dah rajin menulis blog (banyak masa korang ek walaupun bergelar doktor, enginyor dan suri rumah pun ada).

OK OK.... apa aku nak letak lepas ni kat blog nih....hmmmm link blog kawan kawan aku kot....sabar ye....aku tengah fikir cara terbaik utk sambung sambung link tu...kot aku malas, aku tempek je lah macam biasa....
ok caw cin cau....

Friday, July 9, 2010

Adik Aku Dah Nak Kawen...

Sabtu ni,
adik bongsu aku dah nak menikah
Tahniah adik...

still remember this sentence "sebab aku kan abang"...2 tahun lepas. hehe..
bukan niat aku menghalang...tapi masanye tidak sesuai.
it's all about timing. that's all.

See where you re compared to you 2 years ago. It's a big difference. You're more matured now(i hope).
Selamat berkahwin dan selamat menjadi suami yg soleh. Amin.

Kawan Kawan sepermainan...jemput datang kenduri kawen adik aku, sabtu minggu depan (dari tarikh post ni lah)...mana lagi..KKB le

Thursday, July 8, 2010

Cerita cerita ekonomi....are we economoney?

Diambil dari tukartiub.blogspot.com
SATU PANDANGAN TENTANG EKONOMI
MENEMBAK MATI SI PEMBAWA BERITA

Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang tidak lama lagi negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur. Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin. Susuk ini seorang birokrat. Justeru apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan huh hah huh hah dari seorang politikus.

Tidak ada perhitungan politik dalam kenyataan Idris Jala. Apa yang di luahkan adalah hasil dari rumusan pembacaan angka dan fakta. Angka dan fakta yang dianalisa untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini. Pandangan Idris Jala ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik ketua Umno bahagian Bacok atau berkait dengan cita-cita bekas Mufti Perlis menghantar kuda-kudanya menyelam ke dalam Umno.

Kenyataan Idris Jala ini telah disangkal. Diperlekeh. Dipertikai. Ramai diantara kita kurang sedar bahawa kebenaran jika kita tidak menyedarinya tidak bermakna kebenaran itu tidak wujud. Kebenaran itu tetap wujud tanpa kita sedar atu tidak.

Banyak warga terlupa kenyataan Najib Razak ketika bahan bakar minyak petrol hendak dinaikkan empat tahun dahulu. Najib telah mengajukan agar kita mengubah gaya hidup. Tapi yang amat penting dalam kenyataan ini ialah negara Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pada tahun 2016. Ini bererti ‘Puncak Minyak – Peak Oil’ telah melintasi Malaysia.

Saya telah menulis banyak tentang ‘ Puncak Minyak’ dan Hubbert Peak Oil Theory. Saya telah meneliti fakta, angka dan kenyataan dari orang-orang penting yang bersangkutan dengan minyak. Orang-orang ini juga mengendalikan risikan pertahanan, kelengkapan ketenteraan yang berkait rapat dengan pengeluaran bahan bakar petrol. Semua yang saya baca dan fakta yang ditemui telah meyakinkan saya bahawa dunia telah melintasi puncak minyak.

Melintasi puncak minyak bermakna bekalan bahan bakar minyak semakin susut dan berkurangan. Jumlah bekalan minyak ini kian susut hari demi hari. Satu demi satu negara pengeluar dan pengekspot minyak kini berubah menjadi negara pengimpot minyak. Pada tahun 2016 malah mungkin lebih awal lagi – kita juga akan menjadi negara pengimpot minyak.

Apa sangkut paut minyak, Hubbert Peak Oil Theory atau risikan perang dengan kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan jatuh bangkrap? Jawabnya: semua ini sangkut bersangkut dan kait mengait.

Memahami politik dan ekonomi sebenarnya adalah keupayaan kita untuk menyambungkait - fakta ekonomi, fakta politik, kenyataan resmi, babak politik dan ucapan ucapan dari ahli politik dan dari pakar ekonomi. Semua ini bukan fakta atau angka-angka rahsia. Kita boleh membacanya dan meneliti data-data dari media arus perdana. Memang betul kalau kita kurang arif maka kita akan melihat fakta ekonomi, kenyataan politik dan ucapan politikus ini terpisah-pisah, bersimpang siur tidak tentu hala. Sebenarnya tidak.

Apa yang wajib kita lakukan ialah menyambungkan semua ini - menyusun dan mengaturnya secara linear untuk menjadi satu cerita. Dalam keilmuan moden - naratif /cerita ini dipanggil political ekonomi - satu cabang ilmu dimana politik dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan. Malah politik itu dilihat sebagai jurumudi untuk ekonomi.

Dari pengamatan dan pembacaan – saya cukup yakin bahawa ekonomi kapitalis hari ini sedang mengalami satu krisis yang paling tenat. Bila saya katakan krisis ekonomi kapitalis ini yang menjadi jurutunjuknya ialah ekonomi Amerika Syarikat. Krisis yang melanda ekonomi Amerika Syarikat hari ini lebih tenat dari krisis di zaman ‘Depression’ atau zaman meleset tahun 1929 dahulu.

Semenjak September 2008 dahulu sistem ekonomi kapitalis telah diserang oleh satu demi satu permasaalahan. Bermula dengan bocornya dana cagaran – apabila si pehutang pembeli rumah tidak lagi sanggup membayar. Rumah-rumah dirampas oleh bank. Rumah-rumah yang dimiliki oleh bank ini bertimbun-timbun sehingga memufliskan bank. Ini dipanggil fenemona ‘sub-prime loans’.

Sesudah bank jatuh bankrap, diikuti pula dengan tertutupnya lembaga dana gergasi – Goldman Sachs - yang selama ini menjalar dan menelan keuntungan berbilion dollar. Kedudukan Wall Street menjadi goncang – bank pelaburan dan ‘hedge fund’ jatuh muflis. Tidak cukup dengan ini timbul pula masaalah bank tidak cukup kecairan ringgit dan sen untuk terus beroperasi dengan pelanggan.

Seorang Mamat telah dilanggar kereta , apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari tuan doktor tak jumpa-jumpa kerana semua tuan doktor telah membunuh diri. Metapora ini pun masih belum cukup penuh untuk menggambarkan betapa besarnya krisis ekonomi Amerika Syarikat hari ini.

Lihat dan baca - G8, G10, G 37, G200, G3000 dan pelbagai macam G telah dan sedang bersidang dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi kapitalis ini. Mesyuarat demi mesyuarat. Konferensi demi konferensi. Persidangan demi persidangan telah diadakan.

Pelbagai cadangan telah diajukan. Beberapa cadangan telah diterima dan dijalankan. Kongres Amerika telah meluluskan 700 bilion dollar untuk menutup hutang yang bocor. Banyak syarikat telah jatuh muflis. Duit sebanyak ini hanya menangguh kan bisul yang akhirnya akan meletus. Akhirnya masalah yang sama telah melimpah ruah ke Eropah.

Pada ketika ini Bank Dunia, IMF dan lembaga-lembaga pemikir puak kanan telah mencadangkan agar dasar - berjimat cermat – dijalankan untuk meredakan keadaan gawat ekonomi yang berpanjangn ini. Di Eropah, negara pertama yang jadikan ‘ tikus percubaan ‘ ialah Greece kerana negara ini dikatakan ekonominya hampir lungkup. Hutang negara telah bertimbun tambah dan Greece tidak ada keupayaan untuk membayar bukan ibu hutang tetapi bunga. Jika Greece tidak diselamatkan penyakit ini akan merebak ke Sepanyol dan Itali.

Apa sebenarnya dasar ‘berjimat cermat’ ini? Jimat cermat bermakna kaum buruh dan warga Greece yang bekerja tidak ada lagi ‘overtime’, tidak ada lagi cuti bergaji, bayaran insuran perubatan dinaikkan, duit pencen dipotong, sumbangan KWSP majikan dikurangkan, banyak sokongan ekonomi akan dilupuskan. Belanjawan negara akan dikurangkan – semaksimun yang boleh.

Bila ‘berjimat cermat’ ini diajukan jawapan rakyat Grece ialah turun ke jalan raya. Ini kerana rakyat biasa merasakan yang mereka telah dipaksa mengikat perut walhal bank-bank, syarikat besar dan gedung-gedung perniagaan tidak pula dinaikan cukai. Malah diketahui umum syarikat-syrikat ini ada pelbagai cara untuk mengelak dari membayar cukai. Malah syarikat-syarikat inilah yang sering melakukan pembocoran ekonomi.

Bila sampai ke babak ini maka kita bertemu kembali dengan al-kesah Idris Jala. Susuk yang bernama Idris Jalan ini sedia memahami bahawa bencana ekonomi yang sedang dihadapi oleh Greece akan sampai juga ke Malaysia. Hanya masa yang akan menentukan.

Seperti di Greece kita sedang melihat beberapa suara telah mencadangkan ajenda ‘berjimat cermat’ dan ‘mengikat perut’. Menteri Telor dan Gula Sabri Yacob telah beberapa kali menyatakan bahawa subsidi akan di tarik balik. Najib juga telah berkata bahawa berbilion ringgit duit yang digunakna untuk subsidi tidak baik untuk ekonomi negara. Suara suara sumbang menyokong langkah ‘berjimat cermat; ini telah mula kedengaran. Berkali-kali rakyat seluruh Malaysia dingatkan bahawa subsidi bahan bakar minyak akan menempangkan ekonomi negara.

Austerity atau dasar berjimat cermat adalah ajenda IMF dan Bank Dunia. Dasar ini diajukan - atau dipaksakan - kepada kerajaan. Kerajaan akan dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan negara. Mengikut sefer IMF dan Bank Dunia perbelanjaan kerajaan memberi subsisdi kepada rakyat ini tidak sehat untuk perkembangan ekonomi.

Dalam sistem ekonomi kapitalis tidak harus ada subsidi – subsidi merosakan pasaran. Mengikut IMF pasaran akan mencari harga dan memberi penilaian terhadap barang-barang – inilah apa yang dikenali sebagai perdagangan bebas atau ‘free trade’.

Idris Jala pasti telah melihat data, angka dan statistik ekonomi negara dengan lebih teperinci. Angka dan statistik negara yang sulit-sulit juga pasti telah berada diatas meja Idris Jala. Dia juga pasti telah menghitung hutang negara, bond yang telah sampai masa untuk dibayar, duit simpanan negara dan emas negara. Setelah meneliti semua ini maka adalah tidak silap apabila Idris Jala membawa berita bahawa Malaysia boleh jadi macam Greece dalam masa beberapa tahun lagi.

Sayangnya politikus akan menembak mati si pembawa berita – jika berita itu tidak sedap didengar. Atau jika berita itu menganggu keseronokan politikus yang sedang berpesta mengelentong orang ramai. (TT)

Friday, July 2, 2010

Down 20+ %

We have to face the reality of demand and supply force.....
bersabar, skarang dunia tengah dirundung masalah ekonomi....

Petroliam Nasional Bhd's (Petronas) 2010 net profit fell nearly a quarter on higher costs and lower oil prices, but it has maintained a RM30 billion dividend to the government.
Net profit in its financial year to March 31 2010 was down 23.2 per cent to RM40.3 billion. Revenue fell 18.1 per cent to RM216.4 billion. At pre-tax level, profit dropped 24.5 per cent to RM67.3 billion.

Petronas president and chief executive officer Datuk Shamsul Azhar Abbas said the decline in net profit was largely due to lower prices although it saw higher sales volume.

"Nevertheless, return on total assets and return on average capital employed remained at par with established players in the industry, at 16.4 per cent and 25 per cent respectively," he told reporters when announcing the national oil company's financial results in Kuala Lumpur yesterday.

Payments to federal and state governments were down 22.2 per cent to RM57.6 billion.
"This comprised a dividend payment of RM30 billion, taxes of RM18.7 billion, petroleum proceeds of RM8.3 billion and export duties of RM600 million," Shamsul said.

On top of that, Petronas also subsidised the price of gas sold to local industries, amounting to RM18.9 billion, down slightly from last year's RM19.5 billion. "This brings the total cumulative subsidy borne by the group since regulated gas prices came into effect in May 1997 to RM116.4 billion."

Its international business made up almost half of total revenue, or 45.3 per cent, at RM98.1 billion.

Revenue from exports fell 23 per cent to RM75.7 billion, due mainly to lower revenue from liquefied natural gas, crude oil and condensate exports. Petronas' exports made up 13 per cent of Malaysia's total exports in the same period.

Revenue from the domestic market of RM42.6 billion constituted 19.7 per cent of group revenue.

Petronas said it plans to trim overseas exploration and focus more on developing and acquiring oil and gas fields.

"We are going to shift a bit from that E (exploration) to the P (production), meaning, take less risk on exploration, grow the high prospective areas, but at the same time grow further in the areas of development and production.

"What I'm trying to say is that we are not totally going out of international operations, but we have to do a total portfolio review, identifying where are basically the value discoveries, where are areas that are basically high-risk and where we reckon the upside is limited," Shamsul said.

He admitted that Petronas had been neglecting the local exploration and production industry over the last few years.

"We are in the middle of having a dilemma in regard to gas supplies. The problem ... is that the discovery is taking place at the wrong marketplace.

"The current shortfall of gas in Malaysia is in Peninsular Malaysia, but the discovery is in Sabah and Sarawak where demand for gas is less."

Basically, there is a need to ramp up domestic operations to discover more molecules because gas is running short.

"So the strategy to come back to domestic operations is to ramp up discoveries for future growth," Shamsul added.

Read more: Petronas profit down http://www.btimes.com.my/articles/petdown-2/Article/#ixzz0sUMRazUc